Tuesday, March 20, 2012

PERJUMPAAN YBHG DATO KETUA KONTINJEN DENGAN PENGURUS DAN JURULATIH PASUKAN SUKMA 2012 NEGERI KEDAH

Sebagai proses persediaan Kontinjen Negeri Kedah untuk menyertai Sukma Pahang 2012 yang dijadualkan akan berlangsung dari 07 Julai - 16 Julai 2012, satu perjumpaan di antara Para Pengurus dan Para Jurulatih Sukma bersama Ybhg. Dato Ketua Kontinjen Sukma Kedah 2012 iaitu Dato' Khazali Bin Din telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh. : 20 Mac 2012
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan Negeri, Aras 6, Wisma Darul Aman.

Majlis perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato' Pengerusi MSN Kedah iaitu Dato' Dr. Hamdan Bin Mohd Khalib. Antara agenda perjumpaan ini ialah taklimat berkaitan Sukma 2012 dari Tuan Pengarah MSN Kedah iaitu Tn. Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin, selain amanat yang disampaikan oleh Ybhg. Dato' Ketua Kontinjen dan Ybhg. Dato' Pengerusi MSN Kedah. Para Pengurus dan Jurulatih juga turut membentangkan berkaitan persediaan pasukan dan atlet beserta dengan sasaran pingat di Sukma Pahang 2012. Diharapkan dengan perjumpaan seperti ini akan merancakkan lagi proses persediaan Kontinjen Negeri Kedah selain daripada persediaan dari segi program latihan bagi menghadapi Sukma Pahang 2012. Sebagai makluman, hanya tinggal 109 hari lagi sebelum Sukma Pahang 2012 membuka gelanggangnya.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment