Showing posts with label KLINIK SUKAN. Show all posts
Showing posts with label KLINIK SUKAN. Show all posts
Tuesday, November 22, 2016
LAPORAN KLINIK SUKAN MENEMBAK
TARIKH : 02-03 November 2016
MASA : 9.00 pagi – 4.00 petang
TEMPAT : Lapang Sasar Padang Tembak, Pokok Sena
KEHADIRAN :
1. Ketua Unit USPTN Kedah Darul Aman
2. SDO - 3 orang
3. JPM MSNK – 1 orang
4. JSM - 1 orang
5. SK Jabi - 3 guru / 41 murid
6. SK Pokok Sena - 2 guru / 46 murid
7. SK Tualang - 2 guru / 10 murid
ULASAN
1. Pendaftaran bermula seawal 9.00 pagi dengan kehadiran 97 peserta daripada 3 sekolah berhampiran Lapang Sasar Padang Tembak, Pokok Sena iaitu Sekolah Kebangsaan Jabi, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena dan Sekolah Kebangsaan Tualang dengan guru pengiring sekolah masing-masing dengan jumlah semua yang terlibat seramai 110 orang.
2. Taklimat daripada Ketua Unit USPTN, Encik Mohd Farid bin Mohamad Fauzi dan seterusnya taklimat dan pengenalan oleh jurulatih.
3. Teori dan praktikal berkenaan sukan menembak dijalankan selama 2 hari. Sepanjang klinik ini berlangsung atlet-atlet didedahkan dengan pengenalan asas menembak.
4. Murid yang telah dipilih mengikuti program adalah seramai 38 orang dan telah dimaklumkan pada pihak sekolah dan surat kebenaran ibubapa akan diedarkan dalam masa terdekat kepada pihak sekolah untuk menghadiri perjumpaan waris bersama Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah.
Disediakan oleh
Puan Nur Ira Mastura binti Baharum
Monday, November 21, 2016
LAPORAN KLINIK PEMBANGUNAN DAN KEJURULATIHAN GURU-GURU DAN ATLET DAERAH BALING
Tarikh : 19 November 2016 ( Sabtu )
Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Sekolah Model Khas Baling
KEHADIRAN :
1. En. Samsul Kamil Osman ( JSM )
2. En Wan Razif ( JPM Negeri )
3. Mr Taisto Sinnkonen ( Jemputan )
4. Guru - 15 Lelaki , 8 Wanita
5. Atlet - 20 Lelaki, 20 Wanita
Pengisian Klinik
1. Serve
2. Drill
3. Rally
4. Foot Work
ULASAN
1. Klinik Pembangunan ini diadakan dengan kerjasama JPN dan mendapat sambutan dalam kalangan guru-guru dalam daerah Baling.
2. Persatuan Tenis Daerah Baling mengambil inisiatif untuk menjemput Mr Taisto Sinkonnen dalam memberi taklimat mengenai pembangunan sukan tenis kepada guru dan atlet.
3. Mr Taisto Sinnkonen memberi taklimat mengenai teknik-teknik asas dalam sukan Tenis kepada guru-guru dan beliau juga melakukan sesi praktikal bagi memudahkan guru memahami apa yang disampaikan oleh beliau.
4. Perbincangan bersama En Samsul ( JSM ) juga memaklumkan mengenai isu gelanggang yang semkain uzur dan perlu diperbaiki segera supaya memudahkan latihan dijalankan dengan baik dan bantuan bola juga perlu dibekalkan kerana kebanyakkan bola yang sedia ada sudah pun rosak.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi.
Sunday, August 24, 2014
LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh: 19 Ogos 2014 ( Selasa )
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Alor Janggus.
KEHADIRAN :
1. En Mohd Farid Mohd Fauzi ( Ketua Unit )
2. En Syafiq bin Mad Ali ( USPTN )
3. En Mohd Syahir B. Mohamad Sabri ( USPTN )
4. En Hafizuddin Bin Rodzi ( USPTN )
5. En Mohd Hafiz Bin Ariffin ( USPTN )
6. Cik Nor Alya Bt Rosli ( ISN Kedah )
7. Puan Intan Marzida ( USPTN )
8. Puan Nor Azian Hassan ( USPTN )
9. Cik Rozaiti Zaidin ( USPTN )
10. En Zamsairon Mat Dan ( USPTN )
11. En Md Nor Osman ( JSM )
12. En Abd Malek Rahman ( JSM )
13. En Hanadzlah ( Guru SMK Alor Janggus )
Laporan Klinik dan TID Sukan Angkat Berat
Klinik dan TID Sukan Angkat Berat diadakan di Dewan Terbuka SMK Alor Janggus dan dijalankan pada jam 8.00 pagi. Seramai 50 orang telah menghadirkan diri dalam pemilihan awal untuk menyertai sukan angkat berat pelapis kedah ini. TID ini telah dikendalikan oleh Cik Nor Alya Rosli iaitu wakil dari pihak ISN Kedah dan beberapa ujian telah dijalankan. Antara ujian yang dijalankan adalah Lompat Menegak, Jangkauan Melunjur dan Standing Broud Jump. Beberapa taklimat ringkas telah diberikan oleh pihak ISN sebelum ujian dijalankan. Semua ujian tamat pada jam 9.45 pagi.
Seterusnya Klinik dan TID Sukan ini diteruskan oleh dengan sesi bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti postur atau posisi badan ketika squat dan ujian berkenaan asas kekuatan kaki. Selain itu juga, demostrasi dari bekas atlet kedah dan kebangsaan juga menarik minat pelajar untuk menyertai sukan angkat berat turut diadakan. Ketua Unit bersama-sama Tuan Pengetua mengiringgi Tuan Pengarah melawat Pusat Latihan Negeri dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet yang sedia ada sebagai peransang untuk terus berjaya dalam sukan angkat berat. Program Klinik dan TID Sukan Angkat Berat tamat pada jam 11.45 pagi.
Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi
Tuesday, October 1, 2013
LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT, TINJU DAN BERBASIKAL
Tarikh : 27-28 September 2013
Sukan : Angkat Berat, Tinju, dan Berbasikal
Tempat : SMK Tunku Putera, Baling, Kedah Darul Aman.
Kehadiran : 1) Keseluruhan Peserta: 110 orang
2) Pegawai USPTN : 5 orang
3) Pegawai ISN : 7 orang
4) Jurulatih - 6 Jurulatih
3) Pegawai ISN : 7 orang
4) Jurulatih - 6 Jurulatih
Bertarikh 27 hingga 28 September 2013, Unit Sukan
Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama pihak Institut Sukan Negara dan
SMK Tunku Putera telah menganjurkan program Klinik dan TID bagi
sukan angkat berat, tinju dan berbasikal bagi memperkenalkan ketiga-tiga sukan
tersebut kepada pelajar-pelajar serta mengenal pasti bakat-bakat baru yang
berpotensi untuk dimasukkan ke dalam program pelapis negeri Kedah. Sepanjang
dua hari program dijalankan, penyertaan dan kerjasama di antara pihak ISN,
sekolah, pelajar-pelajar, dengan pihak USPTN Kedah berjalan dengan lancar
dimana penyertaan keseluruhan pelajar bagi kedua-dua sukan mencapai hampir 110
orang. Berikut merupakan tentatif perjalanan program klinik dan TID yang telah
dijalankan:
Sesi pada hari pertama program dimulakan dengan pendaftaran
pelajar-pelajar yang berminat megikuti program ini. Program diteruskan dengan
ucapan aluan oleh Pemangku Ketua Unit USPTN, En. Mohd Farid B Mohamad Fauzi dan
seterusnya merasmikan program Klinik dan TID sukan tersebut.
Program diteruskan dengan sesi taklimat daripada
pegawai-pegawai ISN mengenai pengenalan sukan dan kelebihan terpilih menjadi
atlet pelapis negeri. Selepas selesai taklimat, para pelajar telah diuji dengan
beberapa ujian yang dilakukan oleh pihak ISN dari Unit TID. Antara ujian yang
dijalankan adalah seperti berikut:
JENIS UJIAN
|
ANGKAT BERAT
|
BERBASIKAL
|
TINJU
|
Antropometrik
|
/
|
/
|
/
|
Kuasa
|
/
|
/
|
/
|
Kelenturan
|
/
|
/
|
/
|
Kekuatan
|
/
|
/
|
/
|
Kepantasan
|
/
|
/
|
/
|
Daya Tahan Otot
|
/
|
/
|
Selepas selesai ujian dilakukan, jurulatih tinju pelapis
negeri, En. Ganesan telah menunjukkan sedikit demo suka tinju kepada para
peserta sebagai langkah untuk menaikkan semangat para peserta.
Upacara penutup bagi program ini di sempurnakan oleh
Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri iaitu En. Mohd Farid b
Mohamad Fauzi dengan memberi sepatah dua kata bagi semua yang hadir program
Klinik dan TID Sukan pada kali ini, dan ribuan terima kasih diucapkan kepada
pihak ISN, sekolah-sekolah berhampiran serta atlet sendiri yang telah hadir ke
program selama dua hari.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq.
Thursday, January 31, 2013
LAPORAN PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT, OLAHRAGA DAN SEPAK TAKRAW 2013
Tarikh : 27 - 28 Januari 2013
Sukan : Angkat Berat, Olahraga dan Sepak Takraw
Tempat : SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Kehadiran : 1) Peserta - 123 Lelaki dan 115 Wanita = 238 orang
2) Pegawai - 9 Pegawai
3) Jurulatih - 4 Jurulatih
4) Pembantu - 15 Orang Atlet Senior
SMK Alor Janggus merupakan Pusat Latihan Sokongan kepada
Program Pelapis Negeri Kedah dan juga sebagai pusat penempatan atlet
– atlet bagi menjalani program latihan. Bagi meyambung kesinambungan tahun
2012, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama SMK Alor Janggus
telah menganjurkan Klinik Sukan dan TID bagi 3 jenis sukan iaitu Sukan Angkat
Berat, Sukan Olahraga dan Sukan Sepak Takraw. Penyertaan pelajar bagi
program ini amat memberangsangkan dengan kerjasama pihak sekolah yang sangat
baik. Jadual perjalanan program adalah seperti berikut:
Hari Pertama ( 27 Januari 2013 )
Hari pertama kami mengambil pendekatan untuk mempromosi sukan
dengan mengadakan taklimat daripada jurulatih berkenaan pengenalan peralatan
sukan terbabit dan juga demo sukan. Selepas selesai taklimat daripada
jurulatih, para pelajar telah diuji dengan beberapa ujian seperti berikut
:
1) Standing Broad Jump
2) Jangkauan
melunjur
3) Tekan Tubi
4) Bangun Tubi
5) Lompatan Menegak
6) Pecut 40m
Setelah ujian selesai dijalankan, Jurulatih telah membuat
pemilihan dan memilih pelajar-pelajar yang mempunyai saiz fizikal yang sesuai
untuk sukan masing-masing. Semua pelajar yang terpilih akan dinilai dengan
ujian spesifik sukan masing-masing pada hari kedua.
Atlet yang telah disenarai pendek untuk ujian spesifik ialah
:
1) Olahraga - 16 Lelaki dan 17 Wanita
2) Angkat Berat - 17 Lelaki dan 9 wanita
3) Sepak Takraw - 30 Lelaki
Hari Kedua (28 Januari 2013)
Pada hari kedua, pelajar yang terpilih pada hari pertama akan dinilai melalui ujian spesifik sukan masing-masing.
Berikut merupakan pelajar yang telah disenarai pendek mengikut sukan :
1) Olahraga - 16 Lelaki dan 17 Wanita
2) Angkat Berat - 9 Lelaki 2 Wanita
3) Sepak Takraw - 10 Lelaki
Berikut merupakan ujian spesifik yang dijalankan mengikut sukan :
1) Olahraga - Teknik Asas Merejam Lembing, Lontar Peluru, Lempar Cakera dan teknik asas drill ABC.
2) Angkat Berat - Back Squat -Lelaki dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kategori bawah (20 kg - 35 kg) dan kategori atas (35 kg - 40 kg) manakala bagi wanita, (15 kg - 25 kg) Tujuan ujian ini ialah bagi melihat kekuatan kaki dan pinggang pelajar yang dipilih.
3) Sepak takraw - kawalan bola dan lenturan.
Pengkhususan klinik dan TID ini ialah bagi memlih atlet bagi
acaran lontaran bagi sukan olahraga. Manakala bagi sukan Angkat Berat penumpuan
ialah kepada pencarian atlet - atlet wanita yang semakin berkurangan. Terdapat
10 pelajar wanita yang terpilih pada awalnya tidak dapat menyertai sukan ini
memandangkan tidak mendapat kebenaran dari ibu - bapa masing - masing kerana
persepsi negatif ke atas sukan ini. Berlanjutan dari ini, satu taklimat bersama
ibu - bapa pelajar tersebut akan diadakan pada 30 Januari 2013 pada jam 9.30
pagi bertempat di SMK Alor Janggus bagi mewujudkan pemahaman kepada ibu - bapa
tersebut berkaitan sukan Angkat Berat.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Akmal b. Hashim.
Sunday, November 4, 2012
KLINIK TEKNIK SUKAN OLAHRAGA BAGI ACARA PADANG DAN BALAPAN
Salam
Untuk makluman, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dengan anjuran PIBG sekolah telah menjemput 2 JSM Sukan Olahraga iaitu En. Idris Bin Saad dan En. Zamsairon Bin Mat Dan serta 2 atlet Olahraga dibawah program Pelapis Negeri Kedah untuk menjalankan Klinik Teknik Sukan Olahraga bagi acara Padang dan Balapan. Klinik ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :
Tempat : Sek. Men. Sains Pokok Sena
Tarikh : 18 - 19 Oktober 2012
Masa : 08.00pagi – 11.00pagi
04.30 petang - 6.30 petang
Sukan : Olahraga ( Padang & Balapan )
Sasaran umur : Pelajar berusia 13 hingga 16 tahun.
Penglibatan : 2 Jurulatih dan 2 Atlet.
Program dimulakan dengan taklimat daripada jurulatih SM Sains Pokok Sena berkenaan klinik yang dijalankan. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sukan Olahraga melalui taklimat dan penerangan pengenalan peralatan sukan yang berkaitan dan demo sukan dari JSM USPTN Kedah dan atlet sukan berkaitan.
Setelah selesai sesi taklimat dan penerangan mengenai sukan Olahraga, pelajar-pelajar telah diberi asas program latihan seperti berikut:
2. Teknik Hayunan Tangan
3. Teknik Menggunakan Starting Block
4. Teknik dan Asas Lontaran
5. Teknik dan Asas Lompatan
6. Teknik Larian Pecut dan Lari Berpagar
Seramai 25 pelajar telah terlibat dengan program Klinik Teknik Sukan Olahraga ini yang meliputi pecahan 13 pelajar lelaki dan 12 pelajar wanita. Tujuan klinik ini adalah ditumpukan kepada pelajat yang terlibat untuk kejohanan sukan bagi sekolah-sekolah asrama penuh yang akan berlansung tidak lama lagi.
Rumusan
Program pada kali ini mendapat sambutan yang baik dimana semua pelajar-pelajar menunjukkan minat dan bersungguh-sungguh untuk menjalani latihan. Dari pemerhatian yang dibuat dari program ini, pelajar-pelajar di SM Sains Pokok Sena ini mempunyai fizikal yang baik serta berbakat dalam Sukan Olahraga.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USPTN dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan dapat berkerjasama lagi di masa akan datang.
Sekian.
Laporan disediakan oleh Zamsairon Mat Dan
Monday, May 7, 2012
LAPORAN PROGRAM KLINIK PENGENALAN SUKAN DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT DAN OLAHRAGA
Salam
Untuk makluman, setelah menjalani Klinik Pengenalan Sukan
dan TID di Daerah Kota Setar di SMK Alor Janggus bagi sukan Angkat Berat,
Berbasikal dan Olahraga dan SMK Kuala Nerang, Padang Terap bagi sukan Tinju
,satu lagi Klinik Pengenalan Sukan dan TID telah dijalankan di Daerah Langkawi.
Klinik dan TID ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :
Tempat : SMK Tunku
Putra, Langkawi
Tarikh : 06 Mei 2012
Masa : 10.00 pagi –
6.30 petang
Sukan : Angkat Berat
dan Olahraga
Sasaran umur :
Pelajar berusia 13 dan 14 tahun.
Penglibatan : 4
Pegawai, 4 Jurulatih dan 6 Atlet.
Program dimulakan dengan mempromosikan sukan dengan
mengadakan tayangan video, pengenalan peralatan sukan yang berkaitan
dan demo sukan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan program ini.
Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sukan Angkat
Berat dan Olahraga melalui taklimat dan penerangan dari Jurulatih
sukan berkaitan.
Setelah selesai sesi taklimat dan penerangan mengenai sukan
Angkat Berat dan Olahraga, pelajar-pelajar telah diuji dengan beberapa ujian
seperti berikut:
1. Standing
Broad Jump
2. Tekan
Tubi
3. Bangun
Tubi
4. Lompat
Menegak
5. Lari
Pecut 40M
6. Larian
800M
Seramai 82 pelajar telah terlibat dengan program Klinik
Pengenalan Sukan dan TID ini yang meliputi pecahan 50 pelajar lelaki dan 32
pelajar wanita. TID Sukan Angkat Berat pada kali ini lebih tertumpu
kepada pelajar wanita dimana hanya pelajar wanita sahaja menjalani ujian
spesifik oleh jurulatih iaitu Military Press dan Back Squat. Ini memandangkan
kekurangan atlet wanita yang berada di dalam program. Bagi Sukan Olahraga pula
tumpuan diberikan lebih kepada pelajar yang berbakat dalam acara balingan dan
larian jarak sederhana dan jauh ( middle and long distance ).
Bagi Sukan Angkat Berat seramai 14 pelajar wanita telah
lulus dalam ujian pertama dan pelajar-pelajar ini akan dipanggil untuk mejalani
latihan percubaan selama seminggu di PLN Sukan Angkat Berat iaitu di SMK Tunku
Anum Tunku Abdul Rahman.
Bagi Sukan Olahraga pula, seramai 18 pelajar lelaki telah
terpilih ini termasuk pelajar yang berbakat dalam acara middle dan long.
Pelajar –pelajar yang terpilih ini juga akan menjalani ujian yang lebih
spesifik dalam acara balingan, middle dan long di SMK Tunku Anum.
Setelah kedua-dua sukan ini menjalani ujian spesifik di SMK
Tunku Anum, hanya pelajar-pelajar yang berbakat yang akan ditawarkan menjalani
latihan bawah program Pelapis. Bagi Sukan Angkat Berat, pelajar yang telah
ditawarkan akan menjalani latihan dan akan ditempatkan di asrama SMK Tunku Anum
Tunku Abdul Rahman. Bagi Sukan Olahraga pula pelajar-pelajar yang telah
ditawarkan akan ditempatkan di asrama SMK Alor Janggus dan akan menjalani
latihan disana.
Antara yang terlibat dalam menjalankan program Klinik Pengenalan
Sukan dan TID ini adalah Ketua Unit USPTN Kedah, Encik Fairul Fadzli dimana
beliau juga turut turun padang untuk membantu menjayakan program ini. Selain
itu juga, terdapat wakil dari Majlis Sukan Negeri Kedah iaitu Encik
Ashwat serta beberapa pegawai USPTN Kedah terlibat dalam melancarkan
Klinik Pengenalan Sukan dan TID pada kali ini.
Rumusan
Program pada kali ini mendapat sambutan yang baik khususnya
bagi Sukan Angkat Berat dimana pelajar-pelajar wanita menunjukkan minat dan
bersungguh-sungguh untuk menjalani latihan sekiranya terpilih. Dimana Negeri
Kedah telah ketandusan atlet wanita. Sukan Olahraga juga tidak kurang hebatnya
kerana pelajar-pelajar yang terpilih akan ditempatkan di bawah program pelapis.
Dari pemerhatian yang dibuat dari program ini,
pelajar-pelajar di Daerah Langkawi ini mempunyai fizikal yang baik serta
berbakat dalam Sukan Angkat Berat mahupun Sukan Olahraga.
Pihak USPTN Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pihak SMK Tunku Putra dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Diharapkan program ini mendapat sokongan yang baik dari semua pihak untuk menaikkan
nama Negeri Kedah seterusnya juga menaikkan nama Negara Malaysia.
Sekian.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
Subscribe to:
Posts (Atom)
































.jpg)








