Showing posts with label TAEKWONDO. Show all posts
Showing posts with label TAEKWONDO. Show all posts

Sunday, October 29, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO








TARIKH :27 Oktober 2017
MASA : 9.00 Malam
TEMPAT : Pusat Latihan Storm Club, Sungai Petani

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Syamsyir Bin Jamel (JSM)
2. Atlet: 20 Lelaki/ 16 wanita


LATIHAN :
- Latihan Kecergasan
- Core Exercise
- Latihan Strength ( Lower Body )

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada


PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet memuaskan dan tiada sebarang kecederaan.
2. PPN menegur jurulatih supaya ditutup bahagian cermin yang pecah kerana risiko untuk berlaku kecederaan kepada atlet amat tinggi dan jurulatih perlu memperbaikinya secepat mungkin.

3. Para ibu bapa juga turut hadir melihat latihan yang dijalankan oleh jurulatih.
4. PPN menyarankan agar ujian kecergasan dijalankan kepada atlet taekwondo bagi mengetahui tahap kecergasan atlet ini dan perlu dipantau oleh pihak ISNK.
5. Memohon jurulatih sentiasa berurusan dengan JPM Negeri bagi mendapatkan peralatan dan makanan tambahan kepada atlet pelapis.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Monday, October 9, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO









TARIKH :05 Oktober 2017
MASA : 9.30 Malam
TEMPAT : Pusat Latihan Storm Club, Sungai Petani

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Syamsyir Bin Jamel (JSM)
2. Atlet: 18 Lelaki/ 10 wanita


LATIHAN :
- Latihan Kecergasan
- Drill Kicking
- Sparring
- Latihan Strength
- Free Exercise

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Pasukan Pelapis Taekwondo akan menyertai Kejohanan Taekwondo8th TM-NSC-Milo Remaja Kebangsaan 2017 pada 12 hingga 15 Oktober 2017 bertempat di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

PERALATAN :
- Tiada



PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet memuaskan dan tiada atlet yang mengalami kecederaan.
2. Pasukan Kedah menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut yang ditanggung oleh USPTN dan Majlis Sukan Negeri Kedah.

3. PPN memaklumkan mengenai satu kem latihan pusat akan diadakan bagi mengumpul atlet taekwondo yang berpotensi untuk dimasukan ke dalam program pada tahun hadapan hasil dari sesi pemilihan yang telah dijalankan.
4. Permohanan pembelian peralatan telah dilakukan dan pihak MSNK akan memberikan sedikit sumbangan kepada USPTN untuk membeli peralatan yang baru.
5. Pembelian makanan tambahan perlu dicadangakn oleh pihak JPM negeri dan akan dibekalkan kepada atlet pelapis.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Monday, September 11, 2017

PEMANTAUAN SESI PEMILIHAN ATLET SUKMA DAN PELAPIS NEGERI

















Tarikh: 04 dan 05 September 2017
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar



ULASAN:
1. Sesi pemilihan atlet Sukma dan Pelapis ini dijalankan selama 2 hari dan pada hari pertama terbuka kepada persatuan dan ahli gabungan di bawah Taekwondo Malaysia dan seramai 135 atlet yang hadir dalam sesi pemilihan ini.
2. Atlet yang berjaya akan dipilih untuk berada dalam skuad SUKMA Kedah dan jurulatih juga telah memilih atlet yang akan diserap ke dalam program Pelapis Negeri.
3. Seramai 35 orang iaitu 18 lelaki dan 17 wanita telah dipilih oleh jurulatih untuk diserapkan dalam program pelapis.
4. Pada hari pertama juga turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Taekwondo Negeri Kedah iaitu En Ramasamy.
5. Tuan Pengarah En Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi juga turut hadir dalam memberi sedikit ucapan dan menyaksikan beberapa 'bout' sebelum diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada kelab yang hadir.
6. Pada hari kedua, ia terbuka kepada kelab bukan ahli gabungan TM dan kebanyakan atlet yang hadir adalah dari kelab MTA dan Moo Doo Kwan Negeri Kedah.
7. Acara Ponsae juga diadakan bagi mencari atlet untuk persiapan ke SUKMA Perak akan datang.
8. Seramai 120 atlet yang hadir terdiri daripada beberapa kelab dan turut hadir adalah Persatuan MTA dari negeri Sarawak.


Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Thursday, August 3, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO








TARIKH :02 Ogos 2017
MASA : 8.30 Malam
TEMPAT : Pusat Latihan Storm Club, Sungai Petani

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Syamsyir Bin Jamel (JSM)
2. Atlet: 15 Lelaki/ 9 wanita


LATIHAN :
- Latihan Kecergasan
- Drill Kicking
- Sparring
- Latihan Strength

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada



PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. Kehadiran atlet memuaskan dan tiada atlet yang mengalami kecederaan.
2. Perjumpaan bersama jurulatih iaitu JPM MSNK dan jurulatih JSM UPSTN telah dijalankan dan satu kejohanan pemilihan akan diadakan pada 5 dan 6 September bagi atlet SUKMA dan Pelapis.

3. PPN juga telah memaklumkan kepada jurulatih supaya sentiasa berkomunikasi dengan jurulatih JPM MSNK kerana mendapat teguran dari Tuan Pengarah mengenai masalah dalaman jurulath JPM Negeri dan JSM USPTN.
4. Permohanan pembelian peralatan telah dilakukan dan pihak MSNK akan memberikan sedikit sumbangan kepada USPTN untuk membeli peralatan yang baru.
5. Prestasi atlet semasa amat memberansangkan dalam 2 kejohanan yang disertai dan mendapat pujian dari Tuan Pengarah.
6. En Syamsyir ( JSM ) memaklumkan memohon bantuan kepada pihak MSNK untuk membekalkan makanan tambahan ( Supplement ) dan PPN memberikan cadangan supaya permohonan tersebut mesti dirujuk kepada JPM Negeri supaya dapat makanan tambahan tersebut dapat diberikan sedikit kepada pasukan Pelapis.
7. PPN menyatakan sasaran atket selepas ini adalah tertumpu kepada atlet peringkat umur 14 hingga 16 tahun dan memastikan jurulatih menilai atlet dalam peringkat umur ini untuk diketengahkan dalam kejohanan pemilihan akan datang.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

Sunday, March 19, 2017

LAPORAN PERMANTAUN SUKAN TAEKWONDO








TARIKH :17 March 2017
MASA : 8.00 Malam
TEMPAT : Pusat Latihan Storm Club, Sungai Petani

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Syamsyir Bin Jamel (JSM)
2. Atlet: 20 Lelaki/ 10 wanita


LATIHAN :
- Latihan Kecergasan
- Drill Kicking
- Sparring

UJIAN :
- Tiada

PERTANDINGAN :
- Tiada

PERALATAN :
- Tiada



PROGRAM BINAAN :
-Tiada

ULASAN :
1. PPN telah memaklumkan pada JSM mengenai tarikh perjumpaan jurulatih bersama Tuan Pengarah MSN Kedah.
2. PPN memaklumkan perjalanan program pada tahun 2017 dan kejohanan yang akan disertai.
3. PPN juga memaklumkan mengenai ujian kecergasan dan spesifik yang pelru dijalankan oleh jurulatih dan ujian kecergasan boleh menggunakan khidmat ISN Kedah untuk menjalankan ujian tersebut.
4. Jurulatih memberikan cadangan latihan pusat bersama Pasukan Elit Negeri di MSNK pada musim cuti sekolah ini.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin bin Mohd Rodzi.

Wednesday, May 11, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN LATIHAN SUKAN TAEKWONDO





Tarikh : 9 Mei 2016 ( Isnin )
Masa : 8.00 PM
Tempat : Dewan Hindu Sabha, Kulim

KEHADIRAN :

1. En. Solaimurugan A/L Anandayah
2. Atlet - 10 Lelaki.
- 4 Perempuan.

LATIHAN :

1. Skills : Step in V and back leg attacks to the head.
2. Tactical : Fake and execute front leg turning kick.
3. Technical : Step in V punch and front leg turning kick.
Avoiding opponent attack by sliding side and countering with front leg turning kick to the head.
4. Psychological : Mental imagery.

UJIAN
-
PERTANDINGAN
-
KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN
-

ULASAN

1. Program latihan yang dirancang jurulatih berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet agak kurang kerana terdapat atlet yang menghadiri kelas tambahan.
3. Pemindahan ke pusat latihan baru yang terletak di Taman Kota Kenari masih di dalam proses. Segala urusan diuruskan oleh jurulatih.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh -
Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri

Wednesday, March 30, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TAEKWONDO





Tarikh : 29 Mac 2016 ( Selasa )
Masa : 8.30 Petang
Tempat : Dewan Hindu Sabha, Kulim

KEHADIRAN :

1. En. Solaimurugan A/L Anandayah
2. Atlet - 11 Lelaki.
- 4 Perempuan.

LATIHAN :

1. Skills : Avoidance movement & coordination of leg and hand.
2. Tactical : Fake and execute front leg turning kick.
3. Technical : Head kick, turning kick to body, punch.
4. Psychological : Breathing and mental imagery.

UJIAN
-
PERTANDINGAN
-
KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN
-

ULASAN

1. Program latihan yang dirancang jurulatih berjalan lancar.
2. Kehadiran atlet agak kurang kerana terdapat atlet yang menghadiri kelas tambahan.
3. Jurulatih memohon untuk bantuan mattress.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Mohd Siahir bin Mohd Sabri

Tuesday, February 23, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN PROGRAM LATIHAN TAEKWONDO PEACE CORPS - KOREA






Tarikh : 19/ 02 / 2016
Tempat : Kompleks Sukan, Kolej Insaniah, Kuala Ketil
Kehadiran : 3 orang jurulatih TPC
 : 3 orang jurulatih wakil persatuan
: 119 orang atlet

Pada 19 Februari 2016, telah diadakan satu program latihan diantara pihak Taekwondo Peace Corps - Korea (TPC) bersama atlet di bawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah dan atlet dibawah program pelapis Negeri Kedah (USPTN Kedah).

Program ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang, dimana latihan dijalankan di antara jurulatih TPC dengan atlet-atlet dibawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah. Pada sesi pagi, program dikendalikan oleh jurulatih daripada persatuan dan seorang wakil daripada jurulatih TPC manakala pada sesi petang program dikendalikan oleh dua orang wakil daripada jurulatih TPC.

Program diadakan di Kompeks Sukan Kolej Insaniah, Kuala Ketil dan program bermula pada jam 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran. Lebih daripada 100 orang atlet yang berdaftar dibawah Persatuan Taekwondo Gabungan Negeri Kedah telah menyertai program latihan yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih daripada TPC dan dibantu oleh 3 orang jurulatih daripada persatuan. Sebelum sesi memanaskan badan, Timbalan Presiden Persatuan, iaitu En. Ramasamy telah memberi sedikit penerangan berkaitan program yang bakal berlangsung dan program diteruskan oleh seorang jurulatih wakil TPC dengan mengajar teknik Sparring. Pada pukul 2.30 petang program diteruskan lagi dengan dua orang wakil daripada TPC dengan mengajar teknik Demonstration dan teknik Teaguk (gaya). Program latihan berakhir pada jam 5.00 petang.

Hasil perbincangan dengan JSM, kedua-dua JSM akui program sebegini bagus untuk atlet-atlet pelapis kerana ada beberapa teknik yang diajar adalah teknik yang baru. JSM juga berpendapat sekiranya program sebegini didadakan dalam satu tempoh yang lebih lama, kemungkinan besar atlet-atlet yang berlatih akan mendapat lebih banyak impak kerana program selama satu hari agak padat bagi jurulatih untuk mengajar dan atlet untuk belajar.


Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila Bt Saad

Monday, November 23, 2015

LAPORAN PEMANTAUN SUKAN TAEKWANDO






Tarikh :20 November 2015 ( Jumaat)
Masa : 6. 00 Petang
Tempat : Taman Sri Sentosa, Kulim



KEHADIRAN :

1. En. Solaimurgan A/L Anandayah (JSM)
2. Atlet – 9 Lelaki, 1 Perempuan


LATIHAN:
- Drill kicking
- Latihan Kemahiran
- Teknik Berlawan


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Tiada



PERALATAN

- Tiada


KECEDERAAN
- Tiada


PROGRAM BINAAN

- Tiada



ULASAN
1 . Perjalanan latihan mengikut masa yang ditetapkan dan latihan berjalan dengan lancar.

2. Jurulatih memberikan penerangan tentang latihan yang akan dibuat pada hari tersebut. Jurulatih terlebih dahulu menunjukkan demonstrasi tentang skill yang perlu dipelajari. Seterusnya atlet melakukan regangan dan memulakan latihan.

3. Jurulatih memaklumkan pada bulan 12 atlet akan menjalani latihan di Stadium Keladi untuk menjalani latihan kecergasan


Sekian, terima kasih
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila Bt Saad

Sunday, October 4, 2015

LAPORAN PEMANTAUNAN SUKAN TAEKWANDO








Tarikh :28 September 2015 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Pusat Latihan Taekwando, Bedong, Sungai Petani.

KEHADIRAN :
1. En. Sivakumar
2. Atlet – 12 Lelaki, 4 Perempuan

LATIHAN:
- Drill kicking

- Speed kicking

UJIAN
-

PERTANDINGAN
- Kejohanan terdekat yang bakal dihadapi ialah kejohanan 6th TM-NSC-MILO REMAJA KEBANGSAAN yang bertempat di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras pada 9-11 oktober 2015.


PERALATAN
- Mats
- Kicking target


KECEDERAAN
-

PROGRAM BINAAN
-

ULASAN
1 . Perjalanan latihan mengikut masa yang ditetapkan.

2 . Jurulatih memberikan penerangan latihan sebelum latihan bermula dan perjalanan latihan lancar.
3 . Latihan berjalan dengan lancar.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Cik Murni Shafila Bt Saad