Showing posts with label PERJUMPAAN. Show all posts
Showing posts with label PERJUMPAAN. Show all posts
Tuesday, June 6, 2017
PERJUMPAAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA TUAN PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH BERSAMA IBU BAPA DAN ATLET SUKAN BOLING
Tarikh: 03 Jun 2017 ( Sabtu )
Masa : 4.30PM – 6.30 PM ( Latihan )
6.30PM – 8.00PM ( Perjumpaan bersama Pengarah MSNK dan Majlis Berbuka Puasa)
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi ( Pengarah MSNK)
2. En. Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi ( PKU USPTN Kedah)
3. Puan Murni Shafila Bt Saad ( SDO Boling)
4. En. Nor Amdia Bin Nordin (JPM USPTN)
5. En. Shahardi Mohd Hamzah (JSM USPTN)
6. Puan Rohani Bt Hat ( Persatuan).
7. Atlet – 8 Lelaki & 8 Wanita
8. Ibubapa
LATIHAN
1. Briefing,
2. Warm Up,
3. 1 Step, 2 Step (Teknik)
4. Basic Training
5. Cooling Down
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1. Kehadiran atlet di pusat latihan adalah kurang memuaskan dengan kehadiran atlet adalah seramai 16 orang sahaja.
2. Telah diadakan Perjumpaan dan Majlis Berbuka Puasa Tuan Pengarah MSNK bersama ibu bapa serta atlet Sukan Boling.
3. Sewaktu perjumpaan tuan pengarah bersama ibu bapa dan atlet beliau telah memaklumkan berkaitan skim kecemerlangan atlet, insuran atlet elit dan pembukaan pusat latihan baru di Pulau Langkawi.
4. Beliau juga memaklumkan bahawa program pembangunan berjalan dengan baik dan teratur, apabila atlet menunjukkan prestasi yang baik sewaktu menyertai sirkit.
5. Ibu bapa memberi sokongan dan kerjasama yang sangat baik kepada jurulatih dan sdo, ini memudahkan segala urusan dari segi latihan dan kejohanan- kejohanan yang akan disertai.
6. Tuan Pengarah juga memaklumkan supaya SDO memberi sijil penghargaan kepada setiap atlet yang telah terpilih sertai program pembangunan.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila bt Saad
Sunday, March 26, 2017
LAPORAN PERJUMPAAN JURULATIH USPTN BERSAMA PENGARAH
TARIKH :21 March 2017
MASA : 10.00 Pagi
TEMPAT : Bilik Mesyuarat MSNK
KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Rizal Mohamad Radzi ( Pengarah MSNK )
2. En Amirul Nizam ( Ketua Unit Elit MSNK )
3. Puan Emy Nor Asmiza ( ISN Kedah )
4. Jurulatih Sepenuh Masa dan Separuh Masa USPTN Kedah
5. Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Kedah
ULASAN :
1. Ucapan aluan daripada Tuan Pengerusi
2. Tuan Pengarah menekankan kepentingan dan gerak kerja Jurulatih sepanjang Tahun 2017 dan 2018 bagi menghadapi SUKMA 2018.
3. Tuan Pengarah juga menekankan agar jurulatih USPTN untuk meletakkan sasaran seberapa ramai atlet yang boleh diberikan kepada Bahagian Elit Negeri untuk bersaing dalam SUKMA dan kejohanan yang lebih besar lain.
4. Pemangku Ketua Unit juga membentangkan Program Pelaksanaan USPTN bagi tahun 2017 dari segi peruntukkan, kuota kejohanan, gerak kerja USPTN,
laporan bulanan, dan lain-lain.
5. Jurulatih memaklumkan mengenai Perkhidmatan ISN yang boleh digunakan untuk disalurkan kepada Program USPTN.
6. Majlis diakhiri dengan jurulatih menandatangani kontrak JSM.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin bin Mohd Rodzi.
Monday, January 23, 2017
LAPORAN PERJUMPAAN PERSATUAN BERBASIKAL KEDAH BERSAMA MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH
Tarikh: 19 Januari 2017 ( Khamis )
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat MSNK
KEHADIRAN :
1. En. Zaim Ahmad - Timbalan Presiden
2. En Samsuddin Abdullah - Naib Presiden
3. En Zainon Ismail - Penolong Setiusaha
4. En Noraidiazhar Sulaiman - Teknikal Persatuan
5. En Noor Azman Zainol - Timbalan Pengarah MSNK
6. En Annuar Musa - Penggiat Sukan Berbasikal
PERBINCANGAN
1. Perjumpaan ini bagi membincangkan mengenai perancangan Kejohanan Lumban Basikal Terbuka Kedah sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah.
2. Pembentangan dilakukan oleh En Noraidiazhar iaitu Bahagian Teknikal Persatuan dan segala pembentangan disertakan dalam kertas kerja yang diberikan kepada pihak MSNK.
3. Selain itu juga, perjumpaan ini juga membincangkan tentang perjalanan program kejohanan ini dan memerlukan penglibatan beberapa agensi kerajaan yang terlibat bagi membantu dalam menjayakan kejohanan ini.
4. Pihak persatuan juga membincangkan mengenai program pada tahun 2017 dan beberapa keputusan perlu dibincangkan dalam Mesyuarat JKK akan datang.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi
Subscribe to:
Posts (Atom)








