Wednesday, June 1, 2011

PEMANTAUAN PROGRAM LATIHAN SUKAN TINJU








Sukan : Tinju

Kehadiran : 5 atlet 1 jurulatih

Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah

Masa : 4.00 hingga 6.00 Petang

Tarikh : 31.05.2011 ( Selasa )


Aktiviti./ Latihan

1. Cuti persekolahan bukan penghalang untuk tidak melakukan latihan. Bagi atlet tinju USPTN Negeri Kedah latihan tetap diteruskan walau pun pada cuti penggal persekolahan yang baru bermula. Seramai 4 orang atlet tinju dari PLN Baling telah di bawa untuk menjalani latihan pusat di Gelanggang Tinju MSNK pada 28 Mei 2011 hingga 10 Jun 2011 di bawah seliaan JPM Negeri Kedah En. Othman bin Saad. Semangat serta azam yang tinggi kerana berjaya mendapat 4 pingat semasa Karnival Pelapis Negeri 01/2011 Kelantan yang lalu menyemarakkan lagi semangat atlet untuk terus menjalani latihan.

2. Jurulatih mengucapkan terima kasih kepada USPTN Kedah dan memaklumkan program seperti ini perlu diteruskan semasa cuti sekolah kerana atlet dapat menjalani latihan sebanyak 2 sessi iaitu latihan pagi dan petang. Hasil perbincangan bersama atlet, mereka juga berharap agar program latihan seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

3. Jurulatih juga memaklumkan hasil daripada program ini, tahap prestasi dan komitmen serta kesungguhan atlet amat membanggakan. 4 orang atlet ini juga akan dipertimbangkan untuk diserapkan di bawah program latihan sepenuh masa Majlis Sukan Negeri Kedah sebagai persediaan untuk SUKMA 2012 dan 2014.

4. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih daripada USPTN Kedah kepada pihak Majlis Sukan Negeri Kedah kerana memberi kerjasama dengan menyediakan makanan serta penginapan kepada 4 orang atlet tersebut .

Sepanjang pemantauan atlet-atlet menunjukkan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semasa menjalani latihan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Mohd Zam Sairon bin Saadan.

3 comments:

  1. sy nk join selection untuk negeri kedah ade x...
    berat sy 78kg..

    ReplyDelete
  2. sy nk join selection untuk negeri kedah ade x...
    berat sy 78kg..

    ReplyDelete