Tuesday, February 23, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM LATIHAN TAEKWONDO PEACE CORPS - KOREA






Tarikh : 19/ 02 / 2016
Tempat : Kompleks Sukan, Kolej Insaniah, Kuala Ketil
Kehadiran : 3 orang jurulatih TPC
 : 3 orang jurulatih wakil persatuan
: 119 orang atlet

Pada 19 Februari 2016, telah diadakan satu program latihan diantara pihak Taekwondo Peace Corps - Korea (TPC) bersama atlet di bawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah dan atlet dibawah program pelapis Negeri Kedah (USPTN Kedah).

Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang, dimana latihan dijalankan di antara jurulatih TPC dengan atlet-atlet dibawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah. Pada sesi pagi, program dikendalikan oleh jurulatih daripada persatuan dan seorang wakil daripada jurulatih TPC manakala pada sesi petang program dikendalikan oleh dua orang wakil daripada jurulatih TPC.

Program diadakan di Kompeks Sukan Kolej Insaniah, Kuala Ketil dan program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran. Lebih daripada 100 orang atlet yang berdaftar dibawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah telah menyertai program latihan yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih daripada TPC dan dibantu oleh 3 orang jurulatih daripada persatuan. Sebelum sesi memanaskan badan, Timbalan Presiden Persatuan, iaitu En. Ramasamy telah memberi sedikit penerangan berkaitan program yang bakal berlangsung dan program diteruskan oleh seorang jurulatih wakil TPC dengan mengajar teknik Sparring. Pada pukul 2.30 petang program diteruskan lagi dengan dua orang wakil daripada TPC dengan mengajar teknik Demonstration dan teknik Teaguk (gaya). Program latihan berakhir pada jam 5.00 petang.

Hasil perbincangan dengan JSM, kedua-dua JSM akui program sebegini bagus untuk atlet-atlet pelapis kerana ada beberapa teknik yang diajar adalah teknik yang baru. JSM juga berpendapat sekiranya program sebegini didadakan dalam satu tempoh yang lebih lama, kemungkinan besar atlet-atlet yang berlatih akan mendapat lebih banyak impak kerana program selama satu hari agak padat bagi jurulatih untuk mengajar dan atlet untuk belajar.


Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila Bt Saad

No comments:

Post a Comment