Wednesday, June 15, 2011

PEMANTAUAN @ PLN BERBASIKAL








Tarikh : 15.06.2011

Masa : 8.15 Pagi

Tempat : Majlis Sukan Negeri Kedah

Kehadiran : 1 Jurulatih 7 Atlet

Latihan

60 KM easy ride

Maklumbalas

Jurulatih memaklumkan terdapat 4 orang atlet baru yang akan menjalani latihan di MSN Kedah dan mereka akan ditempatkan di asrama dan belajar di SMK Alor Janggus. Atlet-atlet tersebut adalah dari Daerah Pendang yang berumur antara 14 hingga 15 tahun. Ini adalah hasil daripada TID yang telah dijalankan pada 23 Disember 2010 yang lalu bertempat di MSN Kedah.

Untuk makluman terdapat seorang atlet telah terpilih untuk menyertai Kem Latihan Fasa 1 ACC Junior 2012 di Ipoh Perak akan tetapi Kem latihan tersebut ditangguhkan sehingga tarikh baru dikenalpasti.

Atlet-atlet yang menjalani latihan pada sesi pagi ini adalah atlet-atlet sepenuh masa dan bagi atlet-atlet lain mereka telah pun memulakan sesi persekolahan dan akan menjalani latihan pada sesi petang sahaja.

Sekian.

Akmal Hashim melaporkan dari MSN Kedah.

No comments:

Post a Comment