Showing posts with label TENPIN BOLING. Show all posts
Showing posts with label TENPIN BOLING. Show all posts
Tuesday, February 27, 2018
PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA SUKAN BOLING DAN STATE EVALUATION SERTA ROLL OFF PEMILIHAN ATLET SUKMA BAGI SUKAN BOLING
Tarikh: 24 Feb 2018 ( Sabtu )
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1. En. Hafizuddin (KU USPTN)
2.En. Amdia ( JPM USPTN )
3. En. Shahardi Mohd Hamzah ( JSM USPTN )
4. Puan Rohani Binti Hat (Penyelaras MSNK)
5. Puan Murni Shafila Binti Saad (SDO Boling)
6. Ahli – ahli persatuan
7.Atlet– 46 orang
ULASAN:
Perjumpaan waris atlet Sukan Tenpin Bowling bertujuan untuk meminta kerjasama dan sokongan serta cadangan daripada waris-waris bagi membantu dalam penambahbaikan serta memajukan Sukan Tenpin Bowling Negeri Kedah.Sewaktu Perjumpaan bersama waris, En. Hafizuddin telah menerangkan sasaran dan hala tuju program pembangunan Majlis Sukan Negeri Kedah kepada waris atlet agar dapat memahami sedikit sebanyak mengenai program pembangunan Sukan Tenpin Bowling. Selain daripada itu perjumpaan ini juga adalah untuk memaklumkan kepada waris berkaitan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada para atlet seperti bajet kejohanan dan bayaran sewaan lanes. Sewaktu perjumpaan ini juga kita telah berbincang berkaitan bajet, waktu latihan, tempat latihan, penyertaan kejohanan, kos latihan, kos kejohanan, kehadiran atlet, jadual kejohanan dan pencapaian atlet. Disamping itu juga, perjumpaan ini juga bertujuan untuk pemilihan atlet SUKMA kali kedua serta perancangan perjalanan program untuk atlet elit yang akan menyertai SUKMA nanti. Setelah selesai taklimat dan penerangan dari En. Hafizuddin, maka bermula sesi penyerahan tshirt latihan kepada atlet.
Pada Jam 5.00 petang atlet dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi tujuan Roll Off pemilihan atlet SUKMA 2018, Perak dan atlet yang akan menyertai State Evaluation bagi pembagunan Sukan Tenpin Bowling. Seramai 12 orang atlet telah menyertai Roll Off dan 34 orang untuk sertai State Evaluation. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang mana berpotensi untuk dimasukan ke dalam program.
Setelah selesai pemantauan dan pemilihan daripada jurulatih, para ibubapa telah dikumpulkan untuk sesi taklimat bersama SDO dan jurulatih.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.
Tuesday, February 6, 2018
PEMANTAUAN SUKAN BOLING
Tarikh: 03 Februari 2018 ( Sabtu )
Masa: 03.30 Petang
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1. En. Nor Amdia Bin Nordin (JPM USPTN)
2. En. Shahardi Mohd Hamzah (JSM USPTN)
3. En. Azman Bin Latif (JSM MSNK)
4. Murni Shafila Bt saad (SDO Boling Tenpin)
3. Atlet – 20 Lelaki, 15 Wanita
LATIHAN
1.Warm Up
2. Focus
3. Release Straight
4. Balancing
5. Cooling Down
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1. Latihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kehadiran atlet adalah sangat memuaskan.
2. Jurulatih dan SDO telah berbincang berkaitan program dan kejohanan yang akan disertai sepanjang tahun 2018.
3. Atlet Elit yang juga atlet didalam Program USPTN telah menyertai Ujian Kecergasaan bersama pihak ISNK dan Unit Sains Sukan MSNK pada 02 Februari dan keputusan ujian tersebut akan dikeluarkan oleh pihak ISNK.
4. Roll-off kedua akan diadakan pada 24 Februari 2018 untuk memilih atlet-atlet yang layak untuk menyertai SUKMA 2018 Perak.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila bt Saad
Monday, January 8, 2018
LAPORAN PEMANTAUAN ROLL OFF ATLET SUKMA PERAK 2017
TARIKH : 29 – 31 Disember 2017
MASA : 9.00 Pagi- 7.00 Petang
TEMPAT : Aman Bowl, Aman Central
KEHADIRAN :
1. En. Amdia Bin Nordin (JPM)
2. En. Shahardi Bin Hamzah (JSM)
3. En. Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi (Pemangku Ketua USPTNK)
4. Puan Murni Shafila Bt Saad (SDO)
6. Puan Rohani Bt Hat
7. Ibubapa
8. Atlet – 14 Lelaki, 12 Wanita
ROLL OFF PEMILIHAN ATLET BOLING SUKMA PERAK 2018
Roll Off Pemilihan Atlet Boling Sukma Perak 2018 ini telah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 29 Disember hingga 31 Disember 2017. Roll off ini telah berlangsung selama 3 hari dan roll off ini juga adalah anjuran Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman. Penyertaan adalah sebanyak 30 penyertaan dan atlet harus habiskan 36 game selama 3 hari roll off berlangsung. Roll off ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi pemilihan atlet ke SUKMA Perak 2018.
Pada pukul 9.00 pagi semua atlet telah berkumpul di Bilik Mesyuarat di Aman Bowl bagi mendengar sedikit taklimat dan penerangan daripada jurulatih dan roll off bermula tepat jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.30 dengan 6 game untuk sesi pagi. Pada sesi petang roll off bermula pada jam 5.00 petang dan tamat pada jam 7.30 petang dengan 6 game. Setelah selesai roll off selama 3 hari, 8 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita yang menunjukkan keputusan terbaik telah terpilih untuk menyertai roll off yang kedua pada bulan Februari nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Kedah memberi peruntukkan sepenuhnya untuk membuat roll off, ibu bapa, atlet dan jurulatih kerana memberi komitment menjaya roll off kali ini kali ini.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Bt Saad.
Tuesday, January 2, 2018
LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SPORTEXCEL/NSC/MILO/MTBC/TENPIN BOLING JUNIOR CIRCUIT 2017 GRAND FINAL
Aktiviti : Kejohanan Sportexcel/Nsc/Milo/Mtbc/Tenpin Boling Junior Circuit 2017 Grand Final.
Tarikh : 17 – 19 Disember 2017
Tempat : Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya.
Seramai 7 orang atlet dan 2 orang jurulatih telah menyertai kejohanan pada kali ini. Mereka terdiri daripada seorang atlet bawah 12 tahun dan 3 orang atlet bawah 15 tahun dan 3 orang atlet bawah 18 tahun. Berikut adalah senarai nama dan keputusan atlet yang menyertai kejohanan:
BIL
|
NAMA
|
KEPUTUSAN
|
1
|
NURUL ANIS NABILA BT MOHD NIZAM
GIRL U12
|
TOTAL = 1114
AVG = 184.42 RANK = 3 ROUND 2 |
2
|
FARISSA NAJIHAH BT YOSMERA
GIRLS GRADED
|
TOTAL = 984
AVG = 176.33 RANK = 13 ROUND 2 |
3
|
DHIA BATRISYIA BT MOHD RIDZUAN
GIRLS GRADED
|
TOTAL = 1102
AVG = 181.00 RANK = 9 ROUND 2 |
4
|
MUHAMMAD FAREEZ AIMAN BIN MOHD YUSUF
BOYS GRADED
|
TOTAL = 1231
AVG = 208.50 RANK = 1 STEPLADDER |
5
|
MOHD HAZIQ BIN MOHD RIDZUAN
BOYS OPEN
|
TOTAL = 1280
AVG = 216.67 RANK = 2 STEPLADDER |
6
|
MUHAMMAD SYAZIROL SHAMSUDIN
BOYS OPEN
|
TOTAL = 1281
AVG = 203.00 RANK = 8 ROUND 2 |
7
|
NURUL ALIYA NAJIHAH BT MOHD NIZAM
GIRLS OPEN
|
TOTAL = 1125
AVG = 195.75 RANK = 8 ROUND 2 |
ULASAN
1. Semua atlet menunjukkan prestasi yang cemerlang dan menunjukkan dispilin yang baik serta memberikan komitment yang tinggi sepanjang kejohanan.
2. Pihak MSNK memberi peruntukkan sepenuhnya untuk menyertai kejohanan ini. Peruntukkan yang diberikan dapat membantu meningkatkkan lagi prestasi atlet , hal ini adalah kerana atlet perlu lebih banyak melibatkan diri dalam kejohanan bagi megukur tahap keyakinan dan peningkatan prestasi mereka.
3. Jurulatih dan ibubapa juga memberikan sokong yang baik kepada atlet sewaktu kejohanan berlangsung.
4. Kejohanan ini juga menunjukkan semangat daya saing antara atlet yang mana mampu memberi impak positif kepada atlet untuk menyertai kejohanan di peringkat yang lebih tinggi.
Sekian,terima kasih
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.
Tuesday, November 21, 2017
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BOLING TENPIN
Tarikh: 20 November 2017 ( Isnin )
Masa: 6.30 PM
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1.En. Shahardi Mohd Hamzah (JSM USPTN)
2. Murni Shafila Bt saad (SDO Boling Tenpin)
3. Atlet – 5 Lelaki, 3 Wanita
LATIHAN
1.Warm Up
2. Focus
3. Release Straight
4. Balancing
5. Cooling Down
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Terdapat atlet yang telah layak untuk sertai Kejohanan Grand Final pada bulan Disember nanti.
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1. Latihan dijalankan seperti biasa dan kehadiran adalah kurang memuaskan kerana atlet-atlet terlibat dengan program sekolah.
2. Jurulatih memaklumkan berkaitan roll-off akan diadakan secepat mungkin bagi memilih atlet yang layak mendapat peruntukan dari MSNK ke Kejohanan Junior All Setar seperti yang telah dijanjikan oleh Pengarah MSNK.
3. SDO juga mencadangkan untuk mengadakan bengkel berkaitan dengan pemakanan atlet memandangkan terdapat pegawai pemakanan dari ISNK.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila bt Saad
LAPORAN PEMANTAUAN PERJUMPAAN PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH BERSAMA JURULATIH, ATLIT DAN IBUBAPA SUKAN BOLING
Tarikh: 17 November 2017
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Rizal Mohamad Radzi (Pengarah Msnk)
2. En. Nazri Bin Ahmad (Ketua Unit Elit Msnk)
3. En. Syahir Bin Shokri (Unit Ict Msnk)
4. En. Hafizuddin Bin Muhamad Rodzi (Ketua Unit USPTN)
5. En. Amdia (Jurulatih Penuh Masa Boling)
6. En. Shahardi (Jurulatih Separuh Masa)
7.Ibubapa – 10 Orang
8. Atlet – 7 orang
LATIHAN
- Tiada
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
-Telah terima permohonan untuk menyertai Kejohanan Grand Final Sport Excel dan Kejohanan Penang Pesta akan diproses.
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1. Perjumpaan Tuan Pengarah bersama jurulatih, atlet dan ibubapa adalah bertujuan untuk membincangkan prestasi dan arah tuju perjalanan program sukan boling bagi persediaan atlet elit untuk menyertai SUKMA 2018.
2. Tuan Pengarah dan jurulatih telah meletakkan syarat pemilihan atlet yang akan sertai SUKMA mengikut purata bagi tiga kejohanan yang akan mereka sertai nanti iaitu di Kejohanan Grand Final, Kejohanan Penang Pesta dan Internasional Junior All Stars.
3. Sewaktu perjumpaan tersebut juga jurulatih telah memaklumkan berkaitan perancangan untuk membuat roll-off untuk pemilihan atlet SUKMA 2018 yang akan diadakan pada bulan Disember dan roll off tersebut akan dijalankan selama tiga hari.
4. En. Hafizuddin juga telah telah memberi penekanan terhadap pengambilan makanan tambahan dan beliau juga memaklumkan supaya jurulatih dan atlet mendapatkan nasihat dari pihak ISNK sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.
5. PPN telah memperoleh senarai peralatan yang diperlukan sehingga bermulanya Temasya Sukan Malaysia 2018 dan akan diproses di peringkat Msnk.
6. Terdapat beberapa orang atlet yang layak dari pandangan jurulatih untuk mendapat Skim Kecemerlangan Atlet daripada Msnk dan nama nama tersebut akan dikaji di peringkat Msnk berdasarkan prestasi keputusan yang lepas dan semasa untuk kelulusan.
7. Mengenai permohonan ke tiga-tiga kejohanan tersebut, pihak Msnk bersetuju untuk membantu dari segi kewangan .
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Bt Saad.
Wednesday, November 8, 2017
LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SPORTEXCEL/NSC/MILO/MTBC/ TENPIN BOLING JUNIOR CIRCUIT 2017
Aktiviti : Kejohanan Sportexcel/Nsc/Milo/Mtbc/Tenpin Boling Junior Circuit 2017.
Tarikh : 03 – 05 November 2017
Tempat : Ampang Superbowl, Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Seramai 25 orang atlet dan 2 orang jurulatih telah menyertai kejohanan pada kali ini. Mereka terdiri daripada 6 orang atlet bawah 12 tahun dan 19 orang atlet bawah 15 tahun. Berikut adalah senarai nama dan keputusan atlet yang menyertai kejohanan:
| BAWAH 12 TAHUN | ||||||||
| BIL | NAMA | KEPUTUSAN | ||||||
| 1 | NURUL HANIS NABILA MOHD NIZAM | TOTAL = 1590 AVG = 159.00 RANK = 5TH ROUND 2 | ||||||
| 2 | SHARIFAH NUR SYARARINA BINTI SYED PUTRA | TOTAL = 816 AVG = 136.00 RANK = 17TH ROUND 1 | ||||||
| 3 | NUR ALINA NASUHA BINTI MOHD FISHOL | TOTAL = 641 AVG = 107.17 RANK = 33 ROUND 1 | ||||||
| 4 | HARIS HISHAM | TOTAL = 865 AVG = 142.67 RANK = 23 ROUND 1 | ||||||
| 5 | NIK RIFDHI BAIHAQY | TOTAL = 825 AVG = 137.50 RANK = 28 ROUND 1 | ||||||
| 6 | ARIFF HIKWAN BIN HAMDAN | TOTAL = 849 AVG = 141.50 RANK = 25 ROUND 1 | ||||||
| BAWAH 15TAHUN | ||||||||
| BIL | NAMA | KEPUTUSAN | ||||||
| 1 | FARISSA NAJIHAH | TOTAL = 1225 AVG = 153.13 RANK = 35 ROUND 1 | ||||||
| 2 | HIDAYAH DAMIA | TOTAL = 1287 AVG = 160.88 RANK = 24 ROUND 1 | ||||||
| 3 | NUR ISMA HUSNA | TOTAL = 1078 AVG = 134.75 RANK = 54 ROUND 1 | ||||||
| 4 | NURUL IZZATI | TOTAL = 1257 AVG = 157.13 RANK = 30 ROUND 1 | ||||||
| 5 | MAISARAH MAJDI | TOTAL = 1136 AVG = 142.00 RANK = 49 ROUND 1 | ||||||
| 6 | FATIN HUMAIRAH | TOTAL = 1194 AVG = 149.25 RANK = 41 ROUND 1 | ||||||
| 7 | NUR ALISA NATASHA | TOTAL = 2202 AVG = 157.29 RANK = 20 ROUND 2 | ||||||
| 8 | NUR ALIA NADIRA | TOTAL = 1237 AVG = 154.63 RANK = 33 ROUND 1 | ||||||
| 9 | DHIA BATRISYIA | TOTAL = 1178 AVG = 147.25 RANK = 46 ROUND 1 | ||||||
| 10 | MUHAMMAD FAIZ HAIKAL | TOTAL = 1202 AVG = 150.25 RANK = 86 ROUND 1 | ||||||
| 11 | MIFZAL ASYIQ | TOTAL = 1179 AVG = 147.38 RANK = 97 ROUND 1 | ||||||
| 12 | AIRIL AFNAN | TOTAL = 992 AVG = 124.00 RANK = 124 ROUND 1 | ||||||
| 13 | THIAN ZHI YUN | TOTAL = 1291 AVG = 161.38 RANK = 58 ROUND 1 | ||||||
| 14 | EZZAT EZANI | TOTAL = 1372 AVG = 171.50 RANK = 35 ROUND 1 | ||||||
| 15 | MUHAMMAD NAUFAL MUHAMAD NAZDAN | TOTAL = 2481 AVG = 177.21 RANK = 13 ROUND 2 | ||||||
| 16 | KHAIRUL HARRAZ | TOTAL = 2442 AVG = 174.43 RANK = 19 ROUND 2 | ||||||
| 17 | FAREEZ AIMAN MOHD YUSUFF | TOTAL = 2673 AVG = 190.93 RANK = 1 ROUND 2 | ||||||
| 18 | MUHAMAD HAZIQ AFIQ NORDIN | TOTAL = 2448 AVG = 174.86 RANK = 18 ROUND 2 | ||||||
| 19 | ALIFF FIRDAUS | TOTAL = 1202 AVG = 150.25 RANK = 86 ROUND `1 | ||||||
ULASAN
1. Semua atlet menunjukkan disiplin yang baik di sepanjang kejohanan.
2. Jurulatih dan juga ibubapa memberikan sepenuh komitmen dan sokongan dalam memastikan prestasi atlet dalam keadaan baik.
3. Sewaktu di Ipoh para atlet tidak dapat menunjukkan prestasi yang baik dan memberangsangkan
4. Atlet juga perlu di beri peluang ke lebih banyak kejohanan yang lebih tinggi untuk memantapkan teknik dan kemahiran bermain mereka serta memberi saingan yang lebih tinggi kepada atlet.
Sekian,terima kasih
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.
Thursday, October 12, 2017
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BOLING TENPIN
Tarikh: 09 Oktober 2017 ( Isnin )
Masa: 05.30 PM
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1.En. Shahardi Mohd Hamzah (JSM USPTN)
2. Murni Shafila Bt saad (SDO Boling Tenpin)
3. Atlet – 2 Lelaki
LATIHAN
1.Warm Up
2. Sparring Training
3. Game
4. Cooling Down
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- 38 atlet yang akan sertai Kejohanan Sirkit IV di Mega Lanes, Kuantan, Pahang pada 12 Oktober hingga 15 Oktober 2017.
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1. Latihan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan oleh jurulatih dan kehadiran atlet adalah kurang memuaskan memandangkan pada hari tersebut latihan dijalankan dua sesi iaitu sesi petang dan malam.
2. Jurulatih memaklumkan atlet bersemangat untuk menjalani latihan dan kejohanan supaya mereka layak untuk sertai Grand Final pada bulan Disember nanti.
3. Atlet telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk sertai kejohanan di Kuantan, Pahang nanti dan penyertaan untuk ke kejohanan tersebut memberangsangkan .
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila bt Saad
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































