Sunday, February 14, 2016

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT








Tarikh: 10 Febuari 2016 ( Rabu )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abd Malek Rahman ( JPM )

2. En Abd Malek Desa ( JSM )

2. Atlet – 6 Lelaki


LATIHAN

1. Warm Up

2. Standing Clean & Jerk

3. Front Squat 90% x 2 x 6 set

4. Snatch Pull

5. Cooling Down




UJIAN

- Ujian angkatan akan dijalankan pada hari setiap hari Sabtu.



PERTANDINGAN

- Semua atlet termasuk atlet Sukma sedang menyiapkan diri ke Kejohanan Angkat Berat Jemputan Johor 2016 pada 08 hingga 14 April 2016 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat, Johor.



KECEDERAAN

- Tiada



PERALATAN

- Kelengkapan peralatan seperti bardan platform yang telah uzur.


PROGRAM BINAAN

- Mesyuarat JKK Sukan Angkat Berat akan diadakan pada 15 Febuari 2016 dan Klinik dan TID Sukan pula akan diadakan pada 17 Febuari 2016 bertempat di SMK Alor Janggus, Alor Setar. Selain itu juga TID juga akan diadakan di daerah Sik dan Langkawi.




ULASAN

1. Kehadiran atlet kurang memuaskan memandangkan ada atlet yang menginap di asrama sekolah telah pulang bercuti.

2. PPN berbincang sersama sekolah untuk menjadikan kuarters guru bersebelahan dengan sekolah sebagai asrama atlet angkat berat dan perbincagan ini akan dimasukan ke dalam mesyuarat JKK Angkat Berat tidak lama lagi.

3. Atlet yang baru memasuki program menunjukkan peningkatan dari segi teknik dan angkatan dan penumpuan jurulatih adalah pada masa hadapan adalah ingin mencari atlet dalam kalangan atlet yang berada di kategori besar ( 77kg dan keatas ).

4. Jurulatih memaklumkan bahawa peralatan telah uzur dan tindakan ini boleh diambil oleh pihak MSNK dan boleh dibawa ke dalam mesyuarat akan datang.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi

No comments:

Post a Comment