Sunday, October 26, 2014

Laporan Hari Kedua Kem Bakat Sukan Gimnastik 1/2014








Sesi Hari Kedua
24 Oktober 2014 (Jumaat)


Program pada hari kedua bermula seawal jam 7.00 pagi dimana kesemua atlet dikehendaki untuk bersarapan dan seterusnya ke pusat latihan (Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara Malaysia) untuk mulakan sesi latihan.


Sebelum memulakan latihan, taklimat ringkas diberikan oleh En. Giam Fook Pang kepada semua atlet. Atlet seterusnya dibahagikan mengikut pecahan kumpulan kecil mengikut apparatus ( floor, high bar, uneven bar, pommel horse, vaulting, ring, balance beam, dan parallel bar). Setiap station dikendalikan oleh jurulatih jurulatih yang hadir. Latihan dijalankan pada sesi pagi dan petang.


Sesi malam bermula pada jam 8.00 malam selepas makan malam dimana kesemua atlet dikehendaki untuk berkumpul di dewan Hotel Sri Petaling bagi sesi tayangan video manakala kesemua Pegawai Pembangunan Negeri dan Jurulatih dikehendaki berada di dalam bilik mesyuarat bagi sesi perjumpaan bersama Pengarah Cawangan Pelapis, En. Jefri Ngadirin.


Program pada hari ketiga bersambung pada 25 Oktober 2014 jam 7.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Mohd Syafiq Md Ali.

No comments:

Post a Comment