Showing posts with label TEAKWONDO. Show all posts
Showing posts with label TEAKWONDO. Show all posts

Thursday, October 26, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO








TARIKH :25 Oktober 2017
MASA : 9.30 Malam
TEMPAT : Pusat Latihan Storm Club, Sungai Petani

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Syamsyir Bin Jamel (JSM)
2. Atlet: 15 Lelaki/ 13 wanita

LATIHAN :
- Latihan Kecergasan
- Drill Defensive - Kicking
- Sparring
- Latihan Strength
- Free Exercise

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan kerana atlet terlibat dengan peperiksaan.
2. Pasukan Kedah tidak menghantar kejohanan sebelum ini kerana mempunyai masalah bersama Persatuan Taekwondo Negeri Kedah.

3. PPN memaklumkan mesyuarat JKK bagi Sukan Taekwondo akan diadakan pada bulan November ini setelah memperolehi tarikh dari Tuan Pengarah MSNK.
4. Jurulatih memaklumkan akan mengadakan satu latihan pusat dibawah persatuan dan memohon sedikit peruntukan dari pihak MSNK dan PPN juga mencadangakn agar diadakan di Dewan Kombat MSNK kerana tiada caj yang akan dikenakan dan asrama juga dapat disediakan.
5. Pembelian makanan tambahan perlu dicadangkan oleh pihak JPM negeri dan akan dibekalkan kepada atlet pelapis dan senarai keperluan tersebut akan diserahkan kepada ISN untuk memohon pandangan dan cadangan dariada pihak ISN.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Sunday, March 30, 2014

Laporan Kejohanan Taekwando Kebangsaan 2014






Tarikh : 29 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30pagi hingga 6.00petang
Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur
Bil. Atlet : 1 lelaki & 2 perempuan
Bil. J/latih : 1 orang

Kejohanan Taekwando Kebangsaan Ke-5 membuka tirai hari ini. Untuk hari pertama kejohanan, pasukan Kedah memulakan cabaran dengan 3 orang atlet mengambil bahagian. Mereka adalah Farah Adilah Bt. Suhaimi(Female Light Open 57-62Kg), Fatimah Bt. Abd.Latif(Female Heavy Open Above 73Kg) dan Muhd Syarifuddin(Male Heavy Open Above 87Kg. Diatas kertas, dilihat mereka dijangka berhadapan dengan perlawanan yang sengit di mana lawan mereka terdiri dari kelab Koryo, atlet Sukma Sarawak dan atlet Sukma Perak. Namun pada pandangan jurulatih, anak buahnya tidak mempunyai masalah untuk menewaskan lawan selagi belum masuk ke arena.

Diharapkan pasukan Kedah dapat memberi keputusan yang positif di mana ini juga memberi semangat dan motivasi kepada rakan yang akan beraksi pada hari esok.

Sekian, Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri

Monday, April 22, 2013

LAPORAN PEMANTAUAN TAEKWONDO







Tarikh: 22 April 2013
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Taman Jubli Perak


Kehadiran: 
1. En Sivakumar A/L MUNIAM
2. En. Sasikumar
3. Atlet – 6 lelaki, 2 wanita

LATIHAN
1. Sprinting
2. Drill kicking
3. Sparring

UJIAN
-
Tiada
-
PERTANDINGAN
- Atlet pelapis akan menyertai Kejohanan Taekwondo Sport Excell Sirkit 2 di Komplek Sukan Panasonic, Shah Alam pada 26-28 April 2013.


KECEDERAAN
-
Tiada
-
PERALATAN
-
Tiada

PROGRAM BINAAN
-
Tiada


ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Kehadiran atlet memuaskan.
3. Sebahagian atlet terlibat dengan aktiviti sekolah.
4. Latihan yang dilakukan sebagai persiapan untuk menyertai kejohanan yang akan datang pada 26-28 April ini.



Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Bin Md Ali.