Thursday, June 23, 2011

PEMANTAUAN @ PLN SEPAK TAKRAW












Tarikh : 22 JUN 2011
Masa : 5.00 Ptg - 6.30 Ptg
Tempat : SMK Tunku Anum.
Kehadiran : 1 Jurulatih, 1 Guru, 15 Atlet ,

Adalah dimaklumkan sesi latihan telah dijalankan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada waktu petang dari jam 5.00 petang hingga 6.30 petang. Semua atlet terbabit menginap di asrama SMK Tunku Anum. Latihan juga akan dijalankan pada setiap hari jumaat dan sabtu pada setiap 2 minggu.

Untuk makluman, atlet-atlet terbabit akan menyertai Kejohanan Sepak Takraw anjuran KFC yang akan berlangsung pada 1-2 Julai 2011 di Stadium Sultan Abdul Halim. 1 Regu akan bertanding dalam kategori bawah 19 tahun dan 3 regu dalam kategori bawah 15 tahun.

Para atlet-atlet juga turut mendapat tunjuk ajar daripada lagenda Sepak Takraw Negara iaitu Encik Zabidi Shariff sebagai Jurulatih USPTN Kedah dan atlet-atlet menunjukkan semangat untuk terus berlatih bagi meningkatkan prestasi permainan mereka.

Didapati latihan berjalan dengan lancar. Atlet-atlet juga dapat menerima arahan yang diberikan oleh jurulatih dan cadangan untuk mengadakan ujian kecergasan pada bulan Julai 2011.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal Hashim

.

No comments:

Post a Comment