Wednesday, June 1, 2011

PEMANTAUAN @ PLN OLAHRAGA












Tarikh : 30 Mei 2011

Masa : 4.30 ptg - 6.30 ptg

Tempat : SMK Alor Janggus.

Latihan

1. Drill ABC(20 minit), Teknik Hurdle dan Speed Hurdle

2. Cross Padang.

Pemantauan

1. Jurulatih memaklumkan akan menjalani latihan sebanyak 2 sesi untuk atlet-atlet di SMK. Alor Janggus dan atlet-atlet bersetuju dengan latihan yang akan dijalankan iaitu pada waktu pagi bermula 8.30 pg hingga 10.30 pg dan pada waktu petang bermula jam 4.30 ptg hingga jam 6.30 ptg.

2. Untuk makluman, 3 orang atlet dibawah program akan mewakili Kolej Komuniti (MASKOM) pada kejohanan Sukan SIPMA 2011 yang akan berlangsung di Melaka pada 8 Jun sehingga 11 Jun 2011. Ketiga-tiga atlet tersebut akan menjalani latihan pusat pada 2 - 8 Jun 2011 di Politeknik Melaka.

3. Untuk makluman pihak puan, Encik Zamsairon juga terlibat sebagai Jurulatih Olahraga Kontinjen MASKOM.

4. Antara atlet-atlet yang terlibat dalam kejohanan SIPMA 2011 adalah:

  • Muhammad Azwan Fahmi B. Zuhairi dalam acara (Cakera dan Peluru)
  • Mohd Akmal B. Md. Zain dalam acara (Merejam Lembing)
  • Mohd Helmi B. Ahmad dalam acara (200M dan 4 x 100M)

5. Segala perbelanjaan untuk 3 orang atlet tersebut dan 1 jurulatih akan ditanggung oleh pihak MASKOM.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Akmal bin Hashim.

No comments:

Post a Comment