Tuesday, November 22, 2016

LAPORAN KLINIK SUKAN MENEMBAK











TARIKH : 02-03 November 2016
MASA : 9.00 pagi – 4.00 petang
TEMPAT : Lapang Sasar Padang Tembak, Pokok Sena


KEHADIRAN :

1. Ketua Unit USPTN Kedah Darul Aman
2. SDO - 3 orang
3. JPM MSNK – 1 orang
4. JSM - 1 orang
5. SK Jabi - 3 guru / 41 murid
6. SK Pokok Sena - 2 guru / 46 murid
7. SK Tualang - 2 guru / 10 murid



ULASAN

1. Pendaftaran bermula seawal 9.00 pagi dengan kehadiran 97 peserta daripada 3 sekolah berhampiran Lapang Sasar Padang Tembak, Pokok Sena iaitu Sekolah Kebangsaan Jabi, Sekolah Kebangsaan Pokok Sena dan Sekolah Kebangsaan Tualang dengan guru pengiring sekolah masing-masing dengan jumlah semua yang terlibat seramai 110 orang.
2. Taklimat daripada Ketua Unit USPTN, Encik Mohd Farid bin Mohamad Fauzi dan seterusnya taklimat dan pengenalan oleh jurulatih.
3. Teori dan praktikal berkenaan sukan menembak dijalankan selama 2 hari. Sepanjang klinik ini berlangsung atlet-atlet didedahkan dengan pengenalan asas menembak.
4. Murid yang telah dipilih mengikuti program adalah seramai 38 orang dan telah dimaklumkan pada pihak sekolah dan surat kebenaran ibubapa akan diedarkan dalam masa terdekat kepada pihak sekolah untuk menghadiri perjumpaan waris bersama Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah.


Disediakan oleh
Puan Nur Ira Mastura binti Baharum

No comments:

Post a Comment