Tuesday, October 1, 2013

LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT, TINJU DAN BERBASIKAL







Tarikh  : 27-28 September  2013
Sukan : Angkat Berat, Tinju, dan Berbasikal
Tempat : SMK Tunku Putera, Baling,  Kedah Darul Aman.

Kehadiran : 1) Keseluruhan Peserta: 110 orang
                     2) Pegawai USPTN : 5 orang
                     3) Pegawai ISN : 7 orang
                     4) Jurulatih - 6 Jurulatih

Bertarikh 27 hingga 28 September  2013, Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah dengan kerjasama pihak Institut Sukan Negara dan  SMK Tunku Putera  telah menganjurkan program Klinik dan TID bagi sukan angkat berat, tinju dan berbasikal bagi memperkenalkan ketiga-tiga sukan tersebut kepada pelajar-pelajar serta mengenal pasti bakat-bakat baru yang berpotensi untuk dimasukkan ke dalam program pelapis negeri Kedah.  Sepanjang dua hari program dijalankan, penyertaan dan kerjasama di antara pihak ISN, sekolah, pelajar-pelajar, dengan pihak USPTN Kedah berjalan dengan lancar dimana penyertaan keseluruhan pelajar bagi kedua-dua sukan mencapai hampir 110 orang. Berikut merupakan tentatif perjalanan program klinik dan TID yang telah dijalankan:

Sesi pada hari pertama program dimulakan dengan pendaftaran pelajar-pelajar yang berminat megikuti program ini. Program diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pemangku Ketua Unit USPTN, En. Mohd Farid B Mohamad Fauzi dan seterusnya merasmikan program Klinik dan TID sukan tersebut.
Program diteruskan dengan sesi taklimat daripada pegawai-pegawai ISN mengenai pengenalan sukan dan kelebihan terpilih menjadi atlet pelapis negeri. Selepas selesai taklimat, para pelajar telah diuji dengan beberapa ujian yang dilakukan oleh pihak ISN dari Unit TID. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:

JENIS UJIAN
ANGKAT BERAT
BERBASIKAL
TINJU
Antropometrik
/
/
/
Kuasa
/
/
/
Kelenturan
/
/
/
Kekuatan
/
/
/
Kepantasan
/
/
/
Daya Tahan Otot

/
/

Selepas selesai ujian dilakukan, jurulatih tinju pelapis negeri, En. Ganesan telah menunjukkan sedikit demo suka tinju kepada para peserta sebagai langkah untuk menaikkan semangat para peserta.
Upacara penutup bagi program ini di sempurnakan oleh Pemangku Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri iaitu En. Mohd  Farid b Mohamad Fauzi dengan memberi sepatah dua kata bagi semua yang hadir program Klinik dan TID Sukan pada kali ini, dan ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak ISN, sekolah-sekolah berhampiran serta atlet sendiri yang telah hadir ke program selama dua hari.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq.


No comments:

Post a Comment