Sunday, August 24, 2014

LAPORAN KLINIK DAN TID SUKAN ANGKAT BERAT










Tarikh: 19 Ogos 2014 ( Selasa )
Masa: 8.00 Pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Alor Janggus.

KEHADIRAN :

1. En Mohd Farid Mohd Fauzi ( Ketua Unit )
2. En Syafiq bin Mad Ali ( USPTN )
3. En Mohd Syahir B. Mohamad Sabri ( USPTN )
4. En Hafizuddin Bin Rodzi ( USPTN )
5. En Mohd Hafiz Bin Ariffin ( USPTN )
6. Cik Nor Alya Bt Rosli ( ISN Kedah )
7. Puan Intan Marzida ( USPTN )
8. Puan Nor Azian Hassan ( USPTN )
9. Cik Rozaiti Zaidin ( USPTN )
10. En Zamsairon Mat Dan ( USPTN )
11. En Md Nor Osman ( JSM )
12. En Abd Malek Rahman ( JSM )
13. En Hanadzlah ( Guru SMK Alor Janggus )



Laporan Klinik dan TID Sukan Angkat Berat

Klinik dan TID Sukan Angkat Berat diadakan di Dewan Terbuka SMK Alor Janggus dan dijalankan pada jam 8.00 pagi. Seramai 50 orang telah menghadirkan diri dalam pemilihan awal untuk menyertai sukan angkat berat pelapis kedah ini. TID ini telah dikendalikan oleh Cik Nor Alya Rosli iaitu wakil dari pihak ISN Kedah dan beberapa ujian telah dijalankan. Antara ujian yang dijalankan adalah Lompat Menegak, Jangkauan Melunjur dan Standing Broud Jump. Beberapa taklimat ringkas telah diberikan oleh pihak ISN sebelum ujian dijalankan. Semua ujian tamat pada jam 9.45 pagi.

Seterusnya Klinik dan TID Sukan ini diteruskan oleh dengan sesi bersama jurulatih dan beberapa ujian telah dilakukan oleh jurulatih untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi. Antara ujian tersebut adalah mengenalpasti postur atau posisi badan ketika squat dan ujian berkenaan asas kekuatan kaki. Selain itu juga, demostrasi dari bekas atlet kedah dan kebangsaan juga menarik minat pelajar untuk menyertai sukan angkat berat turut diadakan. Ketua Unit bersama-sama Tuan Pengetua mengiringgi Tuan Pengarah melawat Pusat Latihan Negeri dan memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet yang sedia ada sebagai peransang untuk terus berjaya dalam sukan angkat berat. Program Klinik dan TID Sukan Angkat Berat tamat pada jam 11.45 pagi.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

No comments:

Post a Comment