Thursday, February 25, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 23 Febuari 2016 ( Isnin )
Masa: 5.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Nor Shahrizal Bin Roslan ( JPM Negeri )
2. En Yusoff Azmi ( JPM Negeri )
3. En Abd Malek Rahman ( JPM USPTN )
4. En Abd Malek Desa ( JSM USPTN )
5. Atlet – 8 Lelaki, 5 Wanita



LATIHAN
1. Warm Up
2. Jerk Block
3. Snatch Balance
4. Front Squat
5. Cooling Down


UJIAN
- Ujian angkatan akan dijalankan pada hari setiap hari Sabtu.


PERTANDINGAN
- Semua atlet termasuk atlet Sukma sedang menyiapkan diri ke Kejohanan Angkat Berat Jemputan Johor 2016 pada 08 hingga 14 April 2016 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, Johor.


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Peralatan seperti platform dan bar telah uzur.


PROGRAM BINAAN
- Klinik dan Pengenalan Sukan Angkat Berat akan diadakan pada hari 24 Febuari 2016 di SMK Alor Janggus.



ULASAN

1. Atlet dari PLN SMK Alor Janggus datang menjalani latihan di PLN SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
2. Ada beberapa orang atlet tidak dapat menjalani latihan kerana terlibat dengan aktiviti sekolah dan masalah keluarga.
3. Terdapat seorang atlet hoki dari sekolah berkenaan berminat untuk menjalani latihan sukan angkat berat dan PPN menyarankan kepada jurulatih untuk memantau atlet tersebut.
4. Setelah tamat latihan, ketua jurulatih memberikan sedikit rumusan berkenaan dengan program latihan pada hari ini.
5. Satu Kem Latihan Pusat akan dijalankan pada musim cuti sekolah ini dan semua atlet bakat, pelapis dan elit tidak terkecuali dari menyertai kem ini.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment