Monday, January 27, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL






Tarikh   : 26 Januari 2014 ( Ahad )
Masa     : 4.00 Petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus

KEHADIRAN :
 
1. En. Abdul Razak Bin Kamis (JPM)
2. Atlet  - 3 Lelaki.        
             - 1 Perempuan

LATIHAN
1.  70 km Easy Ride
UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Pelapis Berbasikal Negeri Kedah akan menyertai Kejohanan Lumba Basikal Remaja(Track) Sirkit 1/2014  SportExcel/MSN/MILO/PKBM pada 21-23 Februari bertempat di Velederom Cheras, Kuala Lumpur.

KECEDERAAN
- Seorang atlet mengalami masalah kesihatan dan tidak dapat menjalani latihan.
PROGRAM BINAAN
- Klinik dan TID sukan akan dijalankan pada 4 Februari 2014 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus.

ULASAN
1. Perjalanan latihan mengikut ketetapan masa.
2. Taklimat mengenai latihan yang akan dilakukan serta jalan-jalan yang akan dilalui atlet telah diterangkan oleh jurulatih. Atlet-atlet baru juga telah hadir untuk menjalani latihan bersama atlet Pelapis sedia ada dan jurulatih serta PPN akan membuat pemantaun ke atas atlet-atlet ini.
3. Kondisi basikal dipastikan dalam keadaan terbaik bagi mengelak hal yang tidak diingini semasa para atlet membuat kayuhan dan pemeriksaan ini dibuat oleh mekanik pasukan berbasikal dari Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK).

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.


LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 26 Januari 2014 ( Ahad )
Masa : 4.15 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN : 

1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman
2. Atlet – 10 Lelaki,  3 Perempuan

LATIHAN
1.  Warm Up
2.  Standing Snatch
3 . Clean Squat
4.  Clean Pull 

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1/2014 yang akan diadakan pada 16 – 20 Febuari 2014 bertempat di Dewan Wisma Sukan, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu salah seorang atlet telah terpilih untuk menyertai Program Pelapis Serantau 2014.

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Platform sedia ada sudah pun mengalami kerosakan teruk dan sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran latihan.

PROGRAM BINAAN
- Mesyuarat JKK Sukan Angkat Berat akan diadakan pada 29 Januari 2014 dan Klinik dan TID Sukan pula akan diadakan pada 4 Febuari 2014 bertempat di SMK Alor Janggus, Alor Setar.

ULASAN
1.  Latihan sepenuhnya dijalankan dengan bersungguh-sungguh terutamanya tumpuan kepada atlet yang akan melayakkan mereka menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1/2014.
2.  Pencarian atlet wanita perlu dilakukan dengan segera melalui Klinik dan TID Sukan kerana atlet wanita semakin berkurang.
3.  Jurulatih memaklumkan beberapa atlet yang telah menunjukkan peningkatan prestasi terutamanya dalam jumlah angkatan dari masa ke semasa.
4.  Atlet mengalami sedikit keletihan kerana terlibat dengan program sukan sekolah.
5.  PPN berbincang dengan jurulatih supaya penukaran tempat latihan perlulah ditukarkan dengan segera ke bilik darjah yang disediakan oleh pihak sekolah kerana tempat sedia ada sudah tidak mampu menampung jumlah atlet yang ada.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Wednesday, January 22, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN GIMNASTIK




Tarikh   :  20.1.2014
Masa    :  5.00 Petang
Tempat :  SK Jitra 3

KEHADIRAN:
1.       En. Faiz Bin Ameer (JSM)
2.      9 orang atlet perempuan
3.       5 orang atlet lelaki

LATIHAN:
1. Mengemaskan teknik
2. Latihan physical strength

UJIAN:
-Tiada

PERTANDINGAN:
-Tiada

KECEDERAAN:
-Tiada

PERALATAN:
-Matt

PROGRAM BINAAN:
-Tiada

ULASAN:
1.    Latihan yang dijalankan lebih banyak ditekankan kepada aspek stamina.
2   Latihan dijalankan seperti biasa mengikut jadual 

3. Pegawai Pembangunan Negeri juga memaklumkan kepada JSM bahawa mesyuarat JKK sukan gimnastik 1/2014 akan diadakan pada minggu hadapan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq 

Tuesday, January 21, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 20 Januari 2014 ( Selasa )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN : 

1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman
2. Atlet – 10 Lelaki,  1 Perempuan

LATIHAN
1.  Warm Up
2.  Standing Clean & Jerk 80% - 90% x 2 x 6 set
3 . Snatch Balance 80% - 90% x 2 x 6 set
4.  Back Squat 90% x 2 x 6 set 
UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1/2014 yang akan diadakan pada 17 – 20 Febuari 2014 bertempat di Dewan Wisma Sukan, Kota Bharu, Kelantan. Selain itu salah seorang atlet telah terpilih untuk menyertai Program Pelapis Serantau 2014.

KECEDERAAN
- Tiada

PERALATAN
- Memohon platform tambahan kerana platform sedia ada sudah pun mengalami kerosakan.

PROGRAM BINAAN
- Mesyuarat JKK Sukan Angkat Berat akan diadakan pada 27 Januari 2014 dan Klinik dan TID Sukan pula akan diadakan pada 4 Febuari 2014 bertempat di SMK Alor Janggus, Alor Setar.

ULASAN
1.  Tumpuan latihan diberikan kepada atlet yang akan meyertai kejohanan.
2.  Jurulatih memaklumkan penambahan atlet perlulah dilakukan terutamanya dalam pencarian atlet wanita.
3.  Setiap atlet melakukan latihan dengan bersungguh-sungguh dan penuh komitmen.
4.  Sesetengah atlet yang Nampak keletihan kerana terlibat dengan aktiviti sekolah.

Sekian Terima Kasih

Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Monday, January 20, 2014

NATIONAL EVALUATION 2014 USPTN KEDAH








Tarikh : 15 Januari 2014

Masa  :
          i.  4.00 - 6.00 petang ( Kedah Bowl Alor Setar)
          ii. 8.00 - 10.30 malam (Ampang Bowl Sungai Petani)

Kehadiran :En. Helmy Bin Sharudin (JPM)
                Pn. Azlin Shahar (JSM)
                Pn. Nor Azian Hassan (PPN)
                En. George Tan (Penilai Evaluation MTBC)
                En. Beng Heng (Penilai Evaluation MTBC)

Perjalanan National Evaluation

1. Sesi National Evaluation untuk tahun 2014 di negeri Kedah dilakukan dua kali iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani setelah En George 
bersetuju untuk menjalankan penilaian di dua venue berbeza. 

2. Penilaian di Alor Setar dilakukan pada pukul 4.00 hingga 6.00 petang dan jumlah yang hadir untuk dinilai ialah seramai 35 orang. Sementera di Sungai Petani jumlah yang hadir adalah seramai 29 orang.

3.  Setelah selesai sesi penilaian, sesi mesyuarat dijalankan di antara panel MTBC, PTBK dan USPTNK bagi membincangkan mengenai penilaian yang dilakukan dan perjalanan program untuk tahun 2014. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah:
 - Pihak MTBC mencadangkang agar kutipan daripada ibubapa dijalankan bagi menampung kos sewaan lorong tambahan bagi menjalani latihan dibuat oleh PTBK. Kadar kutipan adalah terpulang kepada pihak PTBK untuk menentukannya. dan pihak PBTK perlulah telus dalam kutipan yang dilakukan agar wang yang dikutip daripada ibubapa tidak digunakan untuk tujuan lain selain dari latihan.
- Pihak USPTNK memaklumkan bahawa kadar sewaan yang diberikan oleh pihak Cawangan Pelapis belum diputuskan berapa jumlahnya dan sementara menunggu kelulusan tersebut pihak PTBK haruslah memainkan peranan bagi membolehkan latihan dijalankan.
-Pihak Ampang Bowl Sungai Petani memaklumkan bahawa kadar baru bagi sewaan lorong ialah RM30.00 (malam) dan RM25.00 (siang) yangmana kenaikan 50% daripada kadar sewaan lama iaitu RM 20.00. Oleh yang demikian, pihak MTBC mengesyorkan agar pihak USPTNK mencari tempat latihan baru yang lebih rendah kadar sewaan lorong bagi membolehkan atlet-atlet ini berlatih.
- Pihak MTBC mengambil serius tentang kehadiran atlet-atlet ke latihan yangmana disiplin memainkan peranan utama jika ingin berjaya.

4. Hasil daripada penilaian yang dibuat di kedua-dua venue tersebut,panel penilai dari MTBC telah bersetuju untuk memilih 38 orang atlet yang mana 13 orang tepilih di Alor Setar (semuanya AA) dan 25 orang terpilih di Sungai Petani (22 orang AA dan 3 orang AAA). Jumlah keseluruhan yang terpilih masuk ke program USPTN  Kedah untuk tahun 2014 ialah seramai 38 orang. Berikut merupakan nama-nama yang terpilih hasil penilaian tersebut :

1).    Ahmad Zulkarnaian Ahmad Mazlan (AAA)
2).    Syazirol Samsudin (AAA)
3).    Puteri Nurul Dini Azhar (AAA)
4).    Kusselin Yuthasax (AA)
5).    Montri Yuthasax (AA)
6).    Aphichart Yuthasax (AA)
7).    Lee Wan Chai (AA)
8).    Muhd Azril Roslan (AA)
9).    Mohd Ezzat Firdaus Zamri (AA)
10).   Hana Afeena Rosman
11).   Mohd Arif Zainol
12).   Nur Syaza Sorfina Azhar (AA)
13).   Nurul Anis Syifaa Azhar (AA)
14).   Muhd Aiman Haris Mohd Alias (AA)
15).   Razeen Razman
16).   Mohd Fareez Aiman Mohd Yusuff (AA)
17).   Siti Saadiah Azman (AA)
18).   Mohd Irdzuan Azzamullah Azman (AA)
19).   Nur Adlina Sabri (AA)
20).   Puteri Arfah Attilia Azhar (AA)
21).   Mohd Adil Putera (AA)
22).   Armand Ammar (AA)
23).   Muhd Danish Syakir (AA)
24).   Muhd Muaddib Syahir (AA)
25).   Muhd Syafuddin Jamaluddin (AA)
26).   Siti Nurmizana (AA)
27).   Ahmad Aiman Ahmad Mazlan (AA)
28).   Sabrina Ahmad Mazlan (AA)
29).   Mohd Haziq Musa (AA)
30).   Dhia Batrisyia (AA)
31).   Mohd Haziq Ridzuan
32).   Muhd Khairul Harisin Raimy (AA)
33).   Hifzan Hazwan (AA)
34).   Priyanka Naidu (AA)
35).   Mohd Akmal Shabri (AA)
36).   Mohd Zulfahmi Mohd Izham (AA)
37).   Mohd Amirul Arif (AA)
39).   Aiman Zainol (AA)

5.  Pada akhir sesi, pihak UPSTN Kedah mengucapkan tahniah kepada atlet yang telah berjaya dipilih masuk ke dalam program dan ribuan terima kasih kepada pihak MTBC, PTBK dan waris yang telah menjayakan National Evaluation USPTN Kedah 2014.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Nor Azian. 

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh: 12 Januari 2014 ( Ahad )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Stadium Darulaman

KEHADIRAN :  

1. En Idris Bin Saad ( JSM )
1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 5 Lelaki, 8 Perempuan

LATIHAN

1. Warm Up 3 pusingan padang
2. Drill ( Bounding, Back Kick, High Knee, Lunges, Ankle Flick )
3. Latihan Teknik ( Merejam Lembing, Lari berpagar )
4. Sprint 150 m, 120 m, 80 m, 60 m
UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 3 orang atlet telah ditawarkan mengikuti Program Pelapis Serantau 2014 bagi acara lontar peluru dan baling tukul besi.
- Beberapa orang atlet Pelapis sedang melayakkan diri untuk menyertai Pasukan SUKMA di Kejohanan SUKMA Perlis 2014.

ULASAN

1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Atlet yang menjalani latihan bersama En Idris Saad telah pun berada di Alor Setar dan menginap di asrama MSNK.
3. Atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh bagi mempersiapkan diri dalam kejohanan bagi tahun 2014 dan keutamaan adalah pada SUKMA Perlis pada bulan Mei akan datang.
4. Perbincangan jurulatih dan PPN yang menyarankan supaya Klinik dan TID Sukan Olahraga diadakan di SMK Aman Jaya, Sungai Petani bagi acara pecut dan jarak jauh sementara bagi acara lontaran akan diadakan di SMK Alor Janggus, Alor Setar.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Sunday, January 12, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 7 Januari 2013 ( Selasa )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Padang SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman
2. Atlet – 8 Lelaki,  Perempuan

LATIHAN
1.   Warm Up
2.  Standing Snatch
3.  Front Squat
4.  Snatch Pull

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1.   Beberapa atlet tidak dapat hadir kerana terlibat dengan aktiviti sekolah.
2.   Atlet menjalani latihan dengan baik dan agak keletihan kerana terlibat dengan aktiviti sekolah serta kurang rehat yang mengcukupi sebelum datang menjalani latihan.
3.   Keadaan platform angkatan yang telah mengalami kerosakan menyebabkan lantai simen di pusat latihan tersebut berlubang dan sedikit sebanyak telah mengganggu latihan dijalankan.
4.   Perbincangan akan dilakukan bersama pihak sekolah mengenai perpindahan tapak latihan dari asal ke dalam bilik darjah yang telah ditawarkan oleh pihak sekolah untuk atlet angkat berat menjalni latihan.
5.   Klinik dan TID Sukan mungkin akan diadakan di sekolah tersebut.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi


Tuesday, January 7, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh: 5 Januari 2014 ( Ahad )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Padang Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK)

KEHADIRAN : 
1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 2 Lelaki, 5 Perempuan

LATIHAN
1. Dinamik Warm Up
2. Drill ( Bounding, Back Kick, High Knee, Lunges, Ankle Flick )
3. Latihan Teknik ( Merejam dan Melontar )

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 3 orang atlet telah ditawarkan mengikuti Program Pelapis Serantau 2014 bagi acara lontar peluru dan baling tukul besi. Salah seorang atlet lagi ditawarkan ke Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang. 

ULASAN
1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Latihan dijalankan di Padang MSNK dan tumpuan kearah latihan teknik yang dilakukan oleh atlet.
3. Perbincangan dengan jurulatih yang menyarankan supaya pencarian atlet di sekitar sekolah di daerah Kota Setar dan tidak lagi tertumpu pada satu sekolah sahaja.
4. Atlet menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh dan penuh komited.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Monday, January 6, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA







Tarikh: 2 Januari 2014 ( Khamis )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus

KEHADIRAN : 

1. En. Zamsairon Bin Mat Dan @ Saadan (JSM)
2. Atlet – 5 Lelaki, 3 Perempuan

LATIHAN

1. Warm Up 3 pusingan padang
2. Drill ( Bounding, Back Kick, High Knee, Lunges, Ankle Flick )
3. Latihan Flexibility ( Kelenturan )
UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Tiada

KECEDERAAN
- Tiada

PROGRAM BINAAN
- Seramai 3 orang atlet telah ditawarkan mengikuti Program Pelapis Serantau 2014 bagi acara lontar peluru dan baling tukul besi.

ULASAN

1. Latihan berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan.
2. Latihan dijalankan di padang SMK Alor Janggus dan latihan flexibility dijalankan memandangakn kebanyakan atlet berehat untuk menghadapi peperiksaan dan cuti sekolah.
3. Terdapat beberapa atlet Pelapis telah dipilih untuk menyertai Pasukan Olahraga SUKMA negeri pada tahun hadapan.
4. Jurulatih menyarankan agar Klinik dan TID Sukan perlu diadakan dalam bulan Januari bagi mencari bakat-bakat baru dan tumpuan pencarian adalah bagi atlet balingan dan lontaran.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi