Showing posts with label PEMANTAUAN. Show all posts
Showing posts with label PEMANTAUAN. Show all posts
Tuesday, February 27, 2018
PERJUMPAAN BERSAMA IBUBAPA SUKAN BOLING DAN STATE EVALUATION SERTA ROLL OFF PEMILIHAN ATLET SUKMA BAGI SUKAN BOLING
Tarikh: 24 Feb 2018 ( Sabtu )
Masa: 4.00 Petang
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1. En. Hafizuddin (KU USPTN)
2.En. Amdia ( JPM USPTN )
3. En. Shahardi Mohd Hamzah ( JSM USPTN )
4. Puan Rohani Binti Hat (Penyelaras MSNK)
5. Puan Murni Shafila Binti Saad (SDO Boling)
6. Ahli – ahli persatuan
7.Atlet– 46 orang
ULASAN:
Perjumpaan waris atlet Sukan Tenpin Bowling bertujuan untuk meminta kerjasama dan sokongan serta cadangan daripada waris-waris bagi membantu dalam penambahbaikan serta memajukan Sukan Tenpin Bowling Negeri Kedah.Sewaktu Perjumpaan bersama waris, En. Hafizuddin telah menerangkan sasaran dan hala tuju program pembangunan Majlis Sukan Negeri Kedah kepada waris atlet agar dapat memahami sedikit sebanyak mengenai program pembangunan Sukan Tenpin Bowling. Selain daripada itu perjumpaan ini juga adalah untuk memaklumkan kepada waris berkaitan bantuan-bantuan yang disalurkan kepada para atlet seperti bajet kejohanan dan bayaran sewaan lanes. Sewaktu perjumpaan ini juga kita telah berbincang berkaitan bajet, waktu latihan, tempat latihan, penyertaan kejohanan, kos latihan, kos kejohanan, kehadiran atlet, jadual kejohanan dan pencapaian atlet. Disamping itu juga, perjumpaan ini juga bertujuan untuk pemilihan atlet SUKMA kali kedua serta perancangan perjalanan program untuk atlet elit yang akan menyertai SUKMA nanti. Setelah selesai taklimat dan penerangan dari En. Hafizuddin, maka bermula sesi penyerahan tshirt latihan kepada atlet.
Pada Jam 5.00 petang atlet dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi tujuan Roll Off pemilihan atlet SUKMA 2018, Perak dan atlet yang akan menyertai State Evaluation bagi pembagunan Sukan Tenpin Bowling. Seramai 12 orang atlet telah menyertai Roll Off dan 34 orang untuk sertai State Evaluation. Jurulatih USPTN telah memantau atlet yang mana berpotensi untuk dimasukan ke dalam program.
Setelah selesai pemantauan dan pemilihan daripada jurulatih, para ibubapa telah dikumpulkan untuk sesi taklimat bersama SDO dan jurulatih.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.
Monday, February 26, 2018
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MENEMBAK
TARIKH : 23 FEBRUARI 2018
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : LAPANG SASAR MENEMBAK, POKOK SENA, ALOR SETAR
KEHADIRAN:-
JURULATIH :
1. ENCIK SAZALI BIN DZAHURI (JSM USPTN KEDAH)
2. ENCIK ZULKIFFLI BIN ISMAIL (JPM MSN KEDAH)
3. ENCIK HAFIZUDDIN BIN MOAHAMD RODZI (PKU USPTN)
4. PUAN NUR IRA MASTURA BINTI BAHARUM (SDO USPTN KEDAH)
ATLET :
LELAKI - 06 ORANG
PEREMPUAN - 11 ORANG
LATIHAN :
1. STRENGTH
2. ENDURANCE
3. FOCUSING
4. SERVE FOREHAND & BACK HAND
UJIAN
-TIADA
PERTANDINGAN
-KARNIVAL BAKAT PELAPIS NEGERI SIRI 01/2018 (07-11 MAC 2018, LAPANG SASAR MANTIN, NEGERI SEMBILAN)
KECEDERAAN
-TIADA
PROGRAM BINAAN
-TIADA
ULASAN
1. LATIHAN BERJALAN SEPERTI BIASA DAN KEHADIRAN ATLET MEMUASKAN.
2. JURULATIH MENCADANGKAN AGAR MENGADAKAN TID BAGI ATLET BARU BERUMUR 13 DAN 14 TAHUN PADA WAKTU TERDEKAT.
3. JURULATIH MEMAKLUMKAN AMAT MEMERLUKAN SENJATA API TAMBAHAN BAGI MENAMPUNG ATLET YANG SEMAKIN MENINGKAT DARI TAHUN KE TAHUN. PPN MEMAKLUMKAN AKAN MEMPERCEPATKAN PROSES PEMBELIAN SENJATA API DENGAN SEGERA MELALUI PERBELANJAAN DI BAWAH MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH PUAN NUR IRA MASTURA BT BAHARUM.
Wednesday, February 21, 2018
PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL
MASA : 9.30 Pagi
TEMPAT : MSN Kedah-Kuala Kedah-MSN Kedah
KEHADIRAN :
1. En. Mohd Ghaffuan Ghazali (JPM)
2. Atlet: 7 Lelaki, 3 wanita
LATIHAN :
- 24 KM
- Motor Pacing 8KM
- Rolling Start 4x
- Standing Start 4x
UJIAN :
- Tiada
PERTANDINGAN :
- Kejohanan Berbasikal CIMB-JCM (Track) Siri 1/2018 pada 22-25 Februari 2018 di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan.
PERALATAN :
- Kekurangan Tiub, Tayar dan Roller untuk latihan.
PROGRAM BINAAN :
-Tiada
ULASAN :
1. Latihan berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet memuaskan kerana atlet ditempatkan di asrama Majlis Sukan Negeri Kedah.
3. Latihan bermula dari MSN Kedah ke Kota Kuala Kedah dan menjalani latihan (speed) di Jalan Kota Kuala Kedah.
4. Jurulatih memaklumkan seramai 10 atlet akan menyertai Kejohanan Berbasikal Track di Velodrom Nilai Negeri Sembilan.
5. Jurulatih memaklumkan terdapat 2 atlet baru menjalani latihan dan memohon jurulatih untuk dapatkan maklumat atlet tersebut dengan segera untuk di masukkan dalam program.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Akmal bin Hashim.
PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON
MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : Dewan Persatuan Badminton Negeri Kedah (KBA)
KEHADIRAN :
1. En. Ari Anshori (JPM)
2. En. Voon Man Chong
3. Atlet: 4 Lelaki, 1 wanita
LATIHAN :
- Multi Shuttle Attack
- Multi Shuttle Defend
- 2 vs 1
UJIAN :
- Tiada
PERTANDINGAN :
- Celcom Axiata National Championship 2018 pada 26 Februari 2018 hingga 4 Mac 2018 di Stadium Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
PERALATAN :
- Shuttle Latihan.
PROGRAM BINAAN :
-Tiada
ULASAN :
1. Kehadiran atlet kurang memuaskan pada sesi pagi dan latihan berjalan lancar.
2. Jurulatih memaklumkan memerlukan makanan sampingan (supplement) untuk latihan.
3. Berkaitan dengan shuttle latihan pihak Majlis Sukan Negeri Kedah telah bersetuju untuk membantu menyediakan shuttle latihan.
4. Memohon Jurulatih untuk kemaskini maklumat atlet untuk tahun 2018.
Laporan disediakan oleh Encik Akmal bin Hashim.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, February 6, 2018
PEMANTAUAN SUKAN BOLING
Tarikh: 03 Februari 2018 ( Sabtu )
Masa: 03.30 Petang
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar
KEHADIRAN :
1. En. Nor Amdia Bin Nordin (JPM USPTN)
2. En. Shahardi Mohd Hamzah (JSM USPTN)
3. En. Azman Bin Latif (JSM MSNK)
4. Murni Shafila Bt saad (SDO Boling Tenpin)
3. Atlet – 20 Lelaki, 15 Wanita
LATIHAN
1.Warm Up
2. Focus
3. Release Straight
4. Balancing
5. Cooling Down
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1. Latihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kehadiran atlet adalah sangat memuaskan.
2. Jurulatih dan SDO telah berbincang berkaitan program dan kejohanan yang akan disertai sepanjang tahun 2018.
3. Atlet Elit yang juga atlet didalam Program USPTN telah menyertai Ujian Kecergasaan bersama pihak ISNK dan Unit Sains Sukan MSNK pada 02 Februari dan keputusan ujian tersebut akan dikeluarkan oleh pihak ISNK.
4. Roll-off kedua akan diadakan pada 24 Februari 2018 untuk memilih atlet-atlet yang layak untuk menyertai SUKMA 2018 Perak.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila bt Saad
Tuesday, January 9, 2018
PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL
MASA : 04.30 Petang
TEMPAT : Lebuhraya
KEHADIRAN :
1. En. Mohd Ghaffuan Ghazali (JPM)
2. Atlet: 3 Lelaki, 5 wanita
LATIHAN :
Road Training
- 40 KM
- Strength Endurance 10X
UJIAN :
- Tiada
PERTANDINGAN :
- Tiada
PERALATAN :
- Kekurangan Tiub, Tayar dan Roller untuk latihan.
PROGRAM BINAAN :
-Tiada
ULASAN :
1. Latihan berjalan lancar, dan memerlukan roller dengan segera untuk latihan.
2. Latihan bermula dengan kayuhan 40KM dari MSNK ke Bukit Wang Tepus untuk latihan Strength Endurance, manakala atlet wanita yang berada di Asrama sekolah menjalani latihan roller di MSNK kerana terlibat dengan aktiviti sekolah dan tidak sempat untuk menjalani latihan lebuhraya.
3. Jurulatih memaklumkan terdapat beberapa atlet wanita perlu dikeluarkan dari program kerana tidak menunjukkan minat untuk menjalani latihan dan mengganggu program latihan jurulatih.
4. Memohon Jurulatih untuk kemaskini maklumat atlet untuk tahun 2018.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Akmal b. Hashim
Monday, January 8, 2018
LAPORAN PEMANTAUAN ROLL OFF ATLET SUKMA PERAK 2017
TARIKH : 29 – 31 Disember 2017
MASA : 9.00 Pagi- 7.00 Petang
TEMPAT : Aman Bowl, Aman Central
KEHADIRAN :
1. En. Amdia Bin Nordin (JPM)
2. En. Shahardi Bin Hamzah (JSM)
3. En. Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi (Pemangku Ketua USPTNK)
4. Puan Murni Shafila Bt Saad (SDO)
6. Puan Rohani Bt Hat
7. Ibubapa
8. Atlet – 14 Lelaki, 12 Wanita
ROLL OFF PEMILIHAN ATLET BOLING SUKMA PERAK 2018
Roll Off Pemilihan Atlet Boling Sukma Perak 2018 ini telah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 29 Disember hingga 31 Disember 2017. Roll off ini telah berlangsung selama 3 hari dan roll off ini juga adalah anjuran Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman. Penyertaan adalah sebanyak 30 penyertaan dan atlet harus habiskan 36 game selama 3 hari roll off berlangsung. Roll off ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi pemilihan atlet ke SUKMA Perak 2018.
Pada pukul 9.00 pagi semua atlet telah berkumpul di Bilik Mesyuarat di Aman Bowl bagi mendengar sedikit taklimat dan penerangan daripada jurulatih dan roll off bermula tepat jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.30 dengan 6 game untuk sesi pagi. Pada sesi petang roll off bermula pada jam 5.00 petang dan tamat pada jam 7.30 petang dengan 6 game. Setelah selesai roll off selama 3 hari, 8 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita yang menunjukkan keputusan terbaik telah terpilih untuk menyertai roll off yang kedua pada bulan Februari nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Kedah memberi peruntukkan sepenuhnya untuk membuat roll off, ibu bapa, atlet dan jurulatih kerana memberi komitment menjaya roll off kali ini kali ini.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Bt Saad.
Tuesday, January 2, 2018
LAPORAN PEMANTAUAN KEJOHANAN SPORTEXCEL/NSC/MILO/MTBC/TENPIN BOLING JUNIOR CIRCUIT 2017 GRAND FINAL
Aktiviti : Kejohanan Sportexcel/Nsc/Milo/Mtbc/Tenpin Boling Junior Circuit 2017 Grand Final.
Tarikh : 17 – 19 Disember 2017
Tempat : Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya.
Seramai 7 orang atlet dan 2 orang jurulatih telah menyertai kejohanan pada kali ini. Mereka terdiri daripada seorang atlet bawah 12 tahun dan 3 orang atlet bawah 15 tahun dan 3 orang atlet bawah 18 tahun. Berikut adalah senarai nama dan keputusan atlet yang menyertai kejohanan:
BIL
|
NAMA
|
KEPUTUSAN
|
1
|
NURUL ANIS NABILA BT MOHD NIZAM
GIRL U12
|
TOTAL = 1114
AVG = 184.42 RANK = 3 ROUND 2 |
2
|
FARISSA NAJIHAH BT YOSMERA
GIRLS GRADED
|
TOTAL = 984
AVG = 176.33 RANK = 13 ROUND 2 |
3
|
DHIA BATRISYIA BT MOHD RIDZUAN
GIRLS GRADED
|
TOTAL = 1102
AVG = 181.00 RANK = 9 ROUND 2 |
4
|
MUHAMMAD FAREEZ AIMAN BIN MOHD YUSUF
BOYS GRADED
|
TOTAL = 1231
AVG = 208.50 RANK = 1 STEPLADDER |
5
|
MOHD HAZIQ BIN MOHD RIDZUAN
BOYS OPEN
|
TOTAL = 1280
AVG = 216.67 RANK = 2 STEPLADDER |
6
|
MUHAMMAD SYAZIROL SHAMSUDIN
BOYS OPEN
|
TOTAL = 1281
AVG = 203.00 RANK = 8 ROUND 2 |
7
|
NURUL ALIYA NAJIHAH BT MOHD NIZAM
GIRLS OPEN
|
TOTAL = 1125
AVG = 195.75 RANK = 8 ROUND 2 |
ULASAN
1. Semua atlet menunjukkan prestasi yang cemerlang dan menunjukkan dispilin yang baik serta memberikan komitment yang tinggi sepanjang kejohanan.
2. Pihak MSNK memberi peruntukkan sepenuhnya untuk menyertai kejohanan ini. Peruntukkan yang diberikan dapat membantu meningkatkkan lagi prestasi atlet , hal ini adalah kerana atlet perlu lebih banyak melibatkan diri dalam kejohanan bagi megukur tahap keyakinan dan peningkatan prestasi mereka.
3. Jurulatih dan ibubapa juga memberikan sokong yang baik kepada atlet sewaktu kejohanan berlangsung.
4. Kejohanan ini juga menunjukkan semangat daya saing antara atlet yang mana mampu memberi impak positif kepada atlet untuk menyertai kejohanan di peringkat yang lebih tinggi.
Sekian,terima kasih
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Binti Saad.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































