Tuesday, November 21, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN PERJUMPAAN PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGERI KEDAH BERSAMA JURULATIH, ATLIT DAN IBUBAPA SUKAN BOLING











Tarikh: 17 November 2017
Masa: 10.00 Pagi
Tempat: Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar

KEHADIRAN :
1. En. Mohamad Rizal Mohamad Radzi (Pengarah Msnk)
2. En. Nazri Bin Ahmad (Ketua Unit Elit Msnk)
3. En. Syahir Bin Shokri (Unit Ict Msnk)
4. En. Hafizuddin Bin Muhamad Rodzi (Ketua Unit USPTN)
5. En. Amdia (Jurulatih Penuh Masa Boling)
6. En. Shahardi (Jurulatih Separuh Masa)
7.Ibubapa – 10 Orang

8. Atlet – 7 orang

LATIHAN
- Tiada

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
-Telah terima permohonan untuk menyertai Kejohanan Grand Final Sport Excel dan Kejohanan Penang Pesta akan diproses.

PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Perjumpaan Tuan Pengarah bersama jurulatih, atlet dan ibubapa adalah bertujuan untuk membincangkan prestasi dan arah tuju perjalanan program sukan boling bagi persediaan atlet elit untuk menyertai SUKMA 2018.
2. Tuan Pengarah dan jurulatih telah meletakkan syarat pemilihan atlet yang akan sertai SUKMA mengikut purata bagi tiga kejohanan yang akan mereka sertai nanti iaitu di Kejohanan Grand Final, Kejohanan Penang Pesta dan Internasional Junior All Stars.
3. Sewaktu perjumpaan tersebut juga jurulatih telah memaklumkan berkaitan perancangan untuk membuat roll-off untuk pemilihan atlet SUKMA 2018 yang akan diadakan pada bulan Disember dan roll off tersebut akan dijalankan selama tiga hari.
4. En. Hafizuddin juga telah telah memberi penekanan terhadap pengambilan makanan tambahan dan beliau juga memaklumkan supaya jurulatih dan atlet mendapatkan nasihat dari pihak ISNK sebelum mengambil sebarang makanan tambahan.
5. PPN telah memperoleh senarai peralatan yang diperlukan sehingga bermulanya Temasya Sukan Malaysia 2018 dan akan diproses di peringkat Msnk.
6. Terdapat beberapa orang atlet yang layak dari pandangan jurulatih untuk mendapat Skim Kecemerlangan Atlet daripada Msnk dan nama nama tersebut akan dikaji di peringkat Msnk berdasarkan prestasi keputusan yang lepas dan semasa untuk kelulusan.
7. Mengenai permohonan ke tiga-tiga kejohanan tersebut, pihak Msnk bersetuju untuk membantu dari segi kewangan .


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Puan Murni Shafila Bt Saad.

No comments:

Post a Comment