Monday, February 20, 2012

LAWATAN ILMIAH GURU - GURU PELATIH INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KE MSN KEDAH

Tarikh : 20 Februari 2012

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah

Satu sesi lawatan ilmiah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani telah dijalankan pada tarikh seperti di atas. Sebanyak 18 orang guru pelatih dengan diiringi oleh 3 orang pensyarah telah terlibat dalam lawatan ini.Tujuan lawatan ini ialah bagi guru - guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim mengenali sistem pengurusan dan pentadbiran di MSN Kedah. Selain daripada itu, lawatan ini juga diadakan bagi membina hubungan sosial khususnya di antara pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan pihak MSN Kedah.

Selain daripada lawatan ke MSN Kedah, rombongan daripada IPG juga telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan pentadbiran sukan MSN Kedah oleh Ybhg. Tuan Pengarah MSN Kedah iaitu Tuan Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin. Selain daripada itu sesi dialog berkaitan pengurusan sukan antara para guru pelatih dan pengurusan MSN Kedah juga turut dijalankan. Diharapkan dengan lawatan ilmiah sebegini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerja di antara MSN Kedah dan juga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment