Tuesday, February 23, 2016

LAPORAN PERBINCANGAN BERSAMA PENGETUA SMK ALOR JANGGUS BAGI SUKAN ANGKAT BERAT




Tarikh: 22 Febuari 2016 ( Isnin )
Masa: 1.00 Petang
Tempat: SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Zaini Bin Jaafar ( Pengetua )
2. En Hanadzlah ( Guru )
3. En Norshah Rizal bin Roslan ( JPM Negeri )
4. En Abd Malek Rahman ( JPM USPTN )
5. En Hafizuddin Rodzi ( PPN )



PERBINCANGAN :

1. PPN memaklumkan mengenai perancagan sukan angkat berat yang akan dijalankan di SMK Alor Janggus dan antara perkara yang dicadangkan adalah mengenai TID dan Pengenalan Sukan Angkat Berat yang akan dijalankan pada hari Rabu ( 23 Febuari 2016 ) dan telah mendapat kelulusan dari pihak pengetua.
2. Pengetua memaklumkan mengenai penambahbaikan di pusat latihan dari segi keluasan bangunan dan memohon kepada pihka MSNK untuk menyediakan peruntukkan berkenaan.
3. PPN memaklumkan mengenai 3 orang pelajar dari sekolah ini yang akan mewakili Kedah ke SUKMA 2016 dan pengetua akan memberikan sedikit sumbangan kepada pelajar yang terpilih mewakili negeri Kedah.
4. Jurulatih JPM USPTN memaklumkan mengenai atlet yang sedia ada menunjukkan prestasi yang baik dan memerlukan makanan tambahan untuk memastikan atlet sentuasa berada dalam tahap prestasi yang terbaik.
5. En Hanadzlah yang juga guru penyelaras mencadangkan agar jurulatih mengisi buku kehadiran latihan di pondok pengawal supaya guru yang bertugas dapat memantau atlet yang turun ke latihan.
6. En Hanadzlah juga memaklumkan setiap kali penyertaan atlet dari sekolah berkenaan perlulah disertakan dengan keputusan kejohanan supaya laporan prestasi atlet dapat dihantar ke pihak JPN.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi.

No comments:

Post a Comment