Sunday, October 26, 2014

Laporan Hari Ketiga Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014







Sesi Hari Ketiga
25 Oktober 2014 (Sabtu)


Program pada hari ketiga bermula pada jam 7.00 selepas bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari ketiga.


Latihan diteruskan dengan pecahan kumpulan kecil by-station mengikut apparatus ( floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


Seramai enam orang atlet telah dibawa ke klinik kerana demam. Atlet yang demam direhatkan daripada mengikuti sesi latihan pada waktu petang dan dijaga oleh PPN.


Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam selepas makan malam dimana kesemua atlet dikehendaki untuk berkumpul di bilik seminar Hotel Sri Petaling bagi sesi 'Team Building'.


Program pada hari keempat bersambung pada 26 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.

SEkian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

No comments:

Post a Comment