Showing posts with label PPS. Show all posts
Showing posts with label PPS. Show all posts

Tuesday, October 21, 2014

KEDAH DARUL AMAN-BENGKEL KEJURULATIHAN PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN (PPS) 2014






Tarikh : 21 Oktober 2014 (Selasa)
Masa : 8.00am - 12.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Pegawai MSN : 8 orang
Bil. PPN : 14 orang
Ketua Jurulatih : 7 orang
Bil. Jurulatih : 41 orang

Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari terakhir, sesi bagi hari ini dimulakan dengan pembentangan manual asas setiap sukan yang terlibat iaitu angkat berat, memanah, berbasikal dan olahraga.

Pembentangan lebih menjurus kepada perkenalan sukan dan teknik-teknik asas. Sukan angkat berat memulakan pembentangan dari En. Nordin bin Jusoh (Pel. Serantau), diikuti sukan memanah, En. Marbawi bin Sulaiman dan En. Norizam bin Ishak (Elit), berbasikal, En. Suod bin Hussain (Pel. Kebangsaan) diakhiri sukan olahraga dibentangkan oleh En.Manshahar bin Abd.Jalil.

Bengkel kali ini diakhiri dengan sesi soal jawab serta rumusan keseluruhan oleh Pengarah Cawangan Pelapis, En.Jefri B. Ngadirin. Beliau mengharapkan manual yang dibentangkan dapat diguna pakai di setiap cabang PPS negeri. Beliau juga mengharapkan promosi berkaitan PPS ini dihebahkan supaya jaringan PPS dapat dibesarkan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

KEDAH DARUL AMAN-BENGKEL KEJURULATIHAN PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN (PPS) 2014






Tarikh : 20 Oktober 2014 (Isnin)
Masa : 8.30am - 4.00pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Bil. J/latih : 11 Lelaki / 5 Wanita
Sukan : Memanah

Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari kedua bengkel, bagi sukan memanah penambahan 3 orang jurulatih wanita menjadikan jumlah jurulatih seramai 15 orang.

Sesi pagi bermula dengan pembentangan dari En. Marbawi tentang teknik asas sukan memanah seperti cara berdiri, mencangkuk tali, edaran daya, tarikan penuh, membidik, tindakan susulan dan langkah-langkah asas yang lain. Seterusnya ke sesi cara penyelenggaraan alat. Seperti cara memasang dan asas tuning bow.

Sesi petang, En. Norizam memberi penerangan berkaitan penyediaan atlet dari segi fizikal, kemahiran, mental dan peralatan. Serta perkara-perkara yang perlu dititik beratkan sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama diharap mencapai objektif perlaksanaan bengkel ini.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

KEDAH DARUL AMAN-BENGKEL KEJURULATIHAN PROGRAM PENGGALAKAN SUKAN (PPS) 2014







Tarikh : 19 Oktober 2014 (Ahad)
Masa : 3.00pm - 10.15pm
Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Bil. J/latih : 4 orang

Bengkel Kejurulatihan Program Penggalakan Sukan (PPS) 2014. Hari pertama bengkel, Kedah menghantar 4 orang jurulatih dari sukan olahraga & angkat berat. Taklimat penerangan berkaitan PPS serta hala tuju program dari En.Rashid B. Ramli, Ketua Unit Pelapis Negeri (KUPN). Seterusnya, Pengarah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia (PCP), En.Jefri Ngadirin memberi taklimat.

Pada sebelah malam, PPN dibahagikan mengikut sukan. PPN Kedah ditugaskan menjaga sukan memanah. Sesi bengkel memanah dimoderator oleh jurulatih dari pasukan Elit Kebangsaan iaitu En. Norizham B. Ishak dan En. Marbawi B. Sulaiman. Disertai 11 jurulatih lelaki dan 2 orang wanita berjumlah 13 orang jurulatih PPS. Sesi pada sebelah malam diakhiri dengan soal jawab ringkas.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

Wednesday, October 15, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT PLN DAN PPS






Tarikh: 7 Oktober 2014 ( Selasa )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum

KEHADIRAN :

1. En Md Nor Osman
2. En Mohamad Yusoff Azmi ( PPS )
2. Atlet – 13 Lelaki, 3 Wanita



LATIHAN

1. Snatch Pull
2. Back Squat
3. Wide Grip Jerk Press
4. Latihan Kecergasan ( Kekuatan Tangan )


UJIAN
- Tiada



PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Bawah 16 dan 12 Tahun 2014 pada 15 – 19 Oktober 2014 bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor.



KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Tiada



PROGRAM BINAAN
- Tiada.



ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menunjukkan prestasi yang memberansangkan menjelang kejohanan yang akan disertai.
2. Atlet-atlet PPS dari Pusat Latihan Sanglang dibawa ke PLN SMk Tunku Anum untuk menjalani latihan bersama atlet PN yang lain.
3. Jurulatih En Md Nor Osman telah memberi taklimat dan memperbaiki teknik-teknik atlet PPS terutamanya atlet yang akan menyertai kejohanan.
4. PPN menekankan aspek kebersihan dewan yang agak sedikit tidak terurus dan memohon kepada jurulatih supaya menitikberatkan aspek kebersihan dalam dewan.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Wednesday, June 11, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN PPS ANGKAT BERAT







Tarikh: 10 Jun 2014 ( Isnin )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Pusat Latihan Sanglang ( PPS )

KEHADIRAN :

1. En Md Nor Osman ( JSM )
2. En Mohd Yusof Azmi

2. Atlet – 12 Lelaki, 2 Wanita



LATIHAN
1. Asas Clean & Jerk
2. Lompat Jauh ( Kekuatan Kaki )


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat PPS Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Zon Utara Siri 2 / 2014 bertempat di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.



KECEDERAAN
- Tiada



PERALATAN
- Semua peralatan ini diperolehi daripada Pusat Latihan SMK Tunku Anum dan PPN akan memohon bantuan dari pihak MSNK untuk membekalkan platform yang sempurna kepada pusat latihan ini.


PROGRAM BINAAN
- Tiada


ULASAN

1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

2. PPN berbincang bersama jurulatih untuk memperkembangkan lagi pusat latihan ini terutamanya bagi menarik minat atlet wanita sekitar kampung tersebut.

3. Jurulatih En Mad Nor Osman ( JSM ) memantau prestasi semasa atlet di pusat latihan ini dan membantu En Mohd Yusoff Azmi untuk memperbaiki teknik-teknik asas angkatan.

4. Terdapat seorang atlet yang berpotensi untuk diketengahkan dan JSM ingin membawa beliau ke Pusat Latihan SMK Tunku Anum.



Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi