Sunday, October 26, 2014

Laporan Hari Pertama Kem Bakat Sukan Gimnastik Siri 1/2014








Sesi Hari Pertama
23 Oktober 2014 (Khamis)


Pasukan Gimnastik Artistik Pelapis Negeri Kedah telah hadir menyertai Kem Bakat Gimnastik Artistik 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negera Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seramai 9 orang atlet (6 lelaki & 3 wanita) Pelapis Kedah dan seorang JSM Kedah (En. Mohd Faiz) menyertai kem tersebut yang bermula pada 23 hingga 28 Oktober 2014. Keseluruhan atlet yang menyertai program pada kali ini adalah seramai 99 orang atlet (50 lelaki dan 46 wanita) dibantu oleh 18 orang jurulatih dan 5 orang Pegawai Pembangunan Negeri.


Pendaftaran atlet yang hadir di tempat penginapan iaitu di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Program sesi petang adalah sesi Taklimat Kem yang disampaikan oleh Encik Giam selaku Pengurus Sukan Gimnastik Artistik Cawangan Pelapis. Seterusnya, pada sesi malam pula dipecahkan kepada dua program seperti berikut:-
1. Jurulatih - Sesi Bersama Teknikal MGF
2. Atlet - Program Ice Breaking


Sesi hari kedua akan bersambung pada 24 Oktober 2014 jam 8.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

No comments:

Post a Comment