Thursday, March 15, 2012

LATIHAN 2 PENJURU ANTARA PUSAT LATIHAN ANGKAT BERAT








Tarikh : 06 Mac 2012
Tempat : PLN Angkat Berat, Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.
Masa : 4.30 Ptg - 6.30 Ptg

Kehadiran : 1 JPM, 1 JSM ,10 atlet (SMK Alor Janggus) 10 atlet (SMK Tunku Anum)

Latihan

1. Standing Snatch Combination
2. Clean and Jerk
3. Front Squat
4. Free Exercise

Makluman

1. Satu sesi latihan bersama telah diatur oleh JPM USPTN Kedah iaitu En. Mohd Norshah Rizal di SMK Tunku Anum. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberi latihan yang lebih sempurna kepada atlet-atlet yang berada di SMK Alor Janggus.

2. Latihan ini juga turut disertai oleh atlet-atlet baru hasil daripada program TID yang dijalankan pada bulan Februari yang lalu dimana hasil dari TID tersebut terdapat 5 atlet lelaki telah dikenalpasti untuk menjalani latihan di bawah Program Pelapis.

3. En. Mohd Nor (JSM), memaklumkan terdapat 3 atlet baru dari SMK Alor Janggus yang boleh diketengahkan untuk pergi lebih jauh berdasarkan pemerhatian beliau dari segi kekuatan, saiz dan teknik yang ditunjukkan semasa latihan.

4. Latihan ini juga bertujuan untuk atlet-atlet baru melihat dan mempelajari teknik-teknik angkatan serta pendedahan latihan yang bersistematik yang dijalankan oleh atlet-atlet SUKMA disamping memperkenalkan peralatan-peralatan latihan yang tidak terdapat di SMK Alor Janggus.

5. En. Mohd Norshah Rizal (JPM) memaklumkan akan membawa atlet-atlet baru ke Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum sekali sebulan sebagai pendedahan latihan dan latihan akan lebih sempurna dengan keadaan tempat latihan dengan peralatan yang mencukupi serta tempat latihan yang selesa berbanding di SMK Alor Janggus dimana peralatan latihan tidak mencukupi serta ruang tempat latihan agak sempit. Sekiranya terdapat pertambahan atlet, peralatan latihan perlu ditambah dan tempat latihan perlu di baik pulih untuk keselesaan menjalankan latihan.

5. Hasil dari perbincangan dengan Jurulatih (JSM)latihan lebih tertumpu kepada persediaan mental untuk menyertai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan pada 2 - 5 April 2012 nanti.

6. Dari pemerhatian yang dibuat latihan berjalan lancar dan atlet-atlet baru menunjukkan minat dan bersemangat untuk menjalani latihan dimana mereka melihat bagaimana atlet-atlet SUKMA melakukan angkatan dengan jumlah yang besar.

7. Diakhir latihan atlet-atlet baru begitu bersemangat dan berharap dapat menjalani latihan di Dewan Angkat Berat di SMK Tunku Anum lagi.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim

No comments:

Post a Comment