Sunday, November 4, 2012

KLINIK TEKNIK SUKAN OLAHRAGA BAGI ACARA PADANG DAN BALAPAN


Salam

Untuk makluman, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena dengan anjuran PIBG sekolah telah menjemput 2 JSM Sukan Olahraga iaitu En. Idris Bin Saad dan En. Zamsairon Bin Mat Dan serta 2 atlet Olahraga dibawah program Pelapis Negeri Kedah untuk menjalankan Klinik Teknik Sukan Olahraga bagi acara Padang dan Balapan. Klinik ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tempat : Sek. Men. Sains Pokok Sena

Tarikh   : 18 - 19 Oktober 2012

Masa     : 08.00pagi – 11.00pagi
               04.30 petang - 6.30 petang

Sukan   : Olahraga ( Padang & Balapan )

Sasaran umur : Pelajar berusia 13 hingga 16 tahun.

Penglibatan : 2 Jurulatih dan 2 Atlet.

Program dimulakan dengan taklimat daripada jurulatih SM Sains Pokok Sena berkenaan klinik yang dijalankan. Pelajar-pelajar juga didedahkan dengan lebih mendalam mengenai sukan Olahraga  melalui taklimat dan penerangan pengenalan peralatan sukan yang berkaitan dan demo sukan dari JSM USPTN Kedah dan atlet sukan berkaitan.

Setelah selesai sesi taklimat dan penerangan mengenai sukan Olahraga, pelajar-pelajar telah diberi asas program latihan seperti berikut:

1.       Drill ABC
2.       Teknik Hayunan Tangan
3.       Teknik Menggunakan Starting Block
4.       Teknik dan Asas Lontaran
5.       Teknik dan Asas Lompatan
6.       Teknik Larian Pecut dan Lari Berpagar


Seramai 25 pelajar telah terlibat dengan program Klinik Teknik Sukan Olahraga ini yang meliputi pecahan 13 pelajar lelaki dan 12 pelajar wanita. Tujuan klinik ini adalah ditumpukan kepada pelajat yang terlibat untuk kejohanan sukan bagi sekolah-sekolah asrama penuh yang akan berlansung tidak lama lagi.


Rumusan

Program pada kali ini mendapat sambutan yang baik dimana semua pelajar-pelajar menunjukkan minat dan bersungguh-sungguh untuk menjalani latihan. Dari pemerhatian yang dibuat dari program ini, pelajar-pelajar di SM Sains Pokok Sena ini mempunyai fizikal yang baik serta berbakat dalam Sukan Olahraga.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak USPTN dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan dapat berkerjasama lagi di masa akan datang.

Sekian.

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Laporan disediakan oleh Zamsairon Mat Dan











No comments:

Post a Comment