Friday, December 23, 2011

KEM LATIHAN SUKMA PAHANG 2012 FASA 1

Sebagai persediaan awal bagi menghadapi Sukma Pahang 2012, pihak Majlis Sukan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif bagi mengadakan Kem Latihan Sukma Pahang Fasa 1 yang telah dijalankan pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh. : 21 - 23 Disember 2011.

Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah, Alor Setar.

Sebanyak 8 sukan telah terlibat dalam kem ini iaitu Memanah, Berbasikal, Tinju, Olahraga, Karate, Taekwondo, Lawn Ball dan Petanque. Sebanyak 93 atlet telah terlibat dalam kem ini. Aktiviti yang merangkumi program latihan telah diatur dalam kem ini. Selain daripada itu, aktiviti - aktiviti Latihan Dalam Kumpulan juga turut diselitkan di dalam kem ini. Ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat berpasukan dan keyakinan diri atlet sebagai proses untuk menghadapi Sukma Pahang 2012. Ybhg Dato' Hj Hamdan Bin Mohd Khalib , Exco Belia dan Sukan, Kesenian Warisan dan Kebudayaan juga turut hadir pada hari terakhir kem bagi menyempurnakan majlis penutup kem ini.

Diharapkan dengan rangka program sebegini, matlamat dan sasaran Kontinjen Negeri Kedah Darul Aman di Sukma Pahang 2012 akan tercapai.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. Jadual sukma Pahang bagi acara basikal ada disini

    http://lamanbasikal.blogspot.com/2012/06/acara-berbasikal-sukma-pahang-2012.html

    Ada perlumbaan di Kuala Gandah Lanchang, tempat gajah.

    ReplyDelete