Showing posts with label TALENT SCOUTING. Show all posts
Showing posts with label TALENT SCOUTING. Show all posts

Monday, February 29, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN DAN TALENT SCOUTING SUKAN SEPAK TAKRAW











TARIKH : 26 FEBRUARI 2016 (JUMAAT)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SMK SUNGAI LAYAR, SMK SUNGAI PASIR



KEHADIRAN :

1. En Radzuan Abd Ghani (Jsm Usptn)
2. En Hashim Osman (Jsm Usptn)

ULASAN :
Kejohanan Sepak Takraw MSSK Kedah 2016 ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 25 dan 26 Februari 2016 dan telah disertai oleh seluruh daerah yang terdapat di dalam negeri Kedah. Sebanyak 3 kategori telah dipertandingan iaitu bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun. Kategori di bawah 18 tahun telah berlangsung di SMK Sungai Pasir, kategori bawah 15 tahun di SMK Sungai Layar manakala kategori bawah 12 tahun ni SMK Teluk Bayu. Kategori bawah 18 tahun sebanyak 16 regu, kategori bawah 15 tahun sebanyak 22 regu dan kategori 12 tahun sebanyak 15 regu. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang berpotensi untuk diserapkan di dalam program. Kebanyakkan atlet yang bertanding pada kejohanan kali ini juga adalah atlet yang berada di dalam program USPTN.

Pencapaian atlet yang berada di dalam program amat memuaskan dan mencapai keputusan yang baik iaitu kategori bawah 18 tahun dan bawah 12 tahun dijuarai oleh daerah Kuala Muda/Yan iaitu dibawah JSM USPTN En Hashim Osman dan kategori bawah 15 tahun dijuarai oleh daerah Kulim Bandar Baharu dibawah JSM USPTN En Radzuan Abd Ghani. Keseluruhannya pencapaian atlet berada di tahap yang baik dan amat memuaskan.


Senarai Nama Atlet yang bertanding :


Bawah 18 tahun

Johan (Kuala Muda/Yan)
1. Mohd Faizal Bin Syahmi
2. Ohd Faiz Ridzuan Bin Azizan
3. Khairil Azman Md Khir


Naib Johan(Kota Setar)

1. Ameer Nazirul Farhan Bin Afirullah
2. Mohd Hakimi Bin Roslan
3. Azem Haswad Bin Azizan
4. Ahmad Rahimi Bin Azizan


Bawah 15 tahun

Johan(Kulim Bandar Baharu)
1. Muhammad Azri Bin Mohd Zu
2. Muhammad Faris Syazwan Bin Zakaria
3. Amir Bin Rosli


Naib Johan(Kuala Muda/Yan)

1. Muhammad Kama bin Azizol
2. Muhammad Irfan Hakimi bin Rosu
3. Muhammad Ashraf bin Tarmizi

JSM En Radzuan juga ada mengemukakan cadangan untuk membuat perlawanan persahabatan bersama atlet negeri Perlis. Kita akan mempertimbangkan cadangan ini supaya dapat dilaksanakan dengan segera. JSM En Hashim meminta PPN mengadakan satu sesi TID di SMK Dulang bagi pengambilan atlet-atlet baru untuk di asah bakat mereka berkenaan sukan takraw.

Sekian, Terima Kasih.
Disediakan oleh Cik Nur Ira Mastura binti Baharum

Sunday, February 21, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN DAN TALENT SCOUTING SUKAN SEPAK TAKRAW









Tarikh: 20 Febuari 2016 ( Sabtu )
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: SMK Kulim

KEHADIRAN :
1. En. Radzuan Abd Ghani ( JSM USPTN )
2. En Anuar Bin Mat ( JSM PLD USPTN )
3. Anggaran Atlet – 592 Lelaki, 40 Pegawai ( Guru )


ULASAN :

Kejohanan MSSK Daerah Kulim/Bandar Baharu ini diadakan selama 3 hari iaitu pada 18 hingga 20 Febuari 2016 dan telah disertai hampir seluruh sekolah yang berada dalam daerah tersebut. Anggaran penyertaan atlet adalah 600 orang atlet dan sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu bawah 18 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 12 tahun. Bawah 18 tahun dianggarkan sebanyak 51 regu, bawah 15 tahun dianggarkan sebanyak 45 regu dan bawah 12 tahun dianggarkan sebanyak 52 regu. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang mana berpotensi untuk dimasukan ke dalam program dan rata-rata atlet yang bertanding adalah atlet yang telah berada dalam program.

Pencapaian atlet yang berada di dalam program amat memuaskan dan mencapai keputusan yang baik iaitu bawah 12 tahun SMK Keladi telah menjuarai di bawah jrulatih PLD En Anuar Bin Mat dan Bawah 15 tahun pula dimenangi oleh SMK Kulim diawah JSM USPTN En Radzuan Abd Ghani. Pencapaian yang baik sebagai permulaan dan jurulatih juga memaklumkan akan memilih atlet dari sekolah lain yang berpontensi untuk dimasukkan ke dalam program akan datang.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi.

Thursday, March 17, 2011

PEMANTAUAN DI KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD LANGKAWI










Salam,

Untuk makluman, pemantauan di Kejohanan terbabit telah dijalankan seperti berikut : -

Tarikh : 7 – 10 MAC , 2011

Tempat : Stadium Lada, Langkawi, Kedah

Jurulatih : Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan

Hasil Pemantauan

Pemantauan di Kejohanan Olahraga MSSD Daerah Langkawi ini adalah bertujuan untuk meninjau dan mengenalpasti atlet - atlet Olahraga yang berbakat di daerah terbabit. Pada tahun ini, penumpuan adalah dikhususkan untuk atlet - atlet bagi acara lontaran (throw), lari jarak sederhana (middle) juga lari berpagar (hurdle) . Sepanjang pemantauan, didapati kejohanan berjalan lancar. Selain daripada itu, Jurulatih juga mengambil kesempatan ini untuk meninjau dan memperbetulkan teknik - teknik bagi atlet - atlet yang bertanding terutamanya bagi acara lontaran dan juga lari berpagar. 3 orang atlet juga telah dikenalpasti untuk diserapkan ke Program Pelapis Negeri Kedah dan tindakan susulan bagi pemindahan sekolah atlet - atlet terbabit akan dijalankan.

Sekian, terima kasih

Laporan Disediakan oleh Mohd Zam Sairon Bin Mat Dan @ Saadan