Thursday, June 30, 2011

KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA DUNIA 2011









Untuk makluman Kejohanan Angkat Berat Remaja Dunia sedang berlangsung dari 28 Jun 2011 hingga 07 Julai 2011 bertempat di PISA, Pulau Pinang. Selamat bertanding diucapkan kepada 4 orang atlet Pelapis Negeri dari PLN SMK Tunku Anum Tunku Abd Rahman yang akan menggalas cabaran Pasukan Remaja Malaysia untuk bertanding di kejohanan tersebut. 4 orang atlet terbabit ialah :

1 ) Mohd Anas Malik Mokhtar - Kat 56 kg
2 ) Mohd Hanif Bin Mohd Yunus - Kat 56 kg
3 ) Mohd Dinie Akmal Bin Mat Lazat - 62 kg
4 ) Khoo Jian Peng - +105 kg

Semoga maju jaya diucapkan kepada atlet - atlet terbabit.Untuk info terkini berkaitan kejohanan terbabit sila layari http://www.2011wjwc.com/.

Monday, June 27, 2011

LAPORAN HARI KEDUA KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA REMAJA SELANGOR 2011







Tarikh : 26 JUN 2011

Acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:-

Acara 200M
1. Helmi Bin Ahmad (22.90s - Gangsa)

Acara 800M
1. Dinesh A/L Krishan (20.3.1s - ke 5)

Acara 3000 Berhalangan
1. Alexs A/L Romas (10.22.1 - Perak)
2.Nagaindran A/L Jayasangkar (10.37.5 - Gangsa)
3.Rhuban A/L Moghan Permalu (11.23.2 - Ke-4)

Acara 400M Lari Berpagar.
1. Firdaus Bin Mazalan (55.12 - Ke 4)

Acara Tukul Besi
1. Rizhan Bin Razmi (38.54m - Perak)

Acara Merejam Lembing
1. Mohd Akmal Bin Md Zain (46.76m - Gangsa)

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim.

Sunday, June 26, 2011

LAPORAN HARI PERTAMA KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA REMAJA SELANGOR 2011









Dimaklumkan bahawa seramai 14 orang atlet, 2 Jurulatih dan seorang Pegawai terlibat dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Remaja Selangor 2011 yang berlangsung di Stadium Mini, Majlis Sukan Negara Malaysia pada 25 dan 26 Jun 2011.

Pada 25 JUN 2011 seramai 12 atlet akan bertanding. Antara acara-acara yang disertai adalah seperti berikut:

Acara 10 KM Jalan Kaki (Akhir)
1. Harychandru A/L Partheeban (58:54.5 - Ke-5)
2. Ramanan A/L Moghan (56:07.1 - Gangsa)

Acara 5000M (Akhir)
1. Alexs A/L Romas (17:10.1 - Emas)
2. Nagendran A/L Jayasangkar (17:24.4 - Perak)
3. Rhuban A/L Permalu (18:07.1 - Ke-4)

Acara 100M
1. Mohd Helmi Bin Ahmad (11.18s - perak)

Acara 400M
1. Firdaus Bin Mazalan (S2) (55.00s)
2. Dinesh A/L Krisnan (51.16s - gangsa)

Acara 4x100M
1.Solihin Bin Aziz
2.Mohd Helmi Bin Ahmad
3.Firdaus Bin Mazalan
4.Noor Shariffudeen Bin Noor Zawawi
(44.54.00s - perak)

Acara 110M Lari Berpagar
1. Solihin Bin Aziz (15.70s - ke-5)

Lempar Cakera
1. Mohd Azwan Fahmi bin Zuhairi (39.32- perak)
Untuk makluman, bagi acara 10 Km Jalan Kaki dan 5000 M adalah keputusan rasmi dan bagi acara yang lain masih belum diterima oleh pihak penganjur dan masa yang di ambil adalah dengan menggunakan stop watch atau hand timing. Oleh yang demikian masa yang diberikan mungkin ada sedikit perubahan kerana belum mendapat keputusan rasmi dari pihak penganjur ini adalah kerana mereka menggunakan sistem electronic timing.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim.

Thursday, June 23, 2011

PEMANTAUAN @ PLN SEPAK TAKRAW












Tarikh : 22 JUN 2011
Masa : 5.00 Ptg - 6.30 Ptg
Tempat : SMK Tunku Anum.
Kehadiran : 1 Jurulatih, 1 Guru, 15 Atlet ,

Adalah dimaklumkan sesi latihan telah dijalankan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada waktu petang dari jam 5.00 petang hingga 6.30 petang. Semua atlet terbabit menginap di asrama SMK Tunku Anum. Latihan juga akan dijalankan pada setiap hari jumaat dan sabtu pada setiap 2 minggu.

Untuk makluman, atlet-atlet terbabit akan menyertai Kejohanan Sepak Takraw anjuran KFC yang akan berlangsung pada 1-2 Julai 2011 di Stadium Sultan Abdul Halim. 1 Regu akan bertanding dalam kategori bawah 19 tahun dan 3 regu dalam kategori bawah 15 tahun.

Para atlet-atlet juga turut mendapat tunjuk ajar daripada lagenda Sepak Takraw Negara iaitu Encik Zabidi Shariff sebagai Jurulatih USPTN Kedah dan atlet-atlet menunjukkan semangat untuk terus berlatih bagi meningkatkan prestasi permainan mereka.

Didapati latihan berjalan dengan lancar. Atlet-atlet juga dapat menerima arahan yang diberikan oleh jurulatih dan cadangan untuk mengadakan ujian kecergasan pada bulan Julai 2011.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim

.

MESYUARAT JURULATIH SEPENUH MASA MSN KEDAH








Menjelang "countdown" ke SUKMA Pahang 2012, satu Mesyuarat Bersama Jurulatih Sepenuh Masa Majlis Sukan Negeri Kedah telah diadakan seperti berikut :

Masa : 23 Jun 2011
Tarikh : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, MSN Kedah
Kehadiran : 13 orang Jurulatih Sepenuh Masa dan 20 orang Pegawai MSN Kedah dan USPTN, Kedah.

Jurulatih bagi sukan-sukan yang hadir adalah dari jurulatih sukan Silat, Angkat Berat, Memanah, Tinju, Tenpin Boling, Karate-do, Badminton, Berbasikal dan juga Ping Pong terlibat dalam mesyuarat ini.

Antara agenda mesyuarat ini ialah bagi membincangkan prestasi atlet-atlet di bawah program SUKMA 2012 Negeri Kedah. Para jurulatih juga turut membentangkan program latihan dan juga sasaran menjelang SUKMA Pahang 2012. Diharapkan sasaran peringkat Negeri Kedah akan tercapai dengan program-program latihan yang sedang dan akan dirancang kelak.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 21, 2011

KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP KEDAH BAWAH 20 TAHUN






Tarikh: 18 Jun 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kedah Bowl, City Plaza Alor Setar, Kedah.

Kejohanan ini adalah anjuran MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH dengan kerjasama PERSATUAN TENPIN BOLING KEDAH. Kejohanan ini adalah bertujuan mencari bakat baru dan pelapis bagi program SUKMA Kedah Darulaman.

Berikut adalah senarai nama atlet Pelapis Negeri yang terlibat dan keputusan/score yang diperolehi oleh mereka :

BOYS

1. Muhammad Amirul Che Amat - Naib Johan - Score Average - 199
2. Ahmad Zulkarnain b. Ahmad Mazlan - Ke 3 -Score Average -193
3. Ahmad Nabil - Ke 4 - Score Avg - 190
4. Afiq Fahmee - Ke 6 - Score Avg -171

GIRLS

1. Nur Syafiqah bt. Ramli - Ke 3 -Avg 177
2. Nur Sabrina - Ke 8 -Avg 159
3. Puteri Arfah - Ke 9 - Avg 154

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh Ku Fadzilah bt Ku Hamid.

Wednesday, June 15, 2011

PEMANTAUAN @ PLN BERBASIKAL








Tarikh : 15.06.2011

Masa : 8.15 Pagi

Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah

Kehadiran : 1 Jurulatih 7 Atlet

Latihan

60 KM easy ride

Maklumbalas

Jurulatih memaklumkan terdapat 4 orang atlet baru yang akan menjalani latihan di MSN Kedah dan mereka akan ditempatkan di asrama dan belajar di SMK Alor Janggus. Atlet-atlet tersebut adalah dari Daerah Pendang yang berumur antara 14 hingga 15 tahun. Ini adalah hasil daripada TID yang telah dijalankan pada 23 Disember 2010 yang lalu bertempat di MSN Kedah.

Untuk makluman terdapat seorang atlet telah terpilih untuk menyertai Kem Latihan Fasa 1 ACC Junior 2012 di Ipoh Perak akan tetapi Kem latihan tersebut ditangguhkan sehingga tarikh baru dikenalpasti.

Atlet-atlet yang menjalani latihan pada sesi pagi ini adalah atlet-atlet sepenuh masa dan bagi atlet-atlet lain mereka telah pun memulakan sesi persekolahan dan akan menjalani latihan pada sesi petang sahaja.

Sekian.

Akmal Hashim melaporkan dari MSN Kedah.

Wednesday, June 1, 2011

PEMANTAUAN PROGRAM LATIHAN SUKAN TINJU








Sukan : Tinju

Kehadiran : 5 atlet 1 jurulatih

Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah

Masa : 4.00 hingga 6.00 Petang

Tarikh : 31.05.2011 ( Selasa )


Aktiviti./ Latihan

1. Cuti persekolahan bukan penghalang untuk tidak melakukan latihan. Bagi atlet tinju USPTN Negeri Kedah latihan tetap diteruskan walau pun pada cuti penggal persekolahan yang baru bermula. Seramai 4 orang atlet tinju dari PLN Baling telah di bawa untuk menjalani latihan pusat di Gelanggang Tinju MSNK pada 28 Mei 2011 hingga 10 Jun 2011 di bawah seliaan JPM Negeri Kedah En. Othman bin Saad. Semangat serta azam yang tinggi kerana berjaya mendapat 4 pingat semasa Karnival Pelapis Negeri 01/2011 Kelantan yang lalu menyemarakkan lagi semangat atlet untuk terus menjalani latihan.

2. Jurulatih mengucapkan terima kasih kepada USPTN Kedah dan memaklumkan program seperti ini perlu diteruskan semasa cuti sekolah kerana atlet dapat menjalani latihan sebanyak 2 sessi iaitu latihan pagi dan petang. Hasil perbincangan bersama atlet, mereka juga berharap agar program latihan seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

3. Jurulatih juga memaklumkan hasil daripada program ini, tahap prestasi dan komitmen serta kesungguhan atlet amat membanggakan. 4 orang atlet ini juga akan dipertimbangkan untuk diserapkan di bawah program latihan sepenuh masa Majlis Sukan Negeri Kedah sebagai persediaan untuk SUKMA 2012 dan 2014.

4. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih daripada USPTN Kedah kepada pihak Majlis Sukan Negeri Kedah kerana memberi kerjasama dengan menyediakan makanan serta penginapan kepada 4 orang atlet tersebut .

Sepanjang pemantauan atlet-atlet menunjukkan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon bin Saadan.

PEMANTAUAN @ PLN OLAHRAGA












Tarikh : 30 Mei 2011

Masa : 4.30 ptg - 6.30 ptg

Tempat : SMK Alor Janggus.

Latihan

1. Drill ABC(20 minit), Teknik Hurdle dan Speed Hurdle

2. Cross Padang.

Pemantauan

1. Jurulatih memaklumkan akan menjalani latihan sebanyak 2 sesi untuk atlet-atlet di SMK. Alor Janggus dan atlet-atlet bersetuju dengan latihan yang akan dijalankan iaitu pada waktu pagi bermula 8.30 pg hingga 10.30 pg dan pada waktu petang bermula jam 4.30 ptg hingga jam 6.30 ptg.

2. Untuk makluman, 3 orang atlet dibawah program akan mewakili Kolej Komuniti (MASKOM) pada kejohanan Sukan SIPMA 2011 yang akan berlangsung di Melaka pada 8 Jun sehingga 11 Jun 2011. Ketiga-tiga atlet tersebut akan menjalani latihan pusat pada 2 - 8 Jun 2011 di Politeknik Melaka.

3. Untuk makluman pihak puan, Encik Zamsairon juga terlibat sebagai Jurulatih Olahraga Kontinjen MASKOM.

4. Antara atlet-atlet yang terlibat dalam kejohanan SIPMA 2011 adalah:

  • Muhammad Azwan Fahmi B. Zuhairi dalam acara (Cakera dan Peluru)
  • Mohd Akmal B. Md. Zain dalam acara (Merejam Lembing)
  • Mohd Helmi B. Ahmad dalam acara (200M dan 4 x 100M)

5. Segala perbelanjaan untuk 3 orang atlet tersebut dan 1 jurulatih akan ditanggung oleh pihak MASKOM.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim.