Monday, January 8, 2018

LAPORAN PEMANTAUAN ROLL OFF ATLET SUKMA PERAK 2017






TARIKH : 29 – 31 Disember 2017
MASA : 9.00 Pagi- 7.00 Petang
TEMPAT : Aman Bowl, Aman Central

KEHADIRAN :
1. En. Amdia Bin Nordin (JPM)
2. En. Shahardi Bin Hamzah (JSM)
3. En. Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi (Pemangku Ketua USPTNK)
4. Puan Murni Shafila Bt Saad (SDO)
6. Puan Rohani Bt Hat
7. Ibubapa
8. Atlet – 14 Lelaki, 12 Wanita


ROLL OFF PEMILIHAN ATLET BOLING SUKMA PERAK 2018

Roll Off Pemilihan Atlet Boling Sukma Perak 2018 ini telah berlangsung di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 29 Disember hingga 31 Disember 2017. Roll off ini telah berlangsung selama 3 hari dan roll off ini juga adalah anjuran Majlis Sukan Negeri Kedah Darul Aman. Penyertaan adalah sebanyak 30 penyertaan dan atlet harus habiskan 36 game selama 3 hari roll off berlangsung. Roll off ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi pemilihan atlet ke SUKMA Perak 2018.

Pada pukul 9.00 pagi semua atlet telah berkumpul di Bilik Mesyuarat di Aman Bowl bagi mendengar sedikit taklimat dan penerangan daripada jurulatih dan roll off bermula tepat jam 9.30 pagi dan tamat jam 12.30 dengan 6 game untuk sesi pagi. Pada sesi petang roll off bermula pada jam 5.00 petang dan tamat pada jam 7.30 petang dengan 6 game. Setelah selesai roll off selama 3 hari, 8 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita yang menunjukkan keputusan terbaik telah terpilih untuk menyertai roll off yang kedua pada bulan Februari nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Kedah memberi peruntukkan sepenuhnya untuk membuat roll off, ibu bapa, atlet dan jurulatih kerana memberi komitment menjaya roll off kali ini kali ini.


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Bt Saad.

No comments:

Post a Comment