Monday, February 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA






Tarikh: 25 Februari 2016 (Jumaat)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Padang SMK Aman Jaya Sungai Petani.



KEHADIRAN:

1.En Idris Saad
2.En Sany B. Mad Saat
3.En Zahari
3.Atlet - 5 Lelaki, 4 Wanita



LATIHAN:

1.Warm up
2.Drill & speed
3.Strength
4.Weight
4.Teknik Rejaman
5.Cooling down



UJIAN:
-Tiada


PERTANDINGAN:
- Tiada

KECEDERAAN:
-Tiada


PROGRAM BINAAN:
-Tiada


ULASAN:

- Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kehadiran atlet adalah kurang memuaskan kerana terdapat atlet yang terlibat dengan program sekolah iaitu program kayuhan sempena hari persaraan Pengetua Sekolah.
- Terdapat seorang atlet lontaran dalam program pelapis berusaha untuk melepasi tahap kelayakan bagi melayakkanya ke SUKMA,
- Kesemua atlet yang bersekolah dalam persediaan untuk menyertai Kejohanan MSSK yang akan diadakan pada 6-9 April 2016 di Stadium Darul Aman, Kedah.
- Jurulatih dan PPN berbincang untuk mencari bakat-bakat baru melalui Talent Scouting di MSSK nanti.

Sekian, Terima Kasih.
Laporan Disediakan Oleh, Cik Murni Shafila Bt Saad

Laporan Pemantauan Sukan Berbasikal







Tarikh :28 Februari 2016
Masa :5.30 petang
Tempat : Sek Men Keb Tunku Putera

KEHADIRAN :
1. En. Ghaffuan Bin Ghazali (JSM)
2. Atlet – 5 Lelaki & 1 wanita


LATIHAN
1. 80 km Easy Ride

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Atlet berbasikal akan menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Remaja PLN Bawah 15 Tahun Sirkit 2/2016 pada 15-16 March 2016 bertempat di Veledrome Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada


ULASAN

1. Latihan dijalankan seperti biasa. Kehadiran atlet kurang memuaskan disebabkan terdapat atlet yang terlibat dengan program ko-kurikulum sekolah.

2. Pemeriksaan peralatan dan basikal dilakukan dengan teliti sebelum memulakan latihan bagi mengelak sebarang kerosakan dan gangguan ketika latihan dijalankan.

3. Atlet memberi sepenuh komitmen dalam menjalani latihan.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

LAPORAN PEMANTAUAN DAN TALENT SCOUTING SUKAN SEPAK TAKRAW











TARIKH : 26 FEBRUARI 2016 (JUMAAT)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SMK SUNGAI LAYAR, SMK SUNGAI PASIR



KEHADIRAN :

1. En Radzuan Abd Ghani (Jsm Usptn)
2. En Hashim Osman (Jsm Usptn)

ULASAN :
Kejohanan Sepak Takraw MSSK Kedah 2016 ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Februari 2016 dan telah disertai oleh seluruh daerah yang terdapat di dalam negeri Kedah. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingan iaitu bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun. Kategori di bawah 18 tahun telah berlangsung di SMK Sungai Pasir, kategori bawah 15 tahun di SMK Sungai Layar manakala kategori bawah 12 tahun ni SMK Teluk Bayu. Kategori bawah 18 tahun sebanyak 16 regu, kategori bawah 15 tahun sebanyak 22 regu dan kategori 12 tahun sebanyak 15 regu. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang berpotensi untuk diserapkan di dalam program. Kebanyakkan atlet yang bertanding pada kejohanan kali ini juga adalah atlet yang berada di dalam program USPTN.

Pencapaian atlet yang berada di dalam program amat memuaskan dan mencapai keputusan yang baik iaitu kategori bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun dijuarai oleh daerah Kuala Muda/Yan iaitu dibawah JSM USPTN En Hashim Osman dan kategori bawah 15 tahun dijuarai oleh daerah Kulim Bandar Baharu dibawah JSM USPTN En Radzuan Abd Ghani. Keseluruhannya pencapaian atlet berada di tahap yang baik dan amat memuaskan.


Senarai Nama Atlet yang bertanding :


Bawah 18 tahun

Johan (Kuala Muda/Yan)
1. Mohd Faizal Bin Syahmi
2. Ohd Faiz Ridzuan Bin Azizan
3. Khairil Azman Md Khir


Naib Johan(Kota Setar)

1. Ameer Nazirul Farhan Bin Afirullah
2. Mohd Hakimi Bin Roslan
3. Azem Haswad Bin Azizan
4. Ahmad Rahimi Bin Azizan


Bawah 15 tahun

Johan(Kulim Bandar Baharu)
1. Muhammad Azri Bin Mohd Zu
2. Muhammad Faris Syazwan Bin Zakaria
3. Amir Bin Rosli


Naib Johan(Kuala Muda/Yan)

1. Muhammad Kama bin Azizol
2. Muhammad Irfan Hakimi bin Rosu
3. Muhammad Ashraf bin Tarmizi

JSM En Radzuan juga ada mengemukakan cadangan untuk membuat perlawanan persahabatan bersama atlet negeri Perlis. Kita akan mempertimbangkan cadangan ini supaya dapat dilaksanakan dengan segera. JSM En Hashim meminta PPN mengadakan satu sesi TID di SMK Dulang bagi pengambilan atlet-atlet baru untuk di asah bakat mereka berkenaan sukan takraw.

Sekian, Terima Kasih.
Disediakan oleh Cik Nur Ira Mastura binti Baharum

Sunday, February 28, 2016

Laporan Pemantauan Kejohanan Memanah MSSK 2016






Tarikh: 27/ 2/ 2016
Tempat: Sek Men Keb Agama Yan, Kedah Darul Aman
Kehadiran jurulatih usptn: 1) En Nadzry Bin Hashim
2) En Kamal Arriffin


Kejohanan Memanah MSSK 2016 pada tahun ini diadakan secara bersiri. Siri pertama adalah bagi atlet-atlet kategori bawah 12 tahun yang telah diadakan pada 18-20 Februari lepas. Manakala pada 25-27 Februari diadakan bagi kategori bawah 15 dan bawah 18.

Kesemua atlet-atlet yang berlatih di bawah program pelapis negeri bertanding mengikut daerah masing-masing.


Berikut adalah pecahan jumlah keseluruhan atlet yang bertanding pada kejohanan MSSK kali ini:


Lelaki bawah 12 tahun: 21 orang
Wanita bawah 12 tahun: 27 orang
Lelaki bawah 15 tahun: 30 orang

Wanita bawah 15 tahun: 21 orang
Lelaki bawah 18 tahun: 20 orang
Wanita bawah 18 tahun: 17 orang


Atlet-atlet yang terpilih untuk MSSK kali ini akan bertanding ke kejohanan memanah MSSM yang akan diadakan di Perlis pada 13-18 Februari 2016.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq b. Md Ali.

Thursday, February 25, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK






Tarikh: 23 Februari 2016
Masa: 5.45 Petang
Tempat: SK Jitra 3


KEHADIRAN:
1. En. Faiz Bin Azmeer
2. En. Muhammad Syazrul Azim bin Subri
3. Atlet – 3 lelaki, 2 wanita


LATIHAN:
1.warm Up
2. Latihan melembutkan badan
3. Latihan fizikal
4. Latihan kekuatan (strength)

5. V up
6. Latihan mengikut rutin kategori masing-masing


UJIAN:
-Tiada


PERTANDINGAN:
- Terdapat beberapa orang atlet akan menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Kedah (MSSK) pada 03 – 05 Februari 2016.


KECEDERAAN:
-

PROGRAM BINAAN:
-

PERALATAN:
- Peralatan yang sedia ada

ULASAN:
1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Jurulatih memaklumkan kehadiran atlet adalah kurang memuaskan disebabkan atlet terlibat dengan sukan –sukan sekolah.
3. Jurulatih dan SDO berbincang untuk membuat program bertindik (attachment) di Kelantan dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.
3. Jurulatih dan SDO berbincang berkaitan perancangan dan latihan untuk atlet pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Murni Shafila Bt Saad

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 23 Febuari 2016 ( Isnin )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Nor Shahrizal Bin Roslan ( JPM Negeri )
2. En Yusoff Azmi ( JPM Negeri )
3. En Abd Malek Rahman ( JPM USPTN )
4. En Abd Malek Desa ( JSM USPTN )
5. Atlet – 8 Lelaki, 5 Wanita



LATIHAN
1. Warm Up
2. Jerk Block
3. Snatch Balance
4. Front Squat
5. Cooling Down


UJIAN
- Ujian angkatan akan dijalankan pada hari setiap hari Sabtu.


PERTANDINGAN
- Semua atlet termasuk atlet Sukma sedang menyiapkan diri ke Kejohanan Angkat Berat Jemputan Johor 2016 pada 08 hingga 14 April 2016 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, Johor.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Peralatan seperti platform dan bar telah uzur.


PROGRAM BINAAN
- Klinik dan Pengenalan Sukan Angkat Berat akan diadakan pada hari 24 Febuari 2016 di SMK Alor Janggus.



ULASAN

1. Atlet dari PLN SMK Alor Janggus datang menjalani latihan di PLN SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
2. Ada beberapa orang atlet tidak dapat menjalani latihan kerana terlibat dengan aktiviti sekolah dan masalah keluarga.
3. Terdapat seorang atlet hoki dari sekolah berkenaan berminat untuk menjalani latihan sukan angkat berat dan PPN menyarankan kepada jurulatih untuk memantau atlet tersebut.
4. Setelah tamat latihan, ketua jurulatih memberikan sedikit rumusan berkenaan dengan program latihan pada hari ini.
5. Satu Kem Latihan Pusat akan dijalankan pada musim cuti sekolah ini dan semua atlet bakat, pelapis dan elit tidak terkecuali dari menyertai kem ini.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

Tuesday, February 23, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM LATIHAN TAEKWONDO PEACE CORPS - KOREA






Tarikh : 19/ 02 / 2016
Tempat : Kompleks Sukan, Kolej Insaniah, Kuala Ketil
Kehadiran : 3 orang jurulatih TPC
 : 3 orang jurulatih wakil persatuan
: 119 orang atlet

Pada 19 Februari 2016, telah diadakan satu program latihan diantara pihak Taekwondo Peace Corps - Korea (TPC) bersama atlet di bawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah dan atlet dibawah program pelapis Negeri Kedah (USPTN Kedah).

Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang, dimana latihan dijalankan di antara jurulatih TPC dengan atlet-atlet dibawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah. Pada sesi pagi, program dikendalikan oleh jurulatih daripada persatuan dan seorang wakil daripada jurulatih TPC manakala pada sesi petang program dikendalikan oleh dua orang wakil daripada jurulatih TPC.

Program diadakan di Kompeks Sukan Kolej Insaniah, Kuala Ketil dan program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran. Lebih daripada 100 orang atlet yang berdaftar dibawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah telah menyertai program latihan yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih daripada TPC dan dibantu oleh 3 orang jurulatih daripada persatuan. Sebelum sesi memanaskan badan, Timbalan Presiden Persatuan, iaitu En. Ramasamy telah memberi sedikit penerangan berkaitan program yang bakal berlangsung dan program diteruskan oleh seorang jurulatih wakil TPC dengan mengajar teknik Sparring. Pada pukul 2.30 petang program diteruskan lagi dengan dua orang wakil daripada TPC dengan mengajar teknik Demonstration dan teknik Teaguk (gaya). Program latihan berakhir pada jam 5.00 petang.

Hasil perbincangan dengan JSM, kedua-dua JSM akui program sebegini bagus untuk atlet-atlet pelapis kerana ada beberapa teknik yang diajar adalah teknik yang baru. JSM juga berpendapat sekiranya program sebegini didadakan dalam satu tempoh yang lebih lama, kemungkinan besar atlet-atlet yang berlatih akan mendapat lebih banyak impak kerana program selama satu hari agak padat bagi jurulatih untuk mengajar dan atlet untuk belajar.


Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila Bt Saad

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING








Tarikh: 22 Febuari 2016 ( Isnin )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Aman Bowl, Alor Setar

KEHADIRAN :
1. En. Helmy Sharudin Che Ya ( JPM USPTN )
2. Atlet : 9 lelaki, 6 Wanita


LATIHAN
1. Briefing,Warm Up,
2. 1 step, 2 step ( Teknik )
3. Shadow Drill
4. Free Throwing
5. Cooling Down


UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Ada beberapa orang atlet sedang melakukan persiapan ke SUKMA Sarawak 2016.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana ada atlet yang terlibat dengan kelas tambahan peribadi dan hal ini perlu dipandang serius kerana jurulatih dan ibu bapa perlulah mengatur jadual yang membolehkan atlet dapat turun ke latihan.
2. Perbincangan mengenai jadual latihan bersama jurulatih dan jurulatih perlulah memenuhi 40 jam yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Sukan Negara dan perkara tersebut telah diambil maklum oleh jurulatih.
3. Satu perjumpaan antara pihak MSNK, USPTN, Persatuan, atlet dan ibu bapa akan diadakan dengan kadar segera dan perbincangan lanjut mengenai perkara berkenaan sedang dijalankan.
4. Ibu bapa atlet juga hadir memberikan sokongan semasa atlet menjalani latihan.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

LAPORAN PERBINCANGAN BERSAMA PENGETUA SMK ALOR JANGGUS BAGI SUKAN ANGKAT BERAT




Tarikh: 22 Febuari 2016 ( Isnin )
Masa: 1.00 Petang
Tempat: SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Zaini Bin Jaafar ( Pengetua )
2. En Hanadzlah ( Guru )
3. En Norshah Rizal bin Roslan ( JPM Negeri )
4. En Abd Malek Rahman ( JPM USPTN )
5. En Hafizuddin Rodzi ( PPN )



PERBINCANGAN :

1. PPN memaklumkan mengenai perancagan sukan angkat berat yang akan dijalankan di SMK Alor Janggus dan antara perkara yang dicadangkan adalah mengenai TID dan Pengenalan Sukan Angkat Berat yang akan dijalankan pada hari Rabu ( 23 Febuari 2016 ) dan telah mendapat kelulusan dari pihak pengetua.
2. Pengetua memaklumkan mengenai penambahbaikan di pusat latihan dari segi keluasan bangunan dan memohon kepada pihka MSNK untuk menyediakan peruntukkan berkenaan.
3. PPN memaklumkan mengenai 3 orang pelajar dari sekolah ini yang akan mewakili Kedah ke SUKMA 2016 dan pengetua akan memberikan sedikit sumbangan kepada pelajar yang terpilih mewakili negeri Kedah.
4. Jurulatih JPM USPTN memaklumkan mengenai atlet yang sedia ada menunjukkan prestasi yang baik dan memerlukan makanan tambahan untuk memastikan atlet sentuasa berada dalam tahap prestasi yang terbaik.
5. En Hanadzlah yang juga guru penyelaras mencadangkan agar jurulatih mengisi buku kehadiran latihan di pondok pengawal supaya guru yang bertugas dapat memantau atlet yang turun ke latihan.
6. En Hanadzlah juga memaklumkan setiap kali penyertaan atlet dari sekolah berkenaan perlulah disertakan dengan keputusan kejohanan supaya laporan prestasi atlet dapat dihantar ke pihak JPN.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi.

Monday, February 22, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH






TARIKH :19 Februari 2016
MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : Majlis Sukan Negeri Kedah

KEHADIRAN :
1. En. Kamal Arriffin ( JSM )
2. En. Mohd Zaki Bin Mahzan (JPM MSNK)
3. En. Mohd Faizal Bin Hassan (JPM MSNK)
4. Atlet: 16 lelaki/ 16 wanita


LATIHAN :
1. Latihan Shooting Foam
2. Latihan Kecergasan
3. Latihan Bebanan


UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Kem Latihan Pusat ini diadakan melibatkan atlet-atlet pelapis dan atlet-atlet elit Negeri Kedah Darul Aman.
3. Kesemua atlet yang bersekolah dalam preparation untuk menyertai Kejohanan MSSK yang akan diadakan pada 25-27 Februari 2016 di SMA Yan, Kedah Darul Aman.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq bin Md Ali.

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN MENEMBAK





Tarikh : 15 Februari 2016 ( Isnin )
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Lapang Sasar Pokok Sena

KEHADIRAN :

1. En. Zulkiffli B Ismail
2. Atlet - 5 Lelaki.
- 4 Perempuan

LATIHAN :

1. Strength
2. Endurance
3. Focusing
4. Serve forehand & back hand

UJIAN
-
PERTANDINGAN
-
KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN
-

ULASAN

1. Program latihan yang dirancang jurulatih berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet agak berkurangan kerana terdapat atlet yang terlibat dengan aktiviti sekolah.
3. TID akan dibuat pada 16 Feb 2015 di SMK Pokok Sena.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En Mohd Syahir b. Mohd Sabri.