Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts
Monday, February 22, 2016
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh: 20 Febuari 2016 ( Sabtu )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
KEHADIRAN :
1. En. Mohd Nor Shahrizal Bin Roslan ( JPM Negeri )
2. En Yusoff Azmi ( JPM Negeri )
3. En Abd Malek Rahman ( JPM USPTN )
4. En Abd Malek Desa ( JSM USPTN )
5. Atlet – 7 Lelaki, 4 Wanita
LATIHAN
1. Warm Up
2. Snatch ( Teknik )
3. Clean & Jerk ( Teknik )
4. Back Squat
5. Cooling Down
UJIAN
- Ujian angkatan akan dijalankan pada hari setiap hari Sabtu.
PERTANDINGAN
- Semua atlet termasuk atlet Sukma sedang menyiapkan diri ke Kejohanan Angkat Berat Jemputan Johor 2016 pada 08 hingga 14 April 2016 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, Johor.
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Kelengkapan peralatan seperti bar dan platform yang telah uzur.
PROGRAM BINAAN
- Klinik dan Pengenalan Sukan Angkat Berat akan diadakan pada hari 23 Febuari 2016 di SMK Alor Janggus.
ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan dan ada atlet yang tidak dapat hadir kerana pulang ke rumah masing-masing.
2. Ketua Jurulatih memaklumkan semua angkatan atlet menunjukkan peningkatan dari segi teknik dan mampu melakukan maksimum angkatan yang dikehendaki.
3. Latihan pusat ini juga menekankan teknik 'imageri' dengan menjemput sebilangan penonton dari SMK Tunku Anum untuk melihat atlet membuat ujian angkatan dan sedikit sebanyak membantu atlet agar tidak kekok dan gugup jika berada dalam kejohanan sebenar terutamanya atlet yang pertama kali mewakili SUKMA.
4. Atlet dapat melakukan ujian angkatan dengan baik dan pelru diperbetulkan dari segi teknik terutamanya acara snatch.
5. Satu Kem Latihan Pusat akan dijalankan pada musim cuti sekolah ini dan semua atlet bakat, pelapis dan elit tidak terkecuali dari menyertai kem ini.
6. 3 orang atlet telah terpilih ke Kem Bakat Sukan Angkat Berat yang dianjurkan oleh Majlis Sulkan Negara pada 15 hingga 20 Mac 2016 bertempat di Kota Bharu, Kelantan.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi
Thursday, December 17, 2015
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN MEMANAH
TARIKH : 12 Disember 2015
MASA : 4.00 Petang
TEMPAT : Majlis Sukan Negeri Kedah
KEHADIRAN :
1. En. Nadzry ( JSM )
2. En Kamal Ariffin ( JSM )
2. Atlet: 15 Lelaki / 20 Perempuan
LATIHAN :
1. Latihan Shooting Foam
2. Latihan Kecergasan
3. Latihan Bebanan
UJIAN :
- Tiada
PERTANDINGAN :
- Tiada
PERALATAN :
- Tiada
PROGRAM BINAAN :
-Tiada
ULASAN :
1. Keadaan cuaca yang baik dan membolehkan atlet menjalani latihan seperti biasa.
2. Kem Latihan Pusat ini diadakan melibatkan kedua-dua pusat latihan negeri memanah negeri Kedah.
3. Sokongan ibu bapa juga dapat dilihat dengan kehadiran ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan menaja makanan serta minuman ketika latihan.
4. Kem ini tamat bermula pada 10hb dan tamat pada 13hb Disember 2015.
Sekian, terima kasih.
Laporan Disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi
Tuesday, December 1, 2015
PEMANTAUAN SUKAN TENIS
Tarikh : 28 November 2015 ( Sabtu )
Masa : 5.00 Petang
Tempat : Gelanggang Tenis KMK Kulim
KEHADIRAN :
1. En. Mohd Faiz B Mohamed (JSM)
2. Atlet - 6 Lelaki.
- 4 Perempuan
LATIHAN
1. Serve
2. Forehand Drill
3. Games
UJIAN
-
PERTANDINGAN
-
KECEDERAAN
-
PROGRAM BINAAN
-
ULASAN
1. Perjalanan latihan lancar.
2. Kehadiran atlet agak berkurangan kerana terdapat atlet yang bercuti bersama keluarga.
3. Para pemain dapat menguasai kemahiran yang diajarkan.
Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syahir b. Mohd Sabri.
Monday, November 23, 2015
LAPORAN PEMANTAUN SUKAN TAEKWANDO
Tarikh :20 November 2015 ( Jumaat)
Masa : 6. 00 Petang
Tempat : Taman Sri Sentosa, Kulim
KEHADIRAN :
1. En. Solaimurgan A/L Anandayah (JSM)
2. Atlet – 9 Lelaki, 1 Perempuan
LATIHAN:
- Drill kicking
- Latihan Kemahiran
- Teknik Berlawan
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
PERALATAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PROGRAM BINAAN
- Tiada
ULASAN
1 . Perjalanan latihan mengikut masa yang ditetapkan dan latihan berjalan dengan lancar.
2. Jurulatih memberikan penerangan tentang latihan yang akan dibuat pada hari tersebut. Jurulatih terlebih dahulu menunjukkan demonstrasi tentang skill yang perlu dipelajari. Seterusnya atlet melakukan regangan dan memulakan latihan.
3. Jurulatih memaklumkan pada bulan 12 atlet akan menjalani latihan di Stadium Keladi untuk menjalani latihan kecergasan
Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila Bt Saad
Sunday, November 22, 2015
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA
Tarikh: 20 November 2015 ( Jumaat)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Padang SMK Kuala Ketil.
KEHADIRAN:
1.En Maha Lingam (JSM)
2. Atlet- 5 Lelaki, 1Wanita
LATIHAN:
1. Warm up
2. Streching
3. Drill & speed
4. Latihan Strength dan Endurance
5. Cooling down
UJIAN:
-Tiada
PERTANDINGAN:
- Tiada
KECEDERAAN:
-Tiada
PROGRAM BINAAN:
-Tiada
ULASAN:
-Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kehadiran atlet adalah kurang memuaskan kerana sekarang musim cuti sekolah serta terdapat atlet yang sedang menduduki peperiksaan SPM.
-Atlet yang menghadapi peperiksaan SPM diberi kelonggaran dalam latihan supaya dapat menumpukan kepada peperiksaan.
- Latihan hanya dijalankan pada sesi pagi sahaja pada musim cuti sekolah.
Sekian Terima Kasih.
Laporan Disediakan Oleh, Cik Murni Shafila Bt Saad
Wednesday, November 18, 2015
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK
Tarikh: 10 November 2015
Masa: 4.45 Petang
Tempat: SK Jitra 3
KEHADIRAN:
1. En. Faiz Bin Azmeer
2. En. Muhammad Syazrul Azim bin Subri
3. Atlet – 4 lelaki, 4 wanita
LATIHAN:
1. Warm up
2. Latihan melembutkan badan
3. Latihan menggunakan Apparatus
4. Latihan mengikut rutin kategori masing-masing
UJIAN:
-Tiada
PERTANDINGAN:
- Terdapat atlet yang akan mengikuti Kejohanan Zon Akhir di Johor Bahru pada 12-15 November.
KECEDERAAN:
-
PROGRAM BINAAN:
-Tiada
PERALATAN:
- Semua Peralatan yang terlibat
ULASAN:
1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
2. Atlet yang akan menyertai kejohanan telah membuat persediaan latihan yang untuk ke kejohanan tersebut.
3. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.
Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila binti Saad
Sunday, November 8, 2015
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BADMINTON
Tarikh : 03 November 2015 ( Selasa )
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Gimnasium MSN.Kedah
KEHADIRAN :
1. Pn.Lindawati
2. En. Ari Anshori
3. Atlet – 10 Lelaki & 5 Perempuan
LATIHAN
1. Strability
2. Strength
UJIAN
-
PERTANDINGAN
-
KECEDERAAN
-
PROGRAM BINAAN
-
ULASAN
1. Latihan mengikut masa yang telah ditetapkan.
2. Latihan hari ini diseliakan Pegawai Pusat Satelit ISN Kedah, En.Hafizuddin Baki.
3. Kedatangan atlet kurang kerana sebahagian atlet sudah mula menjalani peperiksaan akhir tahun.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syahir b. Mohd Sabri.
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT
Tarikh : 04 November 2015 ( Rabu )
Masa :6.00 Petang
Tempat : SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman
KEHADIRAN :
1. En. Yusof B Azmi
2. Atlet – 3 Lelaki, 2 Perempuan
LATIHAN
1. Snatch Combination
2. Snatch Pull
3. Back Squat
4. Free Exercise
UJIAN
-
PERTANDINGAN
- Atlet Pelapis Negeri Kedah akan menyertai Kejohanan Pelapis Antara Zon Peringkat Akhir pada 12 – 15 November 2015 bertempat di Johor Baharu.
KECEDERAAN
-
PROGRAM BINAAN
-
ULASAN
1. Latihan berjalan lancar dan mengikut perancangan jurulatih.
2. Atlet-atlet yang terpilih ke Kejohanan Zon Peringkat Akhir giat menjalani latihan untuk ke kejohanan tersebut.
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syahir b. Mohd Sabri.
Wednesday, November 4, 2015
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TENPIN BOLING
Tarikh : 2 November 2015 ( Isnin )
Masa : 8.45 PM
Tempat : Changloon
KEHADIRAN :
1. En. Helmy Sharudin Che Ya
2. Atlet – 7 Lelaki, 3 Perempuan
LATIHAN
1. Simulation
2. Sparring System
3. Pocket Strike
UJIAN
-
PERTANDINGAN
-
KECEDERAAN
-
PROGRAM BINAAN
-
ULASAN
1. Program dan perjalanan latihan baik.
2. Kehadiran atlet kurang kerana sebahagian atlet terlibat dengan peperiksaan penggal akhir.
3. Latihan berjalan lancar.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syahir b. Mohd Sabri.
Sunday, November 1, 2015
LAPORAN PEMANTAUN SUKAN GIMNASTIK
Tarikh: 27 OKTOBER 2015
Masa: 6.15 Petang
Tempat: SK Jitra 3
KEHADIRAN:
1. En. Faiz Bin Azmeer
2. En. Muhammad Syazrul Azim bin Subri
3. Atlet – 3 lelaki, 4 wanita
LATIHAN:
1. Latihan melembutkan badan
2. Latihan fizikal
3. Latihan kekuatan (strength)
UJIAN:
-Tiada
PERTANDINGAN:
- Terdapat atlet yang akan mengikuti Kejohanan Zon Akhir di Johor Bahru pada 12-15 November.
KECEDERAAN:
-
PROGRAM BINAAN:
-Tiada
PERALATAN:
-Spring board
-Matress
-Parallel bar
ULASAN:
1. Latihan berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan dan atlet yang akan menyertai kejohanan telah membuat persediaan latihan untuk ke kejohanan tersebut.
2.SDO telah berbincang dengan jurulatih mengenai penganjuran sukan gimnastik artistik bagi kejohanan zon akhir di Johor Bahru.
3. Jurulatih memohon untuk penambahan bilangan jurulatih.
Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila binti Saad
Monday, October 26, 2015
PEMANTAUAN SUKAN SEPAK TAKRAW
Tarikh : 24.10.2015
Masa : 08.00 Pagi
Tempat : SMK Kulim
Kehadiran :
Jurulatih
1. En. Mohd Radzuan Abd Ghani
2. En Mohd Anuar Bin Mat
Atlet : 20 orang
LATIHAN
1. Wamp up
2. Latihan kemahiran mengawal bola
3. Latihan tubi dan kawalan bola
4. Latihan Pemilihan Regu
UJIAN
Tiada
PERTANDINGAN
- Pasukan Sepak Takraw Pelapis sedang melakukan persiapan ke Kejohanan Zon Akhir 2015 yang akan diadakan pada 12 hingga 15 November 2015 bertempat di Johor Bharu.
KECERDERAAN
Tiada
PERALATAN
-Peralatan seperti bola kebanyakkan telah ,mengalami kerosakan dan jurulatih mengambil inisiatif dengan menggunakan kewangan sendiri untuk membeli bola yang baru.
PROGRAM BINAAN
-Tiada
ULASAN
1. Latihan dijalankan Dewan Latihan SMK Kulim dan atlet yang menjalani latihan adalah dalam kalangan atlet berumur 12 tahun yang dikendalikan oleh En Anuar Bin Mat.
2. Jurulatih memaklumkan mengenai bola takraw yang telah rosak dan memohon agar dibekalkan bola yang baru.
3. Jurulatih juga memaklumkan mengenai cadangan latihan pusat di MSNK pada 8 hingga 10 November 2015 sebelum bertolak ke Johor Bharu.
Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh
Subscribe to:
Posts (Atom)































