Sebagai proses persediaan Kontinjen Negeri Kedah untuk menyertai Sukma Pahang 2012 yang dijadualkan akan berlangsung dari 07 Julai - 16 Julai 2012, satu perjumpaan di antara Para Pengurus dan Para Jurulatih Sukma bersama Ybhg. Dato Ketua Kontinjen Sukma Kedah 2012 iaitu Dato' Khazali Bin Din telah dijalankan seperti ketetapan berikut :
Tarikh. : 20 Mac 2012
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Wisma Darul Aman.
Majlis perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato' Pengerusi MSN Kedah iaitu Dato' Dr. Hamdan Bin Mohd Khalib. Antara agenda perjumpaan ini ialah taklimat berkaitan Sukma 2012 dari Tuan Pengarah MSN Kedah iaitu Tn. Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, selain amanat yang disampaikan oleh Ybhg. Dato' Ketua Kontinjen dan Ybhg. Dato' Pengerusi MSN Kedah. Para Pengurus dan Jurulatih juga turut membentangkan berkaitan persediaan pasukan dan atlet beserta dengan sasaran pingat di Sukma Pahang 2012. Diharapkan dengan perjumpaan seperti ini akan merancakkan lagi proses persediaan Kontinjen Negeri Kedah selain daripada persediaan dari segi program latihan bagi menghadapi Sukma Pahang 2012. Sebagai makluman, hanya tinggal 109 hari lagi sebelum Sukma Pahang 2012 membuka gelanggangnya.
Sekian, terima kasih.
Showing posts with label SUKMA. Show all posts
Showing posts with label SUKMA. Show all posts
Tuesday, March 20, 2012
Thursday, June 23, 2011
MESYUARAT JURULATIH SEPENUH MASA MSN KEDAH
Menjelang "countdown" ke SUKMA Pahang 2012, satu Mesyuarat Bersama Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Kedah telah diadakan seperti berikut :
Masa : 23 Jun 2011
Tarikh : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, MSN Kedah
Kehadiran : 13 orang Jurulatih Sepenuh Masa dan 20 orang Pegawai MSN Kedah dan USPTN, Kedah.
Jurulatih bagi sukan-sukan yang hadir adalah dari jurulatih sukan Silat, Angkat Berat, Memanah, Tinju, Tenpin Boling, Karate-do, Badminton, Berbasikal dan juga Ping Pong terlibat dalam mesyuarat ini.
Antara agenda mesyuarat ini ialah bagi membincangkan prestasi atlet-atlet di bawah program SUKMA 2012 Negeri Kedah. Para jurulatih juga turut membentangkan program latihan dan juga sasaran menjelang SUKMA Pahang 2012. Diharapkan sasaran peringkat Negeri Kedah akan tercapai dengan program-program latihan yang sedang dan akan dirancang kelak.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)