Monday, February 22, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 20 Febuari 2016 ( Sabtu )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :
1. En. Mohd Nor Shahrizal Bin Roslan ( JPM Negeri )
2. En Yusoff Azmi ( JPM Negeri )
3. En Abd Malek Rahman ( JPM USPTN )
4. En Abd Malek Desa ( JSM USPTN )
5. Atlet – 7 Lelaki, 4 Wanita



LATIHAN

1. Warm Up
2. Snatch ( Teknik )
3. Clean & Jerk ( Teknik )
4. Back Squat
5. Cooling Down


UJIAN
- Ujian angkatan akan dijalankan pada hari setiap hari Sabtu.


PERTANDINGAN
- Semua atlet termasuk atlet Sukma sedang menyiapkan diri ke Kejohanan Angkat Berat Jemputan Johor 2016 pada 08 hingga 14 April 2016 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, Johor.




KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Kelengkapan peralatan seperti bar dan platform yang telah uzur.


PROGRAM BINAAN
- Klinik dan Pengenalan Sukan Angkat Berat akan diadakan pada hari 23 Febuari 2016 di SMK Alor Janggus.



ULASAN

1. Kehadiran atlet memuaskan dan ada atlet yang tidak dapat hadir kerana pulang ke rumah masing-masing.

2. Ketua Jurulatih memaklumkan semua angkatan atlet menunjukkan peningkatan dari segi teknik dan mampu melakukan maksimum angkatan yang dikehendaki.

3. Latihan pusat ini juga menekankan teknik 'imageri' dengan menjemput sebilangan penonton dari SMK Tunku Anum untuk melihat atlet membuat ujian angkatan dan sedikit sebanyak membantu atlet agar tidak kekok dan gugup jika berada dalam kejohanan sebenar terutamanya atlet yang pertama kali mewakili SUKMA.

4. Atlet dapat melakukan ujian angkatan dengan baik dan pelru diperbetulkan dari segi teknik terutamanya acara snatch.

5. Satu Kem Latihan Pusat akan dijalankan pada musim cuti sekolah ini dan semua atlet bakat, pelapis dan elit tidak terkecuali dari menyertai kem ini.

6. 3 orang atlet telah terpilih ke Kem Bakat Sukan Angkat Berat yang dianjurkan oleh Majlis Sulkan Negara pada 15 hingga 20 Mac 2016 bertempat di Kota Bharu, Kelantan.

Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment