Showing posts with label ASP. Show all posts
Showing posts with label ASP. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN OLAHRAGA (ASP)







Tarikh: 28 Ogos 2013 ( Rabu )
Masa: 5:00 Petang
Tempat: Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya, Sungai Petani.

KEHADIRAN :  
1. En. Sany Bin Saat
2. Atlet – 3 Lelaki,5 Perempuan 

LATIHAN
1. Warm Up ( 3 pusingan padang )
2. Drill (Back Kick, Bouding, High Knee, Lunges, Ankle Flick)
3. Latihan Teknik.

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Olahraga Kedah akan menyertai kejohanan Kejohanan Terbuka Perak 2013 pada 8 dan 9 Oktober 2013 yang akan diadakan di Stadium Ipoh, Perak

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN
1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Jurulatih memberi sedikit taklimat tentang latihan dan keberkesanan latihan yang dijalankan.
3. Jurulatih menunjukan demo teknik yang akan dilakukan oleh atlet supaya atlet lebih memahami dan dapat melakukan teknik latihan dengan betul memandangkan atlet baru sahaja terlibat dalam program.
4. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana terlibat dalam aktiviti sekolah.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi


Sunday, November 4, 2012

AFTER SCHOOL PROGRAM - PEMANTAUAN GIMRAMA


Salam,

Tarikh : 25 Oktober, 2012
Tempat : Tingkat 4, Star Parade
Kehadiran : 6 orang

Hasil Pemantauan

Didapati kehadiran gymnas-gynmas yang senior berkurangan, makluman dari jurulatih Ms. Katerina kebanyakkan mereka sudah lama tidak hadir latihan terutamanya pada musim peperiksaan akhir tahun, walaubagaimanapun terdapat ramai gymnas-gymnas baru yang mendaftar, oleh yang demikian saya telah memberi borang biodata atlet kepada mereka untuk di isi.

Ms. Katerina memaklumkan bahawa beliau ingin menjalani latihan di Dewan Kombat Majlis Sukan Negeri Kedah kerana, di tingkat 4 Star Parade ni ketinggian ceiling tidak mencukupi untuk membuat latihan apparatus seperti Riben, Bola dan sebagainya, oleh yang demikian jika boleh beliau mahu menjalani 2-3 hari seminggu di Dewan Kombat berselang seli latihan di Star Parade jika ada atlet sukan lain mengunakan dewan tersebut.

Masalah yang di hadapi sekarang ialah gymnas senior sudah hilang minat kerana beberapa faktor seperti kurang pertandingan pendedahan, pakaian yang makin tidak sesuai dengan umur mereka yang semakin naik di perli oleh rakan-rakan sekolah.

Oleh yang demikian tumpuan lebih di berikan kepada gymnas dari sekolah-sekolah Cina yang berdekatan dan gymnas yang berbangsa cina.


Sekian, terima kasih


Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Bt Ku Hamid