Monday, February 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN DAN TALENT SCOUTING SUKAN SEPAK TAKRAW











TARIKH : 26 FEBRUARI 2016 (JUMAAT)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SMK SUNGAI LAYAR, SMK SUNGAI PASIR



KEHADIRAN :

1. En Radzuan Abd Ghani (Jsm Usptn)
2. En Hashim Osman (Jsm Usptn)

ULASAN :
Kejohanan Sepak Takraw MSSK Kedah 2016 ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Februari 2016 dan telah disertai oleh seluruh daerah yang terdapat di dalam negeri Kedah. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingan iaitu bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun. Kategori di bawah 18 tahun telah berlangsung di SMK Sungai Pasir, kategori bawah 15 tahun di SMK Sungai Layar manakala kategori bawah 12 tahun ni SMK Teluk Bayu. Kategori bawah 18 tahun sebanyak 16 regu, kategori bawah 15 tahun sebanyak 22 regu dan kategori 12 tahun sebanyak 15 regu. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang berpotensi untuk diserapkan di dalam program. Kebanyakkan atlet yang bertanding pada kejohanan kali ini juga adalah atlet yang berada di dalam program USPTN.

Pencapaian atlet yang berada di dalam program amat memuaskan dan mencapai keputusan yang baik iaitu kategori bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun dijuarai oleh daerah Kuala Muda/Yan iaitu dibawah JSM USPTN En Hashim Osman dan kategori bawah 15 tahun dijuarai oleh daerah Kulim Bandar Baharu dibawah JSM USPTN En Radzuan Abd Ghani. Keseluruhannya pencapaian atlet berada di tahap yang baik dan amat memuaskan.


Senarai Nama Atlet yang bertanding :


Bawah 18 tahun

Johan (Kuala Muda/Yan)
1. Mohd Faizal Bin Syahmi
2. Ohd Faiz Ridzuan Bin Azizan
3. Khairil Azman Md Khir


Naib Johan(Kota Setar)

1. Ameer Nazirul Farhan Bin Afirullah
2. Mohd Hakimi Bin Roslan
3. Azem Haswad Bin Azizan
4. Ahmad Rahimi Bin Azizan


Bawah 15 tahun

Johan(Kulim Bandar Baharu)
1. Muhammad Azri Bin Mohd Zu
2. Muhammad Faris Syazwan Bin Zakaria
3. Amir Bin Rosli


Naib Johan(Kuala Muda/Yan)

1. Muhammad Kama bin Azizol
2. Muhammad Irfan Hakimi bin Rosu
3. Muhammad Ashraf bin Tarmizi

JSM En Radzuan juga ada mengemukakan cadangan untuk membuat perlawanan persahabatan bersama atlet negeri Perlis. Kita akan mempertimbangkan cadangan ini supaya dapat dilaksanakan dengan segera. JSM En Hashim meminta PPN mengadakan satu sesi TID di SMK Dulang bagi pengambilan atlet-atlet baru untuk di asah bakat mereka berkenaan sukan takraw.

Sekian, Terima Kasih.
Disediakan oleh Cik Nur Ira Mastura binti Baharum

No comments:

Post a Comment