Showing posts with label KEM BAKAT. Show all posts
Showing posts with label KEM BAKAT. Show all posts

Tuesday, October 28, 2014

Laporan Pemantauan Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014 Hari Ke Lima











Sesi Hari Kelima

27 Oktober 2014


Program pada hari kelima dan terkahir bermula pada jam 9.00 pagi selepas kesemua atlet bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari kelima di Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014.

Hari ini semua atlet menjalankan 'control testing' yang diuji oleh jurulatih jurulatih di setiap station berbeza. Ujian dilakukan pada sebelah pagi dan petang. Sebelah pagi ujian yang dilakukan adalah 'flexibility' dan 'physical' manakala ujian 'element' dilakukan pada sebelah petang.

Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam. Kesemua jurulatih dikehendaki berada di bilik seminar bagi rumusan keseluruhan kem oleh En. Onn Kwang Tung bagi MAG dan Natalia Sinkova bagi WAG.

Antara perkara yang diketengahkan adalah seperti berikut:

1. Control Test disarankan oleh jurulatih untuk buat pada hari pertama dan latihan sepatutnya dilakukan pada hari seterusnya untuk memantapkan atlet.

2. Alatan kecil seperti pump guard perlu disediakan kerana ramai atlet mengalami luka di bahagian tapak tangan.

3. Program pembangunan bagi MAG tidak mempunyai masalah dan disetujui oleh para jurulatih.

4. Pihak persatuan akan berikan maklumat kejohanan akan datang lebih awal (3 bulan sebelum) bagi memudahlan jurulatih untuk mengajar element-element yang perlu lebih awal dan bersedia.

Atlet, jurulatih dan pegawai pembangunan negeri bagi Kedah akan bertolak balik ke Alor Setar pada jam 8.30 pagi esok.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.





Monday, October 27, 2014

Laporan Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014





Sesi Hari Keempat
26 Oktober 2014


Program pada hari keempat bermula pada jam 9.00 pagi selepas kesemua atlet bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari keempat di Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014.


Latihan yang dijanlankan sama seperti hari sebelumnya dengan pecahan kumpulan kecil by-station mengikut apparatus (floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


En Giam Fook Pang telah memberi kebenaran kepada semua atlet untuk berehat awal pada sesi malam supaya lebih bersedia untuk 'control testing' pada hari terakhir esok.


Program pada hari kelima dan terakhir akan bersambung pada 26 Oktober 2014 jam 9.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

Sunday, October 26, 2014

Laporan Hari Ketiga Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014







Sesi Hari Ketiga
25 Oktober 2014 (Sabtu)


Program pada hari ketiga bermula pada jam 7.00 selepas bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari ketiga.


Latihan diteruskan dengan pecahan kumpulan kecil by-station mengikut apparatus ( floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


Seramai enam orang atlet telah dibawa ke klinik kerana demam. Atlet yang demam direhatkan daripada mengikuti sesi latihan pada waktu petang dan dijaga oleh PPN.


Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam selepas makan malam dimana kesemua atlet dikehendaki untuk berkumpul di bilik seminar Hotel Sri Petaling bagi sesi 'Team Building'.


Program pada hari keempat bersambung pada 26 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.

SEkian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

Laporan Hari Kedua Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014








Sesi Hari Kedua
24 Oktober 2014 (Jumaat)


Program pada hari kedua bermula seawal jam 7.00 pagi dimana kesemua atlet dikehendaki untuk bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan.


Sebelum memulakan latihan, taklimat ringkas diberikan oleh En. Giam Fook Pang kepada semua atlet. Atlet seterusnya dibahagikan mengikut pecahan kumpulan kecil mengikut apparatus ( floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


Sesi malam bermula pada jam 8.00 malam selepas makan malam dimana kesemua atlet dikehendaki untuk berkumpul di dewan Hotel Sri Petaling bagi sesi tayangan video manakala kesemua Pegawai Pembangunan Negeri dan Jurulatih dikehendaki berada di dalam bilik mesyuarat bagi sesi perjumpaan bersama Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin.


Program pada hari ketiga bersambung pada 25 Oktober 2014 jam 7.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

Laporan Hari Pertama Kem Bakat Sukan Gimnastik Siri 1/2014








Sesi Hari Pertama
23 Oktober 2014 (Khamis)


Pasukan Gimnastik Artistik Pelapis Negeri Kedah telah hadir menyertai Kem Bakat Gimnastik Artistik 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negera Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seramai 9 orang atlet (6 lelaki & 3 wanita) Pelapis Kedah dan seorang JSM Kedah (En. Mohd Faiz) menyertai kem tersebut yang bermula pada 23 hingga 28 Oktober 2014. Keseluruhan atlet yang menyertai program pada kali ini adalah seramai 99 orang atlet (50 lelaki dan 46 wanita) dibantu oleh 18 orang jurulatih dan 5 orang Pegawai Pembangunan Negeri.


Pendaftaran atlet yang hadir di tempat penginapan iaitu di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Program sesi petang adalah sesi Taklimat Kem yang disampaikan oleh Encik Giam selaku Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Cawangan Pelapis. Seterusnya, pada sesi malam pula dipecahkan kepada dua program seperti berikut:-
1. Jurulatih - Sesi Bersama Teknikal MGF
2. Atlet - Program Ice Breaking


Sesi hari kedua akan bersambung pada 24 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

Monday, December 5, 2011

KEM LATIHAN SUKAN MEMANAH - LAPORAN HARI PERTAMA DAN KEDUA





Salam,

Kem latihan sukan Memanah ini di jalankan bertujuan untuk atlet-atlet menjalani latihan sebagai persediaan ke Karnival Pelapis Negeri X di Perlis. Kem latihan ini bermula pada 3hb dan akan berakhir pada 6hb Disember 2011. Dengan adanya kem latihan ini dapat mengumpulkan atlet-atlet yang berada di Daerah Kulim dan Baling bagi menjalani latihan bersama-sama. Jadual perjalanan program hari pertama dan kedua adalah seperti berikut :-

Hari Pertama

09.30 - 10.00pg - Pendaftaran (Pokok Sena. Baling& Kulim)
10.00 - 10.30pg - Minum Pagi
10.30 - 11.00pg - Taklimat J/L mengenai perjalanan program
11.00 - 12.30tgh - Penyelenggaraan peralatan (tuning Bow & Arrow)
12.30 - 03.00ptg - Makan Tengahari & Solat & Rehat
03.00 - 04.30ptg - Latihan Foam jarak 15m
04.30 - 05.00ptg - Minum petang
05.00 - 06.30ptg - Sambungan latihan foam jarak 15m
06.30 - 08.30mlm - Rehat & Makan Malam & Solat
08.30 - 10.00mlm - Motivasi oleh Cikgu Zainol Abidin Ishak - kaunselor sekolah

Hari Kedua

07.00 - 08.30pg - Latihan Fizikal
08.30 - 09.30pg - Minum Pagi
09.30 - 11.00pg - Latihan Foam
11.00 - 12.30tgh - Latihan Jarak
12.30 - 03.00ptg - Makan Tengahari & Solat & Rehat
03.00 - 04.30ptg - Latihan Jarak
04.30 - 05.00ptg - Minum petang
05.00 - 06.30ptg - Latihan Jarak
06.30 - 08.30mlm - Rehat & Makan Malam & Solat
08.30 - 10.00mlm - Tayangan Video Teknik Memanah Korea

Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Ku Hamid.