Sunday, November 4, 2012

ANUGERAH BINTANG SUKAN DAN KOKURIKULUM







Salam,

Adalah dimaklumkan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar telah mengadakan satu Majlis Anugerah Bintang Sukan dan Kokurikulum. Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Sentosa, Alor Setar pada 30 Oktober 2012. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah iaitu En. Mansor Bin Lat.

Pada majlis ini, 2 atlet di bawah program pelapis iaitu Farhana Nabila Bt Shamsudin (Sukan Angkat Berat) dan Nur Suriani Bt Mohd Noh (Sukan Berbasikal) telah mendapat Anugerah Khas Kecemerlangan Sukan. Atlet angkat berat adalah dibawah kendalian jurulatih En. Norshah Rizal Bin Ruslan dan atlet berbasikal dibawah kendalian jurulatih En. Razak Bin Kamis. Atlet-atlet ini telah berlatih di pusat latihan SMK Alor Janggus bermula pada tahun 2010. Jurulatih angkat berat iaitu En. Mohd Norshah Rizal juga telah mendapat jemputan untuk menghadiri majlis tersebut.

Ini adalah hasil dari program yang telah dijalankan di SMK Alor Janggus pada tahun 2010 yang mendapat kerjasama dari pihak sekolah untuk menjayakan program USPTN Kedah.
Sekian.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim

No comments:

Post a Comment