Wednesday, February 29, 2012

TAKZIAH


Untuk makluman, bekas JSM Badminton USPTN Kedah iaitu mendiang Leong Weng Tuck telah meninggal dunia pada 28 Februari 2012 di Putra Medical Centre, Alor Setar kerana mengidap penyakit barah hati. Beliau berusia 55 tahun. Beliau merupakan Pensyarah Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Darul Aman dan jurulatih bagi Program Pelapis Kedah. Mendiang merupakan jurulatih yang komited dalam tugas.Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang dan kehilangan beliau pasti dirasai oleh komuniti sukan Badminton di Negeri Kedah.

Pemantauan PLN Sukan Badminton Kedah








Tarikh: 28.02.2012
Tempat: Dewan KBA, Alor Setar.
Kehadiran: 2 orang jurulatih, 14 atlet lelaki dan 6 atlet wanita.

Latihan berjalan seperti biasa. Latihan dijalankan adalah untuk persediaan atlet untuk kejohanan dalaman iaitu Kedah Junior yang akan berlansung pada tarikh 29 - 30 March 2012.

Latihan bermula pada pukul 3 sampai pukul 6 petang. Untuk latihan kali ini, atlet diberi latihan kemahiran iaitu latihan kawalan gelanggang. Selepas selesai latihan gelanggang, atlet dibahagikan kepada berapa kumpulan. Tujuan atlet dibahagikan kepada beberapa kumpulan ialah untuk membuat pertandingan sesama atlet.

Jurulatih baru Sukan Badminton Kedah yang dihantar oleh BAM iaitu Lindawati telah pun sampai. Beliau akan mula bertugas pada tarikh 29.02.12.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid bin Mohd Fauzi.
Sekian, terima kasih.

Sunday, February 26, 2012

JENGUK SINGGAH KUN @ASZU




Mengambil kesempatan sempena Pertandingan Olahraga Peringkat Zon Utara yang dijalankan pada 25 Februari 2012 bertempat di Kompleks Sukan Seberang Perai, satu perjumpaan KUN USPTN Kedah bersama atlet – atlet sukan olahraga Negeri Kedah yang berada di Akademi Serantau Zon Utara telah dijalankan seperti beikut :

Tarikh : 25 Februari 2012

Masa : 3.00 petang

Tempat : Akademi Serantau Zon Utara, Pulau Pinang

5 orang atlet olahraga Negeri Kedah yang berada di bawah Program Pelapis Serantau telah menghadiri perjumpaan ini. Atlet – atlet terbabit adalah seperti berikut :

1 ) Mohd Azuan Fahmi Zuhairi – Acara lontaran

2 ) Rizhan Rajmi – Acara lontaran ( Program tindik bersama ASZU )

3 ) Norhidayah Ahmad – Jarak sederhana

4 ) Shalini A/P Parthiban – Jarak jauh

5 ) Prisheiladevi A/P Somasundram – Jarak jauh

Antara tujuan perjumpaan ini dijalankan adalah bagi mengetahui status terkini atlet – atlet terbabit yang berada di bawah Program Pelapis Serantau selain daripada melihat keadaan atlet yang berada di bawah Program Pelapis Serantau. Atlet memaklumkan berkaitan dengan pencapaian positif mereka di kejohanan sepanjang mengikuti latihan di ASZU. Kondisi atlet dalam keadaan baik. Bantuan supplement daripada pihak MSN Kedah juga akan segera disalurkan kepada atlet – atlet ini.Diharapkan prestasi atlet – atlet ini semakin meningkat dalam menghadapi kejohanan – kejohanan yang mendatang dan diharapkan akan mencapai kejayaan terutamanya di Sukma Pahang 2012.

Monday, February 20, 2012

LAWATAN ILMIAH GURU - GURU PELATIH INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KE MSN KEDAH

Tarikh : 20 Februari 2012

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah

Satu sesi lawatan ilmiah daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani telah dijalankan pada tarikh seperti di atas. Sebanyak 18 orang guru pelatih dengan diiringi oleh 3 orang pensyarah telah terlibat dalam lawatan ini.Tujuan lawatan ini ialah bagi guru - guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim mengenali sistem pengurusan dan pentadbiran di MSN Kedah. Selain daripada itu, lawatan ini juga diadakan bagi membina hubungan sosial khususnya di antara pihak IPG Kampus Sultan Abdul Halim dengan pihak MSN Kedah.

Selain daripada lawatan ke MSN Kedah, rombongan daripada IPG juga telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan pentadbiran sukan MSN Kedah oleh Ybhg. Tuan Pengarah MSN Kedah iaitu Tuan Syed Khairol Anuar Bin Syed Abidin. Selain daripada itu sesi dialog berkaitan pengurusan sukan antara para guru pelatih dan pengurusan MSN Kedah juga turut dijalankan. Diharapkan dengan lawatan ilmiah sebegini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerja di antara MSN Kedah dan juga IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Sekian, terima kasih.

PEMANTAUAN @ PLN SEPAK TAKRAW







Salam,

Tarikh: 15/02/2012


Masa: 5.30 petang


Tempat: SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra.


Kehadiran: 2 JSM dan 15 Orang Atlet.

Untuk makluman , sesi latihan sukan sepak takraw di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman berjalan seperti biasa. Ia dijalankan oleh 2 orang JSM iaitu En. S.Manimaran dan En. Zabidi Syariff.Latihan kali ini melibatkan latihan kecergasan dan Kemahiran. Diantara latihan kecergasan yang dijalankan ialah:


1) Larian tanpa henti selama 30 minit.
2) Star jump


Untuk latihan kemahiran pula ialah:

1) Teknik melakukan rejaman
2) Teknik hantaran bola
3) Teknik mengawal bola

Untuk makluman , gelanggang yang telah dinaiktaraf di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman telah siap dan boleh digunakan. Latihan kali ini diadakan diatas gelanggang baru.

Sekian Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Mohd Fauzi

Wednesday, February 15, 2012

LAPORAN PENUH KEJOHANAN BADMINTON SIRKIT REMAJA KEBANGSAAN 100 PLUS ZON A ( PERINGKAT PERTAMA )








Tarikh : 8 – 12 Februari 2012

Tempat : Dewan Badminton Perlis, Kangar, Perlis.

Untuk makluman , Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus Zon A (Peringkat Pertama) telah berlangsung di Dewan Badminton Perlis . Kejohanan ini telah bermula pada 8 februari 2012 dan berakhir pada 12 Februari 2012. Kejohanan ini disertai oleh 6 negeri iaitu Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan.

Kejohanan ini terbahagi kepada berapa acara iaitu :

a) Perseorangan Lelaki bawah umur 12 tahun, 14 tahun,16 tahun dan 18 tahun.

b) Perseorangan Wanita bawah umur 12 tahun, 14 tahun,16 tahun dan 18 tahun.

c) Beregu Lelaki bawah umur 12 tahun, 14 tahun ,16 tahun dan 18 tahun

d) Beregu Wanita bawah umur 12 tahun,14 tahun, 16 tahun dan 18 tahun.

Berikut merupakan atlet badminton Negeri Kedah yang bertanding di dalam kejohanan Babminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus Zon A (Peringkat Pertama).

a) Bawah 12 Tahun (Single Lelaki)


- Khor Jun Yuan
- Hor Wy Fong
- Ng Yu Neng
- Ooi Jhy Dar
- Lee Tao
- Mohd Hakim

b) Bawah 12 Tahun (Double Lelaki)


- Khor Jun Yuan & Ooi Jhy Dar
- Lee Tao & Steve Eng Chun Yu
- Ng Yu Neng & Hor Wy Fong

c) Bawah 14 Tahun (Single Wanita)


- Pearly Tan
- Eng Sin Jou
- Eng You Thien
- Chee Yi Min
- Ong Shin Joe
- Nur Shahira

d) Bawah 12 Tahun (Double Wanita)


- Pearly Tan & Lim Hui Hui
- Eng Sin Jou & Ong You Thien
- Chee Yi Min & Ong Shin Joe
- Ooi Hui Xin & Chuah Yi Chian

e) Bawah 14 Tahun (Single Lelaki)


- Muhd Syauqi
- Tan Wei Liang
- Chah Zhen Dong
- Ong Wiliam
- Lim Khai Xuan
- Gan Yee Thang

f) Bawah 14 Tahun (Double Lelaki)


- Muhd Syauqi & Tan Wei Liang
- Chah Zhen Dong & Ong Wiliam
- Gan Yee Thang & Helmi
- Lim Khai Xuan &Eng Chin Hong

g) Bawah 14 Tahun(Single Wanita)


- Kok Pei Xin
- Yon Siew Theng
- Kok Zi Ting
- Chong Xin Hong
- Beh Wen Hui

h) Bawah 14 Tahun (Double Wanita)


- Kok Pei Xin & Yon Siew Theng
- Kok Zi Ting & Chong Xin Hong

i) Bawah 16 Tahun (Single Lelaki)


- Teoh Leong Lynn
- Tan Wei Jun
- Eng Jia Jiun
- Andrew Liw
- Ong Wee Lix
- Boay Choon How

j) Bawah 16 Tahun ( Double Lelaki)


- Tan Wei Jun & Eng Jia Jiun
- Ong Wee Lix & Andrew Liw
- Teoh Leong Lynn & Tan Hong Chern
- Rickson Tan & Low Guan Liang

k) Bawah 16 Tahun ( Single Wanita)


- Natalie Wong
- Noor Hazwani
- Koh Ching Woon
- Tan Jun Yi
- Lee Vie Naa
- Tan Yao En

q) Bawah 16 Tahun ( Double Wanita)


- Natalie Wong & Tan Jun Yi
- Koh Ching Woon & Noor Hazwani
- Tan Yao En & Lee Vie Naa

r) Bawah 18 Tahun ( Single Lelaki)


- Tan Chee Tean
- Muhd Amirul
- Kee Chong Sheng
- Joachim Lee
- Chan Huan Chun
- Jeevaa A/L Velayutham

s) Bawah 18 Tahun (Double Lelaki)


- Tan Chee Tean & Jeevaa A/L Velayutham
- Kee Chong Sheng & Muhd Amirul
- Chan Huan Chun & Joachim Lee

t) Bawah 18 Tahun ( Single Wanita)


- Nur Aiffa Tajeri
- Lum Sin Pei

u) Bawah 18 Tahun (Double Wanita)


- Nur Aiffa Tajeri & Lum Sin Pei

Jumlah keseluruhan atlet Negeri Kedah yang menyertai kejohanan ini ialah 53 orang yang terdiri daripada 31 atlet lelaki dan 22 atlet wanita. Pasukan Negeri Kedah juga telah menghantar 7 orang pegawai pertandingan yang terdiri daripada 5 orang Jurulatih, seorang Pengurus Pasukan dan seorang Pegawai Pembangunan Negeri.

Berikut merupakan pencapaian atlet Negeri Kedah di dalam Kejohana Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus Zon A ( Peringkat Pertama).

Atlet yang berjaya sampai ke peringkat Suku Akhir ialah:

1) Ong You Thien (single bawah 12 tahun wanita)

2) Lim Sin Pei (Singlebawah 18 tahun wanita)

3) Chuah yi Chian/Ooi Hui Xin (Double bawah 12 tahun wanita)

4) Lim Hui Hui/Pearly Tan (Double bawah 12 tahun wanita)

5) Chah Zhen Dong/Ong Wiliam (Double 14 tahun lelaki)

6)Jeeva/Tan Chee Tean(Double bawah 18 tahun lelaki)

Atlet yang berjaya sampai ke peringkat separuh akhir ialah :

1) Eng Sin Jou (single wanita bawah 12 tahun)

2) Pearly Tan (Single bawah 12 tahun wanita)

3) Tan Jun Yi (Single bawah 16 Tahun Wanita)

4) Jeeva (Singlebawah 18 tahun lelaki)

5) Khor Jun Yuan/ Ooi Jhr Dar (Double Bawah 12 tahun lelaki)

6) Mohd Syauqi/ Tan Wei Liang (Double Bawah 14 Tahun lelaki)

Atlet yang berjaya sampai ke peringkat Akhir :


1) Koh Ching Woon/Noor Hazwani Bt. Hazair (Double bawah umur 16 tahun wanita) - Johan
2) Nur Aiffa Tajeri (Single Bawah 18 tahun wanita) - Johan

3) Natalie Wong/ Tan Jun Yi (Double bawah umur 16 tahun wanita) - Naib Johan

4) Eng Sin Jou/ Ong You Thien (Double bawah umur 12 tahun wanita) - Naib Johan

5) Lim Sin Pei/ Nur Aiffa Tajeri (Double bawah umur 18 tahun wanita) - Naib Johan

6) Muhd Syauqi Bin Puzi (Single bawah umur 14 tahun lelaki) - Naib Johan

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Sekian Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Mohd Fauzi

Monday, February 6, 2012

LAPORAN KLINIK SUKAN DAN TID













Salam,
Untuk makluman ,sebagai pembuka tirai tahun 2012, USPTN Kedah dengan kerjasama MSN Kedah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Klinik Sukan dan TID bagi 3 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal dan Olahraga yang telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 1 dan 2 Feb, 2012

Tempat : SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Sepertimana keputusan dalam Mesyuarat JKK Bil 02/11 yang telah dijalankan tahun lepas dimana pertambahan atlet bagi 3 sukan ini perlu dijalankan, maka program seperti Klinik Sukan dan TID ini dijalankan pada tahun 2012. Dengan kerjsama yang amat baik dari pihak sekolah bagi perjalanan program ini dimana perancangannya ialah untuk menjadikan sekolah ini sebagai pusat lathan sokongan kepada Program Pelapis Negeri dan juga sebagai pusat penempatan atlet – atlet bagi menjalani program latihan. Sebanyak 6 Jurulatih, 6 Pegawai dan dibantu oleh 22 orang atlet senior telah terlibat bagi menjayakan program ini.Jadual perjalanan program adalah seperti berikut :

Hari Pertama ( 01 Februari 2012 )Hari pertama kami mengambil pendekatan untuk mempromosi sukan dengan mengadakan tayangan video, pengenalan peralatan sukan terbabit dan juga demo sukan. Para pelajar juga dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut kesesuaian jenis sukan berdasarkan kepada fizikal pelajar. Selain daripada itu,pelajar – pelajar turut didedahkan secara lebih mendalam kepada sukan Angkat Berat, Berbasikal dan Olahraga melalui sesi penerangan daripada jurulatih - jurulatih

Hari Kedua ( 02 Februari 2012 )Hari kedua, para pelajar telah diuji dengan beberapa ujian seperti berikut :

1) Standing Broad Jump
2) Jangkauan melunjur
3) Tekan Tubi
4) Bangun Tubi
5) Lompatan Menegak
6) Pecut 40m
:
Sebagai rujukan data, para pelajar juga di ambil : -

1) Berat
2) Tinggi
3) Depaan tangan.

RumusanJumlah pelajar yang hadir adalah 174 orang. Semua pelajar berusia 13 tahun.

Statistik Pecahan Pelajar

Angkat berat : 33 Lelaki, 4 Wanita
Berbasikal : 50 Lelaki, 28 Wanita
Olahraga : 10 Lelaki 49 Wanita
Perancangan susulan.
Data – data ujian para pelajar ini akan disaring oleh para jurulatih. Sukan Angkat Berat dan Olahraga akan menjalankan 2 lagi ujian saringan kepada yang terpilih manakala sukan Berbasikal pula akan menjalankan 3 lagi ujian saringan bagi memastikan hanya pelajar yang layak sahaja akan terpilih ke dalam program.Sebanyak 5 daerah lagi dicadangkan bagi siri klinik sukan dan TID ini iaitu di daerah Baling ( Angkat Berat,Olahraga, Berbasikal ), Langkawi ( Angkat Berat,Olahraga, Berbasikal ), Padang Terap ( Tinju, Angkat Berat), Pokok Sena ( Memanah ), Kubang Pasu ( Angkat Berat, Gimnastik ) di samping pengenalan Program Daerah Sukan yang dicadangkan akan dijalankan pada tahun 2012. TID bagi pertambahan atlet - atlet baru ini juga selaras dengan permohonan pertambahan JPM dan JSM yang telah dicadangkan kepada pihak Cawangan.
Sekian untuk makluman.

Sunday, February 5, 2012

MAJLIS PENYERAHAN ALATAN MEMANAH KEPADA PUSAT LATIHAN SOKONGAN SMK POKOK SENA

Salam,

Tarikh : 1/2/2012
Masa : 10.00 - 11.30 pagi
Tempat : SMK Pokok Sena, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Majlis penyerahan alatan Memanah kepada pusat latihan sokongan SMK Pokok Sena, Alor Setar telah di sempurnakan oleh Ketua Unit,Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Kedah iaitu En Mohd Fairul Fadzli Bin Ahmad Muzni kepada Tuan Pengetua SMK Pokok Sena, Alor Setar Kedah iaitu Tuan Haji Mutalib Bin Salleh, yang turut di hadiri oleh En Abdul Manaf Bin Mohamed Jurulatih Separuh Masa ( JSM ) Memanah USPTN Kedah, Puan Solehah Binti Rashidi wakil dari pihak sekolah manakala wakil dari USPTN pula ialah Cik Ku Fadzilah Bt Ku Hamid selaku Pegawai Pembangunan Negeri Sukan Memanah dan En Mohamad Hafiz Bin Ariffin.

Di harapkan dengan penyerahan peralatan ini akan membangkitkan lagi semangat atlet untuk terus berlatih hingga menuju kearah kecemerlangan sukan prestasi tinggi.


Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Ku Fadzilah Ku Hamid

PEMANTAUAN @ PLN SEPAK TAKRAW








Salam,

Tarikh : 31 Januari 2012.

Masa : 5.30 Petang.

Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.

Kehadiran : 2 Jurulatih, 1 Guru, 1 PPN dan 16 Orang Atlet.

Untuk makluman , atlet sepak takraw menjalani latihan seperti biasa.Untuk latihan kali ini, jurulatih telah menjalankan latihan kecergasan dan latihan kemahiran. Diantara latihan yang dijalankan ialah:

1) Latihan Kecergasan
- Larian tanpa henti selama 20 minit.
- Push Up
- Sit Up
- Star Jump

2) Latihan Kemahiran
- Teknik Rejaman
- Teknik untuk melakukan servis.
- Teknik pertahanan bola ketika serangan pihak lawan.

Atlet sepak takraw menjalani latihan di gelanggang serbaguna SMK Tunku Anum. Ini adalah disebabkan gelanggang sepak takraw yang baru siap proses naiktaraf masih lagi tidak dapt digunakan.Untuk makluman , proses naik taraf gelanggang sepak takraw ini menggunakan peruntukan dari pihak MSN Kedah.

Berikut merupakan maklumbalas berkaitan kondisi gelanggang yang baru di naik taraf ini :

Pihak USPTN Kedah

- Gelanggang yang baru siap dinaik taraf tidak boleh digunakan kerana permukaan gelanggang tidak rata dan kasar. Sekiranya latihan dijalankan di gelanggang tersebut, berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya kecederaan ke atas atlet tersebut.

Pihak Jurulatih

- Maklumbalas daripada jurulatih pula ialah latihan tidak boleh dijalankan kerana permukaan gelanggang sangat kasar. Setiap pergerakan atlet terbatas kerana pemukaan gelanggang yang sangat kasar. Ini akan meyebabkan kecederaan kepada atlet.

Pihak Sekolah

- Maklumbalas daripada pihak sekolah juga sama seperti pihak USPTN Kedah dan jurulatih. Latihan sukan sepak takraw tidak boleh dijalankan di gelanggang ini bagi mengelak daripada atlet tercedera.

Cadangan Penambahbaikan.

Pihak USPTN Kedah akan cuba menyelesaikan isu berkaitan gelanggang ini bersama pihak kontraktor yang menjalankan kerja naik taraf gelanggang ini. Ini ialah kerana melalui pemantauan yang djalankan didapati permukaan gelanggang sangat kasar. Akan cuba berbincang bersama pihak kontraktor bagi proses penambahbaikan permukaan gelanggang.

Sekian untuk makluman.

Laporan disediakan oleh Mohd Farid Mohd Fauzi