Tuesday, February 27, 2018

PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA SUKAN BOLING DAN STATE EVALUATION SERTA ROLL OFF PEMILIHAN ATLET SUKMA BAGI SUKAN BOLING









Tarikh: 24 Feb 2018 ( Sabtu )
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar


KEHADIRAN :
1. En. Hafizuddin (KU USPTN)
2.En. Amdia ( JPM USPTN )
3. En. Shahardi Mohd Hamzah ( JSM USPTN )
4. Puan Rohani Binti Hat (Penyelaras MSNK)
5. Puan Murni Shafila Binti Saad (SDO Boling)
6. Ahli – ahli persatuan
7.Atlet– 46 orang

ULASAN:
Perjumpaan waris atlet Sukan Tenpin Bowling bertujuan untuk meminta kerjasama dan sokongan serta cadangan daripada waris-waris bagi membantu dalam penambahbaikan serta memajukan Sukan Tenpin Bowling Negeri Kedah.Sewaktu Perjumpaan bersama waris, En. Hafizuddin telah menerangkan sasaran dan hala tuju program pembangunan Majlis Sukan Negeri Kedah kepada waris atlet agar dapat memahami sedikit sebanyak mengenai program pembangunan Sukan Tenpin Bowling. Selain daripada itu perjumpaan ini juga adalah untuk memaklumkan kepada waris berkaitan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada para atlet seperti bajet kejohanan dan bayaran sewaan lanes. Sewaktu perjumpaan ini juga kita telah berbincang berkaitan bajet, waktu latihan, tempat latihan, penyertaan kejohanan, kos latihan, kos kejohanan, kehadiran atlet, jadual kejohanan dan pencapaian atlet. Disamping itu juga, perjumpaan ini juga bertujuan untuk pemilihan atlet SUKMA kali kedua serta perancangan perjalanan program untuk atlet elit yang akan menyertai SUKMA nanti. Setelah selesai taklimat dan penerangan dari En. Hafizuddin, maka bermula sesi penyerahan tshirt latihan kepada atlet.

Pada Jam 5.00 petang atlet dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi tujuan Roll Off pemilihan atlet SUKMA 2018, Perak dan atlet yang akan menyertai State Evaluation bagi pembagunan Sukan Tenpin Bowling. Seramai 12 orang atlet telah menyertai Roll Off dan 34 orang untuk sertai State Evaluation. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang mana berpotensi untuk dimasukan ke dalam program.
Setelah selesai pemantauan dan pemilihan daripada jurulatih, para ibubapa telah dikumpulkan untuk sesi taklimat bersama SDO dan jurulatih.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.

Monday, February 26, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK







TARIKH : 23 FEBRUARI 2018
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK, POKOK SENA, ALOR SETAR

KEHADIRAN:-
JURULATIH :
1. ENCIK SAZALI BIN DZAHURI (JSM USPTN KEDAH)
2. ENCIK ZULKIFFLI BIN ISMAIL (JPM MSN KEDAH)
3. ENCIK HAFIZUDDIN BIN MOAHAMD RODZI (PKU USPTN)
4. PUAN NUR IRA MASTURA BINTI BAHARUM (SDO USPTN KEDAH)

ATLET :
LELAKI - 06 ORANG
PEREMPUAN - 11 ORANG

LATIHAN :
1. STRENGTH
2. ENDURANCE
3. FOCUSING
4. SERVE FOREHAND & BACK HAND

UJIAN
-TIADA

PERTANDINGAN
-KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 01/2018 (07-11 MAC 2018, LAPANG SASAR MANTIN, NEGERI SEMBILAN)

KECEDERAAN
-TIADA

PROGRAM BINAAN
-TIADA

ULASAN
1. LATIHAN BERJALAN SEPERTI BIASA DAN KEHADIRAN ATLET MEMUASKAN.
2. JURULATIH MENCADANGKAN AGAR MENGADAKAN TID BAGI ATLET BARU BERUMUR 13 DAN 14 TAHUN PADA WAKTU TERDEKAT.
3. JURULATIH MEMAKLUMKAN AMAT MEMERLUKAN SENJATA API TAMBAHAN BAGI MENAMPUNG ATLET YANG SEMAKIN MENINGKAT DARI TAHUN KE TAHUN. PPN MEMAKLUMKAN AKAN MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBELIAN SENJATA API DENGAN SEGERA MELALUI PERBELANJAAN DI BAWAH MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.


SEKIAN, TERIMA KASIH.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH PUAN NUR IRA MASTURA BT BAHARUM.

Wednesday, February 21, 2018

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL











TARIKH : 19 Februari 2018
MASA : 9.30 Pagi
TEMPAT : MSN Kedah-Kuala Kedah-MSN Kedah

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Ghaffuan Ghazali (JPM)
2. Atlet: 7 Lelaki, 3 wanita


LATIHAN :
- 24 KM
- Motor Pacing 8KM
- Rolling Start 4x
- Standing Start 4x

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Kejohanan Berbasikal CIMB-JCM (Track) Siri 1/2018 pada 22-25 Februari 2018 di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan.

PERALATAN :
- Kekurangan Tiub, Tayar dan Roller untuk latihan.


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet memuaskan kerana atlet ditempatkan di asrama Majlis Sukan Negeri Kedah.
3. Latihan bermula dari MSN Kedah ke Kota Kuala Kedah dan menjalani latihan (speed) di Jalan Kota Kuala Kedah.
4. Jurulatih memaklumkan seramai 10 atlet akan menyertai Kejohanan Berbasikal Track di Velodrom Nilai Negeri Sembilan.
5. Jurulatih memaklumkan terdapat 2 atlet baru menjalani latihan dan memohon jurulatih untuk dapatkan maklumat atlet tersebut dengan segera untuk di masukkan dalam program.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Akmal bin Hashim.

PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON















TARIKH :14 Februari 2018
MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : Dewan Persatuan Badminton Negeri Kedah (KBA)

KEHADIRAN :

1. En. Ari Anshori (JPM)
2. En. Voon Man Chong
3. Atlet: 4 Lelaki, 1 wanita

LATIHAN :
- Multi Shuttle Attack
- Multi Shuttle Defend
- 2 vs 1

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Celcom Axiata National Championship 2018 pada 26 Februari 2018 hingga 4 Mac 2018 di Stadium Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

PERALATAN :
- Shuttle Latihan.


PROGRAM BINAAN :
-Tiada


ULASAN :
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan pada sesi pagi dan latihan berjalan lancar.
2. Jurulatih memaklumkan memerlukan makanan sampingan (supplement) untuk latihan.
3. Berkaitan dengan shuttle latihan pihak Majlis Sukan Negeri Kedah telah bersetuju untuk membantu menyediakan shuttle latihan.
4. Memohon Jurulatih untuk kemaskini maklumat atlet untuk tahun 2018.

Laporan disediakan oleh Encik Akmal bin Hashim.
Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 6, 2018

PEMANTAUAN SUKAN BOLING









Tarikh: 03 Februari 2018 ( Sabtu )
Masa: 03.30 Petang
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar

KEHADIRAN :

1. En. Nor Amdia Bin Nordin (JPM USPTN)
2. En. Shahardi Mohd Hamzah (JSM USPTN)
3. En. Azman Bin Latif (JSM MSNK)
4. Murni Shafila Bt saad (SDO Boling Tenpin)
3. Atlet – 20 Lelaki, 15 Wanita

LATIHAN
1.Warm Up
2. Focus
3. Release Straight
4. Balancing
5. Cooling Down

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN

1. Latihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kehadiran atlet adalah sangat memuaskan.
2. Jurulatih dan SDO telah berbincang berkaitan program dan kejohanan yang akan disertai sepanjang tahun 2018.
3. Atlet Elit yang juga atlet didalam Program USPTN telah menyertai Ujian Kecergasaan bersama pihak ISNK dan Unit Sains Sukan MSNK pada 02 Februari dan keputusan ujian tersebut akan dikeluarkan oleh pihak ISNK.
4. Roll-off kedua akan diadakan pada 24 Februari 2018 untuk memilih atlet-atlet yang layak untuk menyertai SUKMA 2018 Perak.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila bt Saad