Tuesday, March 20, 2012

PERJUMPAAN YBHG DATO KETUA KONTINJEN DENGAN PENGURUS DAN JURULATIH PASUKAN SUKMA 2012 NEGERI KEDAH

Sebagai proses persediaan Kontinjen Negeri Kedah untuk menyertai Sukma Pahang 2012 yang dijadualkan akan berlangsung dari 07 Julai - 16 Julai 2012, satu perjumpaan di antara Para Pengurus dan Para Jurulatih Sukma bersama Ybhg. Dato Ketua Kontinjen Sukma Kedah 2012 iaitu Dato' Khazali Bin Din telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh. : 20 Mac 2012
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Wisma Darul Aman.

Majlis perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato' Pengerusi MSN Kedah iaitu Dato' Dr. Hamdan Bin Mohd Khalib. Antara agenda perjumpaan ini ialah taklimat berkaitan Sukma 2012 dari Tuan Pengarah MSN Kedah iaitu Tn. Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, selain amanat yang disampaikan oleh Ybhg. Dato' Ketua Kontinjen dan Ybhg. Dato' Pengerusi MSN Kedah. Para Pengurus dan Jurulatih juga turut membentangkan berkaitan persediaan pasukan dan atlet beserta dengan sasaran pingat di Sukma Pahang 2012. Diharapkan dengan perjumpaan seperti ini akan merancakkan lagi proses persediaan Kontinjen Negeri Kedah selain daripada persediaan dari segi program latihan bagi menghadapi Sukma Pahang 2012. Sebagai makluman, hanya tinggal 109 hari lagi sebelum Sukma Pahang 2012 membuka gelanggangnya.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN KARNIVAL BERBASIKAL NEGERI KEDAH 2012









Tarikh : 17 Mac 2012

Masa : 8.30 pagi - 12.00 Tengahari

Venue : Taman Tema Air Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah

Penyertaan : 412 orang

Tujuan

Sempena berlangsungnya Kejohanan Berbasikal Grand Prix Kebangsaan Sirkit 1, 2012, Pihak USPTN Kedah dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Kedah telah mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan Karnival Berbasikal Negeri Kedah.
Ini di adakan adalah bertujuan untuk menarik minat semua lapisan masyarakat untuk meminati sukan berbasikal untuk kesihatan dan kecergasan mereka di samping itu juga kami telah membuat "Talent Scouting" untuk adik-adik yang memasuki acara Fixie di bawah 12 tahun dan 15 tahun. Selain daripada itu, pendekatan ini juga ialah untuk mempopularkan dan mempromosikan sukan Berbasikal ini kepada masyarakat umum. Di antara acara yang di pertandingkan dan jumlah penyertaan adalah seperti berikut :-

1) Road Bike = a) Bawah 15 (L) seramai 39 orang,
b) Bawah 17 (L) seramai 30 orang, (W) seramai 7 orang
c) Terbuka (L) seramai 29 orang, (W) seramai 10 orang

2) MTB = a) Bawah 15 (L) seramai 17 orang, (W) seramai 4 orang
b) Bawah 17 (L) seramai 12 orang
c) Terbuka (L) seramai 186 orang, (W) seramai 24 orang

3) Fixie = a) Bawah 12 (L) seramai 4 orang
b) Bawah 15 (L) seramai 26 orang
c) Bawah 17 (L) seramai 10 orang
d) Terbuka (L) seramai 10 orang, (W) seramai 4 orang

Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 412 orang, iaitu (L) = 363 orang manakala (W) = 49 orang. Di dapati jurang perbezaan penyertaan di antara lelaki dan wanita amat ketara Walaubagaimanapun karnival tersebut berjalan dengan lancar dan jumlah penyertaan yang agak besar ini membuktikan bahawa ramai yang berminat di dalam sukan Berbasikal ini. Daripada jumlah penyertaan di dapati ramai yang lebih berminat dalam acara MTB. Oleh yang demikian pihak kami telah merancang untuk menganjurkan lagi karnival sedemikian di masa depan, kemungkinan besar penumpuan adalah lebih kepada acara Fixie.

Sekian, terima kasih

Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Bt Ku Hamid

PEMANTAUAN @ PLN ANGKAT BERAT








Tarikh : 18 MAC 2012

Masa : 5.00 PM

Tempat : DEWAN ANGKAT BERAT SMK TUNKU ANUM

Kehadiran:

1. Mohd Nor Bin Osman - JSM

2. 12 Atlet Lelaki 1 Wanita

LATIHAN

1. Standing Clean & Jerk

2. Front Squat

3. High Pull

UJIAN

1. Ujian Angkatan akan dijalankan pada hari Khamis 22 Mac 2012 di Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman bersama-sama atlet yang berada di Pusat Latihan SMK Alor Janggus

PERTANDINGAN

1. 9 atlet akan menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan pada 2-5 April 2012 di Dewan Wisma Sukan, Kota Bharu Kelantan. 1 JPM dan 1 JSM terlibat dengan kejohanan ini. Perbelanjaan pada kejohanan ini adalah peruntukan dari Majlis Sukan Negeri Kedah.

KECEDERAAN

1. Seorang atlet iaitu Mohd Dinie Akmal mengalami kecederaan pada bahagian lutut telah mendapat rawatan di Kedah Medical Center (KMC). Beliau telah mula menjalani latihan bermula pada 18 Mac 2012 setelah berehat selama 3 minggu.

PERALATAN

-Tiada-

PROGRAM BINAAN

1. Menjalani latihan di luar PLN. Cadangan JSM di Penjara Pokok Sena atau di Dusun Resort, Kuala Nerang.

ULASAN

1. Terdapat 3 orang atlet baru lelaki berumur 13 tahun telah menjalani latihan pada awal bulan Mac dimana atlet-atlet ini datang sendiri untuk menjalani latihan.

2. Jurulatih memaklumkan bahawa latihan diluar PLN angkat dijalankan sehingga menjelang SUKMA 2012, Peruntukan untuk menjalani latihan di luar PLN ini adalah dari Majlis Sukan Negeri Kedah.

3. Terdapat atlet-atlet yang telah memecahkan rekod peribadi semasa latihan.

4. Di akhir pemerhatian, latihan berjalan lancar dimana atlet-atlet dapat menerima arahan dan teguran daripada jurulatih berkenaan dengan teknik angkatan.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh Akmal Hashim

Monday, March 19, 2012

PEMANTAUAN @ PLN TENPIN BOLING








Tarikh : 16 Mac 2012
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Ampang Superbowl, Sungai Petani.
KEHADIRAN
1) Helmy Sharuddin Bin Che Ya (JPM)
2) Azlin Sahar (JSM)
3) Atlet - 10 Lelaki 5 Wanita
LATIHAN
1) Balancing
- Step 1
- Step 2
- Step 3
- Step 4
- Step 5
2) Sparing
- Step 1
- Step 2
- Step 3
UJIAN
1) Ujian Kemahiran akan diadakan pada awal April 2012
PERTANDINGAN
1) Semua atlet yang masih bersekolah telah telah pon selesai menyertai Kejohanan MSSD di daerah masing-masing. (Kubang Pasu, Kota Setar dan Kuala Muda).
2) Kejohanan Tenpin Boling MSSK akan diadakan pada tarikh 29 - 30 Mac 2012 bertempat di Skybowl, Alor Setar.
3) Atlet juga sedang membuat persiapan bagi menyertai Kejohanan SPORTEXCEL-NSC-MILO-MTBC National Junior Circuit Negeri Sembilan Leg yang akan diadakan pada 30 Mac - 1 April 2012.
4) Pasukan Kedah juga bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Perlis dan dijangka akan diadakan pada bulan April.
PROGRAM BINAAN
1) Kem Boling akan diadakan pada 26 - 29 Mei 2012 bertempat di Langkawi.
ULASAN
1) Latihan berjalan seperti biasa
2) Hasil pemerhatian daripada jurulatih, prestasi atlet dibawah program terdapat peningkatan dari segi teknik dan kemahiran.
3) Komitmen latihan daripada atlet sangat memuaskan. Ini adalah kerana sokongan yang padu diberikan oleh ibubapa.
4) Atlet didalam Program yang telah terpilih untuk mewakili Sukan Malaysia 2012 Pahang telah mula menjalani latihan bersama Jurulatih SUKMA Kedah. Latihan dijalankan di Kedah Bowl, Alor Setar dan Park Aveneu Superbowl, Sungai Petani. Jumlah atlet dibawah Program yang akan menyertai Sukma Pahang 2012 adalah sebanyak 7 orang yang terdiri daripada 3 lelaki dan 4 wanita. Nama atlet terbabit adalah seperti berikut:
- Muhd Amirul Bin Che Mat
- Ahmad Zulkarnain Bin Ahmad Mazlan
- Adee Bahry Bin Mohd Yusnee
- Nur Ameera Husna Bt Aznel
- Puteri Arfah Attlia
- Nursyafiqah Bt Ramli
- Nur Fadeena Aznel
Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Farid Mohd Fauzi

Thursday, March 15, 2012

PEMANTAUAN ANGKAT BERAT @ SMK ALOR JANGGUS








Tarikh : 13 MAC 2012

Masa : 4.00 PM

Tempat : SMK ALOR JANGGUS

Kehadiran:

1. Mohd Norshah Rizal Bin Ruslan – JPM

2. 5 Atlet Lelaki 1 Wanita

LATIHAN

1. Standing Clean & Jerk

2. Snatch Pull

3. Free Exercise

UJIAN

1. Ujian Angkatan akan dijalankan pada hari Khamis 22 Mac 2012 di Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Atlet-atlet dari baru yang menjalani latihan di SMK Alor Janggus turut terlibat dengan ujian ini.

PERTANDINGAN

-Tiada-

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

1. Peralatan yang sedia ada tidak mencukupi kerana pertambahan atlet di Pusat Latihan SMK Alor Janggus.

2. 2 Set Jerk Blok akan diterima dari PLN SMK Tatar untuk diletakkan di SMK Alor Janggus

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1. Tempat latihan agak sempit. Untuk makluman seramai 14 atlet telah dikenalpasti melalui Program Klinik dan TID sukan yang dijalankan pada 2-3 Februari 2012. Atlet-atlet ini akan mula menjalani latihan selepas tamat cuti persekolah. Satu perjumpaan ibu bapa bagi atlet-atlet baru ini juga akan diadakan pada bulan April 2012.

2. Pihak sekolah memberi kerjasama yang baik dalam pelaksanaan program yang dijalankan oleh pihak USPTN Kedah. 2 Atlet wanita akan menerima biasiswa sukan dari pihak sekolah.

3. Jurulatih memaklumkan platform latihan dalam proses pembikinan dimana jurulatih telah mengambil meja makmal yang terpakai dan telah mendapat kebenaran pihak sekolah.

4. Satu perbincangan akan diadakan bersama pihak MSN Kedah dan sekolah ataupun guru penyelaras yang terlibat bagi memohon sedikit bantuan untuk membuat sedikit ganjaran kepada atlet yang terbaik semasa pertandingan dan ganjaran tersebut akan lebih mengutamakan atlet-atlet baru dengan ini juga ia dapat menarik minat pelajar-pelajar yang lain untuk bermain Sukan Angkat Berat.

5. Setelah berbincang dengan jurulatih, Kejohanan Zon Utara dicadangkan pada 19 hingga 21 April 2012 di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Tarikh ini tertakluk kepada penginapan di asrama SMK Tunku Anum. Perbincangan susulan akan dibuat dengan pihak sekolah mengenai penginapan di asrama sekolah tersebut.

6. Jurulatih turut menunjukkan teknik angkatan yang betul kepada atlet-atlet baru dan memperbaiki teknik angkatan kepada atlet-atlet sedia ada.

Sekian terima kasih

Laporan di sediakan oleh Akmal Hashim

PEMANTAUAN SUKAN OLAHRAGA @ STADIUM DARUL AMAN










Tarikh : 12 MAC 2012

Masa : 8.00 AM

Tempat : STADIUM D.A

Kehadiran:

1. Idris Bin Saad - JSM

2. Mohd Zamsairon Bin Mat Dan - JSM

3. Asrul Bin Rasid - Jurulatih Praktikal MSN Kedah.

4. Fadzilah - Guru SMK Pendang.

LATIHAN

1. Speed, Accelaration Run

2. Endurance, Phase Run, Speed Endurance.

UJIAN

-Tiada-

PERTANDINGAN

1. 11 Atlet akan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 17 hingga 18 Mac 2012 di Trek Latihan Olahraga Majlis Sukan Negara Malaysia.

2. 3 Jurulatih yang terlibat iaitu En. Idris Bin Saad(JSM), En. Mahalingam(JSM) dan En. Asrul Jurulatih TLDM yang sedang menjalankan praktikal di MSN Kedah akan mengiringi atlet-atlet. Manakala En. Zamsairon tidak dapat melibatkan diri pada kejohanan tersebut kerana terpaksa menguruskan Majlis Berkhatan anak lelaki beliau.

3. Peruntukan untuk Kejohanan ini adalah bantuan dari Majlis Sukan Negeri Kedah.

KECEDERAAN

-Tiada-

PERALATAN

1. Peralatan telah pun diterima dan telah pun di gunakan untuk latihan dan peralatan-peralatan yang lain di bantu oleh pihak Majlis Sukan Negeri Kedah.

PROGRAM BINAAN

-Tiada-

ULASAN

1. Makluman daripada jurulatih, terdapat beberapa atlet yang berpotensi dari Daerah Kuala Muda / Yan akan menjalani latihan sepenuh masa selepas menduduki Peperiksaan SPM dan akan ditempatkan di Majlis Sukan Negeri Kedah.

2. Guru dari SMK Pendang telah menghantar 2 orang pelajar beliau untuk menjalani latihan dengan Jurulatih USPTN sepanjang cuti sekolah ini. Beliau juga memaklumkan akan menghantar pelajar tersebut 3 atau 4 kali seminggu sewaktu hari persekolah untuk menjalani latihan pada waktu petang sahaja.

3. Pada 4-7 Mac 2012 yang lalu En. Zamsairon, En. Idris dan En Asrul telah membuat talent scouting semasa MSSD Daerah Kota Setar yang telah dijalankan di Stadium Darul Aman. Disamping itu Jurulatih juga dapat melihat prestasi atlet-atlet yang berada di Pusat Latihan SMK Alor Janggus semasa MSSD berlangsung.

4. Hasil dari talent scout yang dijalankan didapati terdapat beberapa pelajar yang berpotensi untuk diserapkan ke Program Pelapis Negeri. Pelajar-pelajar yang terpilih telah pun dimaklumkan kepada guru yang berkenaan untuk membawa pelajar-pelajar yang terpilih ke Stadium Darul Aman ataupun Majlis Sukan Negeri untuk menjalani latihan. Selain dari SMK Pendang beberapa pelajar dari Daerah Kota Setar akan turun menjalani latihan pada sesi petang. Latihan akan dikendalikan oleh En. Zamsairon, En. Idris dan En. Asrul.

4. Latihan berjalan lancar dan atlet-atlet dapat menerima dan memahami latihan yang diberikan oleh jurulatih. Jurulatih juga turut menunjukkan (Demo) teknik-teknik latihan kepada atlet dari SMK Pendang.

Sekian terima kasih

Akmal Hashim melaporkan dari Stadium Darul Aman.

LATIHAN 2 PENJURU ANTARA PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT








Tarikh : 06 Mac 2012
Tempat : PLN Angkat Berat, Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
Masa : 4.30 Ptg - 6.30 Ptg

Kehadiran : 1 JPM, 1 JSM ,10 atlet (SMK Alor Janggus) 10 atlet (SMK Tunku Anum)

Latihan

1. Standing Snatch Combination
2. Clean and Jerk
3. Front Squat
4. Free Exercise

Makluman

1. Satu sesi latihan bersama telah diatur oleh JPM USPTN Kedah iaitu En. Mohd Norshah Rizal di SMK Tunku Anum. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan yang lebih sempurna kepada atlet-atlet yang berada di SMK Alor Janggus.

2. Latihan ini juga turut disertai oleh atlet-atlet baru hasil daripada program TID yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu dimana hasil dari TID tersebut terdapat 5 atlet lelaki telah dikenalpasti untuk menjalani latihan di bawah Program Pelapis.

3. En. Mohd Nor (JSM), memaklumkan terdapat 3 atlet baru dari SMK Alor Janggus yang boleh diketengahkan untuk pergi lebih jauh berdasarkan pemerhatian beliau dari segi kekuatan, saiz dan teknik yang ditunjukkan semasa latihan.

4. Latihan ini juga bertujuan untuk atlet-atlet baru melihat dan mempelajari teknik-teknik angkatan serta pendedahan latihan yang bersistematik yang dijalankan oleh atlet-atlet SUKMA disamping memperkenalkan peralatan-peralatan latihan yang tidak terdapat di SMK Alor Janggus.

5. En. Mohd Norshah Rizal (JPM) memaklumkan akan membawa atlet-atlet baru ke Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum sekali sebulan sebagai pendedahan latihan dan latihan akan lebih sempurna dengan keadaan tempat latihan dengan peralatan yang mencukupi serta tempat latihan yang selesa berbanding di SMK Alor Janggus dimana peralatan latihan tidak mencukupi serta ruang tempat latihan agak sempit. Sekiranya terdapat pertambahan atlet, peralatan latihan perlu ditambah dan tempat latihan perlu di baik pulih untuk keselesaan menjalankan latihan.

5. Hasil dari perbincangan dengan Jurulatih (JSM)latihan lebih tertumpu kepada persediaan mental untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan pada 2 - 5 April 2012 nanti.

6. Dari pemerhatian yang dibuat latihan berjalan lancar dan atlet-atlet baru menunjukkan minat dan bersemangat untuk menjalani latihan dimana mereka melihat bagaimana atlet-atlet SUKMA melakukan angkatan dengan jumlah yang besar.

7. Diakhir latihan atlet-atlet baru begitu bersemangat dan berharap dapat menjalani latihan di Dewan Angkat Berat di SMK Tunku Anum lagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim