Monday, February 6, 2012

LAPORAN KLINIK SUKAN DAN TID













Salam,
Untuk makluman ,sebagai pembuka tirai tahun 2012, USPTN Kedah dengan kerjasama MSN Kedah telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Klinik Sukan dan TID bagi 3 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Berbasikal dan Olahraga yang telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 1 dan 2 Feb, 2012

Tempat : SMK Alor Janggus, Alor Setar, Kedah Darul Aman
Sepertimana keputusan dalam Mesyuarat JKK Bil 02/11 yang telah dijalankan tahun lepas dimana pertambahan atlet bagi 3 sukan ini perlu dijalankan, maka program seperti Klinik Sukan dan TID ini dijalankan pada tahun 2012. Dengan kerjsama yang amat baik dari pihak sekolah bagi perjalanan program ini dimana perancangannya ialah untuk menjadikan sekolah ini sebagai pusat lathan sokongan kepada Program Pelapis Negeri dan juga sebagai pusat penempatan atlet – atlet bagi menjalani program latihan. Sebanyak 6 Jurulatih, 6 Pegawai dan dibantu oleh 22 orang atlet senior telah terlibat bagi menjayakan program ini.Jadual perjalanan program adalah seperti berikut :

Hari Pertama ( 01 Februari 2012 )Hari pertama kami mengambil pendekatan untuk mempromosi sukan dengan mengadakan tayangan video, pengenalan peralatan sukan terbabit dan juga demo sukan. Para pelajar juga dipecahkan kepada 3 kumpulan mengikut kesesuaian jenis sukan berdasarkan kepada fizikal pelajar. Selain daripada itu,pelajar – pelajar turut didedahkan secara lebih mendalam kepada sukan Angkat Berat, Berbasikal dan Olahraga melalui sesi penerangan daripada jurulatih - jurulatih

Hari Kedua ( 02 Februari 2012 )Hari kedua, para pelajar telah diuji dengan beberapa ujian seperti berikut :

1) Standing Broad Jump
2) Jangkauan melunjur
3) Tekan Tubi
4) Bangun Tubi
5) Lompatan Menegak
6) Pecut 40m
:
Sebagai rujukan data, para pelajar juga di ambil : -

1) Berat
2) Tinggi
3) Depaan tangan.

RumusanJumlah pelajar yang hadir adalah 174 orang. Semua pelajar berusia 13 tahun.

Statistik Pecahan Pelajar

Angkat berat : 33 Lelaki, 4 Wanita
Berbasikal : 50 Lelaki, 28 Wanita
Olahraga : 10 Lelaki 49 Wanita
Perancangan susulan.
Data – data ujian para pelajar ini akan disaring oleh para jurulatih. Sukan Angkat Berat dan Olahraga akan menjalankan 2 lagi ujian saringan kepada yang terpilih manakala sukan Berbasikal pula akan menjalankan 3 lagi ujian saringan bagi memastikan hanya pelajar yang layak sahaja akan terpilih ke dalam program.Sebanyak 5 daerah lagi dicadangkan bagi siri klinik sukan dan TID ini iaitu di daerah Baling ( Angkat Berat,Olahraga, Berbasikal ), Langkawi ( Angkat Berat,Olahraga, Berbasikal ), Padang Terap ( Tinju, Angkat Berat), Pokok Sena ( Memanah ), Kubang Pasu ( Angkat Berat, Gimnastik ) di samping pengenalan Program Daerah Sukan yang dicadangkan akan dijalankan pada tahun 2012. TID bagi pertambahan atlet - atlet baru ini juga selaras dengan permohonan pertambahan JPM dan JSM yang telah dicadangkan kepada pihak Cawangan.
Sekian untuk makluman.

No comments:

Post a Comment