Monday, January 18, 2016
LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERA
Tarikh: 14 Januari 2016 ( Khamis )
Masa: 5.00 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus
KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman ( JPM )
2. En Abdul Malek Desa ( JSM )
2. Atlet – 15 Lelaki, 1 Perempuan
LATIHAN
1. Warm Up
2. Standing Clean & Jerk 80% - 90% x 2 x 6 set
3. Snatch Balance 80% - 90% x 2 x 6 set
4. Back Squat 90% x 2 x 6 set
UJIAN
- Tiada
PERTANDINGAN
- Tiada
KECEDERAAN
- Tiada
PERALATAN
- Keadaan platform yang semakin uzur dan rosak.
PROGRAM BINAAN
- Mesyuarat JKK Sukan Angkat Berat akan diadakan pada 15 Febuari 2016 dan Klinik dan TID Sukan pula akan diadakan pada 17 Febuari 2016 bertempat di SMK Alor Janggus, Alor Setar. Selain itu juga TID juga akan diadakan di daerah Sik dan Langkawi.
ULASAN
1. Kehadiran atlet amat memuaskan dan semua atlet menjalani latihan dengan baik.
2. Terdapat dua jurulatih yang berada di pusat latihan ini dan perbincangan telah dijalankan bersama jurulatih supaya jurulatih JSM diberi tugas menjaga atlet baru yang mendaftar dalam program dan baru menjalani latihan manakala jurulatih JPM melatih atlet senior pelapis serta atlet SUKMA 2016.
3. Seramai 5 orang atlet akan mewakili SUKMA 2016 dari pusat latihan ini.
4. Komitment dan kerjasama sekolah amat baik dan perancangan sekolah adalah untuk mengambil alih satu kuarters guru yang telah tidak digunakan untuk dijadkan sebagai asrama atlet angkat berat dan kuarters tersebut hanyalah bersebelahan dengan pusat latihan ini.
Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En Hafizuddin Bin Mohamad Rodzi
Labels:
2016,
ANGKAT BERAT,
PEMANTAUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment