Tuesday, October 28, 2014

Laporan Pemantauan Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik 1/2014 Hari Ke Lima











Sesi Hari Kelima

27 Oktober 2014


Program pada hari kelima dan terkahir bermula pada jam 9.00 pagi selepas kesemua atlet bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan pada hari kelima di Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014.

Hari ini semua atlet menjalankan 'control testing' yang diuji oleh jurulatih jurulatih di setiap station berbeza. Ujian dilakukan pada sebelah pagi dan petang. Sebelah pagi ujian yang dilakukan adalah 'flexibility' dan 'physical' manakala ujian 'element' dilakukan pada sebelah petang.

Sesi malam bermula pada jam 8.30 malam. Kesemua jurulatih dikehendaki berada di bilik seminar bagi rumusan keseluruhan kem oleh En. Onn Kwang Tung bagi MAG dan Natalia Sinkova bagi WAG.

Antara perkara yang diketengahkan adalah seperti berikut:

1. Control Test disarankan oleh jurulatih untuk buat pada hari pertama dan latihan sepatutnya dilakukan pada hari seterusnya untuk memantapkan atlet.

2. Alatan kecil seperti pump guard perlu disediakan kerana ramai atlet mengalami luka di bahagian tapak tangan.

3. Program pembangunan bagi MAG tidak mempunyai masalah dan disetujui oleh para jurulatih.

4. Pihak persatuan akan berikan maklumat kejohanan akan datang lebih awal (3 bulan sebelum) bagi memudahlan jurulatih untuk mengajar element-element yang perlu lebih awal dan bersedia.

Atlet, jurulatih dan pegawai pembangunan negeri bagi Kedah akan bertolak balik ke Alor Setar pada jam 8.30 pagi esok.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq Md Ali.





No comments:

Post a Comment