Monday, September 11, 2017

PEMANTAUAN SESI PEMILIHAN ATLET SUKMA DAN PELAPIS NEGERI

















Tarikh: 04 dan 05 September 2017
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan Alor Setar



ULASAN:
1. Sesi pemilihan atlet Sukma dan Pelapis ini dijalankan selama 2 hari dan pada hari pertama terbuka kepada persatuan dan ahli gabungan di bawah Taekwondo Malaysia dan seramai 135 atlet yang hadir dalam sesi pemilihan ini.
2. Atlet yang berjaya akan dipilih untuk berada dalam skuad SUKMA Kedah dan jurulatih juga telah memilih atlet yang akan diserap ke dalam program Pelapis Negeri.
3. Seramai 35 orang iaitu 18 lelaki dan 17 wanita telah dipilih oleh jurulatih untuk diserapkan dalam program pelapis.
4. Pada hari pertama juga turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Taekwondo Negeri Kedah iaitu En Ramasamy.
5. Tuan Pengarah En Mohamad Rizal Bin Mohamad Radzi juga turut hadir dalam memberi sedikit ucapan dan menyaksikan beberapa 'bout' sebelum diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada kelab yang hadir.
6. Pada hari kedua, ia terbuka kepada kelab bukan ahli gabungan TM dan kebanyakan atlet yang hadir adalah dari kelab MTA dan Moo Doo Kwan Negeri Kedah.
7. Acara Ponsae juga diadakan bagi mencari atlet untuk persiapan ke SUKMA Perak akan datang.
8. Seramai 120 atlet yang hadir terdiri daripada beberapa kelab dan turut hadir adalah Persatuan MTA dari negeri Sarawak.


Sekian Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Hafizuddin b. Mohd Rodzi.

No comments:

Post a Comment