Wednesday, September 6, 2017

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN PELAYARAN






Tarikh:24hb-26hb Ogos 2017
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Kompleks Pelayaran Kebangsaan, Langkawi, Kedah Darul Aman

Pemantauan Temasya Sukan Sea ke-29 Sukan Pelayaran


Seramai lima orang atlet pelayaran Negeri kedah Darul Aman terpilih untuk menyertai pasukan kebangsaan untuk Temasya Sukan Sea yang diadakan di Langkawi bermula 21hb-29hb Ogos 2017.


Mereka terdiri daripada:

1) Khairul Nizam Bin Mohd Affendy
- Team Racing Laser Standard & Laser Standard

2) Khairunneta Binti Mohd Affendy
- Team Racing Laser Radial

3) Ahmad Latif Khan Bin Ali Sabri Khan
-Laser Radial

4) Muhammad Fauzi Bin Kaman Shah
-Mixed Team Racing Optimist & Optimist

5) Muhamad Syafie Bin Ali
- Mixed Team Racing Optimist


Sehingga 26hb Ogos 2017, atlet kebangsaan menunjukkan prestasi terbaik sepanjang race berlangsung.

Bagi acara optimist campuran berpasukan, kontinjen Malaysia ( Muhammad Fauzi Bin Kaman Shah dan Muhammad Syafie Bin Ali) telah mendapat pingat Emas pertama bagi kontinjen kebangsaan.

Muhammad Fauzi Bin Kaman Shah dikedudukan pertama (6 mata) selepas 6 race berbaki lagi 4 race jauh meninggalkan kontinjen Thailand (11 mata).

Bagi acara Team Racing Laser Standard yang diwakili oleh Khairul Nizam bin Mohd Affendy, kontinjen kebangsaan mendapat pingat Perak. Bagi acara individu Laser Standard beliau dalam kedudukan ke 2 dibelakang Filipina beza 1 mata setelah tamat 6 race yang telah berlangsung. Baki race adalah 4.

Khairunneta binti Mohd Affendy menamatkan perlumbaan Team Racing Laser Radial di kedudukan ketiga (pingat gangsa).

Ahmad Latif Khan dalam prestasi cemerlang selepas 5 race yang berbaki lagi 5 race (4 mata). Beliau dalam kedudukan pertama jauh meninggalkan pesaing tedekat dari Singapura ( 9 mata).

Kontinjen negara dalam kedudukan terbaik menambah bilangan pingat emas.


Sekian,terima kasih.
Laporan disediakan oleh Encik Mohd Syafiq bin Md Ali.

No comments:

Post a Comment