Monday, November 21, 2016

LAPORAN KLINIK PEMBANGUNAN DAN KEJURULATIHAN GURU-GURU DAN ATLET DAERAH BALING










Tarikh : 19 November 2016 ( Sabtu )
Masa : 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Sekolah Model Khas Baling

KEHADIRAN :
1. En. Samsul Kamil Osman ( JSM )
2. En Wan Razif ( JPM Negeri )
3. Mr Taisto Sinnkonen ( Jemputan )
4. Guru - 15 Lelaki , 8 Wanita
5. Atlet - 20 Lelaki, 20 Wanita

Pengisian Klinik

1. Serve
2. Drill
3. Rally
4. Foot Work


ULASAN

1. Klinik Pembangunan ini diadakan dengan kerjasama JPN dan mendapat sambutan dalam kalangan guru-guru dalam daerah Baling.
2. Persatuan Tenis Daerah Baling mengambil inisiatif untuk menjemput Mr Taisto Sinkonnen dalam memberi taklimat mengenai pembangunan sukan tenis kepada guru dan atlet.
3. Mr Taisto Sinnkonen memberi taklimat mengenai teknik-teknik asas dalam sukan Tenis kepada guru-guru dan beliau juga melakukan sesi praktikal bagi memudahkan guru memahami apa yang disampaikan oleh beliau.
4. Perbincangan bersama En Samsul ( JSM ) juga memaklumkan mengenai isu gelanggang yang semkain uzur dan perlu diperbaiki segera supaya memudahkan latihan dijalankan dengan baik dan bantuan bola juga perlu dibekalkan kerana kebanyakkan bola yang sedia ada sudah pun rosak.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi.

No comments:

Post a Comment