Sunday, November 4, 2012
ANUGERAH BINTANG SUKAN DAN KOKURIKULUM
Friday, March 2, 2012
TAHNIAH






Tahniah diucapkan kepada adik Sivasangari A/P Subramaniam, atlet Sukan Skuasy bagi Program Pelapis Negeri Kedah yang telah dinobatkan sebagai Atlet Tunas Harapan bagi Anugerah Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia MSSM - Milo 2011 yang telah diadakan pada 01 Mac 2012 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah. Dengan anugerah ini diharapkan akan menyemarakkan lagi semangat adik Sivasangari dalam memburu gelaran dalam Sukan Skuasy. Anugerah ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat atlet - atlet Pelapis Negeri yang lain untuk mengikuti jejak langkah adik Sivasangari. Keputusan penuh pemenang - pemenang anugerah bagi Anugerah Sukan KPM/MSSM- MILO 2011 adalah seperti berikut :
Anugerah Tunas Harapan
1 ) Muhammad Siraffudin Munawwir B Ahmad Fuad
Sek : SMK Junjong,Kulim, Kedah
Sukan : Catur
2 ) Sivasangari A/P Subramaniam
Sek : SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah
Sukan : Skuasy
Anugerah Khas
1 ) Muhammad Zuyad B Muhammad Hamzah
Sek : SMK Tunku Putera,Langkawi, Kedah
Sukan : Ekuin
2 ) Tai Cheau Xuen
Sek : Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sukan : Wusyu
Anugerah Pendidikan Khas
1 ) Mohamad Rafiq Nasyreen B Mat Ropi
Sek : SMK Bachok,Kelantan
Sukan : Balapan & Padang
2 ) Norsuhana Bt Ramlah
Sek : SMK Yong Peng, Batu Pahat, Johor
Sukan : Balapan & Padang
Anugerah Puteri
1 ) Farah Ann Bt Abd Hadi
Sek : Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sukan : Gimnastik Artistik
Anugerah Putera
1 ) Ian James Bar
Sek : SMK ( L ) Methodist, Kuala Lumpur
Sukan : Renang
Anugerah Guru Berjasa
1 ) Lim Chew Sim
Sek : SK Majidi Bahru, Johor
Sukan : Bola Jaring
2 ) Ithnin B Mahadi
Sek : Sekolah Sukan Bukit Jalil
Sukan : Balapan & Padang
Anugerah Tokoh Kepimpinan
1 ) Ybhg. Dato'Hj. Ahmad B Shafie
Sukan : Bola Sepak
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah.
Wednesday, February 29, 2012
TAKZIAH

Untuk makluman, bekas JSM Badminton USPTN Kedah iaitu mendiang Leong Weng Tuck telah meninggal dunia pada 28 Februari 2012 di Putra Medical Centre, Alor Setar kerana mengidap penyakit barah hati. Beliau berusia 55 tahun. Beliau merupakan Pensyarah Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Darul Aman dan jurulatih bagi Program Pelapis Kedah. Mendiang merupakan jurulatih yang komited dalam tugas.Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang dan kehilangan beliau pasti dirasai oleh komuniti sukan Badminton di Negeri Kedah.
Sunday, February 26, 2012
JENGUK SINGGAH KUN @ASZU



Mengambil kesempatan sempena Pertandingan Olahraga Peringkat Zon Utara yang dijalankan pada 25 Februari 2012 bertempat di Kompleks Sukan Seberang Perai, satu perjumpaan KUN USPTN Kedah bersama atlet – atlet sukan olahraga Negeri Kedah yang berada di Akademi Serantau Zon Utara telah dijalankan seperti beikut :
Tarikh : 25 Februari 2012
Masa : 3.00 petang
Tempat : Akademi Serantau Zon Utara, Pulau Pinang
5 orang atlet olahraga Negeri Kedah yang berada di bawah Program Pelapis Serantau telah menghadiri perjumpaan ini. Atlet – atlet terbabit adalah seperti berikut :
1 ) Mohd Azuan Fahmi Zuhairi – Acara lontaran
2 ) Rizhan Rajmi – Acara lontaran ( Program tindik bersama ASZU )
3 ) Norhidayah Ahmad – Jarak sederhana
4 ) Shalini A/P Parthiban – Jarak jauh
5 ) Prisheiladevi A/P Somasundram – Jarak jauh
Antara tujuan perjumpaan ini dijalankan adalah bagi mengetahui status terkini atlet – atlet terbabit yang berada di bawah Program Pelapis Serantau selain daripada melihat keadaan atlet yang berada di bawah Program Pelapis Serantau. Atlet memaklumkan berkaitan dengan pencapaian positif mereka di kejohanan sepanjang mengikuti latihan di ASZU. Kondisi atlet dalam keadaan baik. Bantuan supplement daripada pihak MSN Kedah juga akan segera disalurkan kepada atlet – atlet ini.Diharapkan prestasi atlet – atlet ini semakin meningkat dalam menghadapi kejohanan – kejohanan yang mendatang dan diharapkan akan mencapai kejayaan terutamanya di Sukma Pahang 2012.
Monday, February 20, 2012
LAWATAN ILMIAH GURU - GURU PELATIH INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KE MSN KEDAH
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah
Satu sesi lawatan ilmiah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani telah dijalankan pada tarikh seperti di atas. Sebanyak 18 orang guru pelatih dengan diiringi oleh 3 orang pensyarah telah terlibat dalam lawatan ini.Tujuan lawatan ini ialah bagi guru - guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim mengenali sistem pengurusan dan pentadbiran di MSN Kedah. Selain daripada itu, lawatan ini juga diadakan bagi membina hubungan sosial khususnya di antara pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan pihak MSN Kedah.
Selain daripada lawatan ke MSN Kedah, rombongan daripada IPG juga telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan pentadbiran sukan MSN Kedah oleh Ybhg. Tuan Pengarah MSN Kedah iaitu Tuan Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin. Selain daripada itu sesi dialog berkaitan pengurusan sukan antara para guru pelatih dan pengurusan MSN Kedah juga turut dijalankan. Diharapkan dengan lawatan ilmiah sebegini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerja di antara MSN Kedah dan juga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
Sekian, terima kasih.
Friday, December 23, 2011
KEM LATIHAN SUKMA PAHANG 2012 FASA 1
Tarikh. : 21 - 23 Disember 2011.
Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah, Alor Setar.
Sebanyak 8 sukan telah terlibat dalam kem ini iaitu Memanah, Berbasikal, Tinju, Olahraga, Karate, Taekwondo, Lawn Ball dan Petanque. Sebanyak 93 atlet telah terlibat dalam kem ini. Aktiviti yang merangkumi program latihan telah diatur dalam kem ini. Selain daripada itu, aktiviti - aktiviti Latihan Dalam Kumpulan juga turut diselitkan di dalam kem ini. Ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan keyakinan diri atlet sebagai proses untuk menghadapi Sukma Pahang 2012. Ybhg Dato' Hj Hamdan Bin Mohd Khalib , Exco Belia dan Sukan, Kesenian Warisan dan Kebudayaan juga turut hadir pada hari terakhir kem bagi menyempurnakan majlis penutup kem ini.
Diharapkan dengan rangka program sebegini, matlamat dan sasaran Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman di Sukma Pahang 2012 akan tercapai.
Sekian, terima kasih.
Tuesday, December 20, 2011
SEMOGA CEPAT SEMBUH



Untuk makluman, En Sabri Mansor iaitu JSM Sukan Gimnastik USPTN Kedah ( PLN SK Jitra 3) telah diserang angin ahmar pada 07 Disember 2011 yang lalu. Pada 19 Disember 2011, pihak USPTN Kedah telah mengadakan lawatan ke kediaman beliau bagi tujuan menziarah dan melihat kondisi beliau.
Dari pemerhatian, didapati beliau berada dalam keadaan pemulihan. Proses pemulihan berjalan lancar dan didapati beliau sudah boleh berjalan dan mengangkat tangan seperti biasa. Dari segi fizikal adalah baik. Namun beliau menghadapi masalah dari segi memori ingatan yang tidak kuat. Beliau tidak dapat membaca, menulis dan mengingati dengan baik secara jelas apa yang berlaku sebelum ini ( Recall memory problem ) . Namun begitu difahamkan bahawa gejala ini adalah sementara sahaja. Dilihat dari proses pemulihan dalam keadaan positif.
Nasihat doktor adalah untuk beliau mendapatkan rehat secukupnya. Diharapkan En Sabri Mansor akan cepat sembuh bagi meneruskan tugas - tugas beliau.
Sekian, terima kasih
Tuesday, October 4, 2011
LAPORAN RINGKAS PEMANTAUAN PLN BERSAMA PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
Berikut adalah merupakan laporan ringkas pemantauan bersama Pengurus Sukan Pelapis Negeri Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia En Megat Ahmad Khusairi Abd Aziz yang telah dijalankan pada 26 hingga 28 September 2011 ke semua PLN yang berada di bawah program USPTN Kedah. Tujuan pemantauan ini dijalankan adalah untuk menilai pelaksanaan program latihan di peringkat negeri dan juga bagi proses penambahbaikan program.
Hari : Isnin
Tarikh : 26 September 2011
1.PLN Berbasikal (Majlis Sukan Negeri Kedah)
- Tiada isu berbangkit
- JSM memohon sekiranya bantuan alat ganti terutamanya tiub dapat diberikan
- Latihan dijalankan setiap hari sebanyak dua sesi. Walau bagaimanapun kedatangan atlet bergantung kepada aktiviti disekolah terutamanya peperiksaan.
- Satu stor penyimpanan basikal telah disediakan oleh pihak MSN Kedah dan keadaan basikal diselenggara dengan baik
2. PLN Memanah (SMK Pokok Sena)
- Sokongan padu daripada pihak sekolah dan juga PIBG terutama dari segi stor penyimpanan alatan, bilik riadah atlet, sudut penghargaan atlet-atlet yang berjaya dan turut
memberi tambahan wang saku sekiranya atlet bertanding dikejohanan.
- Pusat yang telah melahirkan ramai atlet didalam program yang lebih tinggi seperti Pelapis Kebangsaan dan juga Program Elit
- Keadaan pusat baik namun kekurangan 'arrow' yang saya rasakan perlu diberi perhatian segera.
3. PLN Tinju (SMK Tunku Putera, Baling)
- Masalah utama adalah ketiadaan ring untuk mengatasi kegugupan atlet semasa bertanding di kejohanan sebenar.
- JSM memohon sekiranya dapat dibekalkan peralatan seperti 'skipping rope', 'padding' dan juga 'gloves'
- Merupakan PLN 'feeder' untuk atlet SUKMA Kedah
- Sokongan daripada pihak sekolah dengan melantik seorang guru penyelaras bagi sukan terbabit
4. PLN Olahraga (SMK Dato' Bijaya Setia, Sg Petani)
- Tertumpu kepada acara 'middle' dan juga 'long' distance
- Beberapa peralatan di gym sudah agak uzur
- Kebanyakan peralatan merupakan hak milik sekolah namun digunapakai bersama
- Pusat yang telah melahirkan atlet besar seperti P.Yuvaraj (400m)
5. PLN Tenpin Boling (Ampang Superbowl, Sg Petani)
- Sesi latihan dijalankan oleh JPM dan dibantu oleh seorang JSM
- Seramai 17 orang atlet menjalani latihan bermula jam 830 hingga 1030 malam
- Keadaan pusat yang diselenggara dengan baikdan perjumpaan dengan atlet turut dijalankan
Hari : Selasa
Tarikh : 27 Spetember 2011
1.PLN Badminton (Dewan Persatuan Badminton Kedah)
- Latihan dijalankan sebanyak dua sesi sehari selama 3 jam satu sesi (Ahad cuti)
- Pusat diselenggara dengan baik
- Pohon bantuan 'shuttle cocks'
- Pembayaran geran bantuan gaji JLN masih belum selesai
2.PLN Angkat Berat (SMK Alor Janggus)
- Kerjasama baik daripada pihak sekolah dengan penyediaan stor bagi penyimpanan alatan
- Proses penyediaan platform masih belum dijalankan oleh pihak MSN Kedah seperti yang dirancang
- Peralatan mencukupi buat masa ini.
3.PLN Olahraga (SMK Alor Janggus)
- Kekurangan peralatan seperti 'hurdles' dan 'medicine ball'
- Kerjasama yang baik dari pihak sekolah dan pihak sekolah dalam usaha menyediakan satu stor baru bagi penyimpanan peralatan
latihan bagi Sukan Angkat Berat, Olahraga dan Berbasikal ( Sekolah ini juga merupakan Pusat Latihan sokongan bagi sukan
Berbasikal )
4. PLN Skuasy (Kompleks Sukan Muadzam Shah)
- Pusat diselenggara dengan baik
- JLN baru dari Pakistan telah mula menjalankan latihan (Gaji dibayar oleh CIMB)
- Latihan dijalankan sebanyak dua sesi tujuh hari tanpa henti
5.PLN Gimnastik Artistik (SK Jitra 3)
- Latihan hanya dijalankan di dalam bilik penyimpanan peralatan memandangkan hari hujan dan keadaan gimnasium yang tidak dapat
digunakan seperti yang telah sedia maklum
- Cadangan untuk penambahan JSM bagi membantu JSM sedia ada.
6.PLN Sepak Takraw (SMK Tunku Anum)
- Kekurangan bola untuk latihan.
- Pihak MSN Kedah didalam proses untuk menaik taraf gelanggang dan juga pemasangan jaring sebagai penahan bola
7.PLN Angkat Berat (SMK Tunku Anum)
- Pusat berada didalam keadaan baik dan tiada isu berbangkit
- Pihak MSN Kedah sedang dalam proses pengambilan jurulatih wanita.
Sekian, terima kasih





































