Sunday, March 30, 2014

Laporan Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2014








Pasukan Gimnastik Artistik Pelapis Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Gimnastik Artistik Remaja Kebangsaan Sirkit 1/2014 yang diadakan di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara pada 27-29 March 2014 yang lalu. Seramai 15 orang atlet, dua orang JSM, seorang chaperone, dan seorang pegawai telah mewakili pasukan Pelapis Kedah.

Kejohanan pada hari pertama bermula pada jam 10.00 pagi dengan acara-acara yang dipertandingakan adalah daripada kategori HP1 bagi MAG dan WAG(semua peringkat umur), dan HP2 bagi MAG. Kesemua atlet Kedah yang bertanding pada hari tersebut menunjukkan prestasi di tahap terbaik dengan merangkul sebanyak 16 pingat emas, 7 pingat perak, dan 9 pingat gangsa.

Kejohanan pada hari kedua dan terakhir ialah bagi kategori HP2 bagi WAG. Seramai dua orang atlet daripada Pelapis Kedah menyertai bagi kategori ini. Prestasi semasa kejohanan berlangsung agak kurang konsisten dimana banyak kesilapan kecil dilakukan dalam satu-satu ‘apparatus’. Nampak jelas bahawa perasaan gementar atlet semasa di hari pertandingan menjejaskan momentum atlet meskipun kesalahan yang dilakukan semasa hari pertandingan tidak berlaku semasa latihan di PLN dijalankan.

Kejohanan pada kali ini tamat pada jam 12.30 tengah hari selepas selesai upacara penaympaian hadiah kepada pemenang.

Tahniah diucapkan kepada atlet yang berjaya dan teruskan usaha buat atlet yang gagal mencapai pingat pada kali ini.

Berikut adalah senarai pungutan pingat yang berjaya dirangkul oleh Pelapis Kedah.

HP1 (7-8) MAG
Luqman Hakim B Zainal Rashid
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
40.30 / Gangsa
Floor Exercise
8.95/ Emas
Pommel Horse
1.05/ Gangsa
Vault
7.45/ Emas
Parallel Bar
8.65/ Emas
Horizontal Bar
7.75/ Emas
  
HP1 (11-
12) MAG
Nor Saiful Aiman B Nor Azman
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
48.95/ Emas
Floor Exercise
9.30/ Emas
Pommel Horse
7.80/ Gangsa
Rings
6.75/ Perak
Vault
7.90/ Emas
Parallel Bar
9.20/ Emas
Horizontal Bar
8.00/ Perak

Mohd Al Fitri B Ahmad Faizal
Apparatus
Score /Pingat
Floor Exercise
9.150/ Perak
Rings
6.45/ Gangsa
Parallel Bar
8.95/ Perak

Mohd Farhan B Mohd Rashid
Apparatus
Score /Pingat
Floor Exercise
9.05/ Gangsa
Vault
7.50/ Perak

HP 1 (7-8) WAG
Ibtisam Jamilah Bt Zainal Rashid
Nurul Ainina Hazwani
Nur Adella Sephia Bt Khairil Faizal
Farah Dania Qistina Bt Mohd Faizal
Team Final: Perak (51.200)

HP1 (9-12) WAG
Nur Alia Syamira Bt Mohd Nisam
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
25.65/ Gangsa
Vault
6.40/ Gangsa
Uneven Bar
4.60/ Gangsa
Floor Exercise
7.10/ Emas
Balance Beam
7.55/ Emas

Siti Nor Zubaidah Bt Hasrul Haslan
Apparatus
Score /Pingat
Floor Exercise
6.75/ Perak
Balance Beam
6.75/ Gangsa

HP2 (11-12) MAG
Syakir Aiman B Subri
Apparatus
Score /Pingat
Individual all around
52.50/ Emas
Floor Exercise
9.05/ Emas
Pommel Horse
9.00/ Emas
Vault
8.80/ Emas
Parallel Bar
9.30/ Emas
Horizontal Bar
8.55/ Emas


Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md Ali.

Laporan Kejohanan Taekwando Kebangsaan 2014






Tarikh : 29 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30pagi hingga 6.00petang
Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur
Bil. Atlet : 1 lelaki & 2 perempuan
Bil. J/latih : 1 orang

Kejohanan Taekwando Kebangsaan Ke-5 membuka tirai hari ini. Untuk hari pertama kejohanan, pasukan Kedah memulakan cabaran dengan 3 orang atlet mengambil bahagian. Mereka adalah Farah Adilah Bt. Suhaimi(Female Light Open 57-62Kg), Fatimah Bt. Abd.Latif(Female Heavy Open Above 73Kg) dan Muhd Syarifuddin(Male Heavy Open Above 87Kg. Diatas kertas, dilihat mereka dijangka berhadapan dengan perlawanan yang sengit di mana lawan mereka terdiri dari kelab Koryo, atlet Sukma Sarawak dan atlet Sukma Perak. Namun pada pandangan jurulatih, anak buahnya tidak mempunyai masalah untuk menewaskan lawan selagi belum masuk ke arena.

Diharapkan pasukan Kedah dapat memberi keputusan yang positif di mana ini juga memberi semangat dan motivasi kepada rakan yang akan beraksi pada hari esok.

Sekian, Terima Kasih.
Laporan disediakan oleh Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri

Tuesday, March 25, 2014

Laporan pemantauan Sukan Gimnastik





Tarikh: 24 mac 2014
Masa: 10.30 pagi
Tempat: SK Jitra 3

Kehadiran:
1. En. Faiz Bin Azmeer
2. Atlet - 7 lelaki, 6 wanita

LATIHAN
1. Latihan fizikal (melembutkan badan)
2. Latihan kecergasan

UJIAN
-Tiada

PERTANDINGAN
-Atlet PLN akan menyertai Kejohanan Gimnastik Sirkit Remaja Kebangsaan 1/2014 pada 27-28 Mac 2014 bertempat di Gimnisium 3, Majlis Sukan Negara.

KECEDERAAN
-Tiada

PERALATAN
-PB
-HB
-Springboard
-Mats

PROGRAM BINAAN
-Tiada

ULASAN

1. Latihan berjalan seperti biasa dan digandakan menjadi dua sesi pada setiap hari dalam masa seminggu bagi menghadapi kejohanan yan akan datang.
2. Kehadiran memuaskan kerana sekarang adalah musim cuti sekolah.
3. Surat pelepasan pelajar telah dibuat bagi atlet yang mengikuti latihan daripada sertai kelas tambahan semasa musim cuti sekolah.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Mohd Syafiq bin Md Ali.

Sunday, March 23, 2014

Pemantauan Klinik Skuasy untuk Pemain Skuasy Junior CIMB







Tarikh : 22 Mac 2014 ( Sabtu )
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Spice Arena Penang

KEHADIRAN :
1. En. Chong Pakkau (JPM)
2. Atlet - 7 Lelaki.
- 9 Perempuan


Klinik Skuasy untuk Pemain Skuasy Junior CIMB ini diadakan bertujuan bagi memberi perkongsian pengalaman daripada pemain professional kepada pemain-pemain skuasy muda negeri Kedah dan Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mini & fun game serta sesi bermain bersama pemain professional yang hadir. Diantara pemain-pemain yang hadir adalah Joelle King(New Zealand), Lisa Aitkens dan Sarah Kippax(England). Program seumpama ini dilihat dapat membantu kepada pendedahan atlet muda tentang cara permainan, teknik-teknik baru dan dilihat membantu kepada atlet muda untuk memasang impian menjadi pemain professional suatu hari akan datang.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

LAPORAN KEJOHANAN PELAPIS ZON UTARA 1/2014 (SUKAN TINJU)







LAPORAN PENUH SUKAN TINJU
Kejohanan Pelapis Zon Utara 1/2014 telah berlangsung pada 14 hingga 16 Mac 2014 di gelanggang tinju Majlis Sukan Negeri Kedah , perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar. Sebanyak 2 kategori dipertandingkan iaitu untuk kategori umur 13-14 tahun dan 15-16 tahun. Seramai 35 atlet mengambil bahagian yangmana seramai 17 orang dari Kedah, 12 orang dari Pulau Pinang dan 6 orang dari Perlis. Pertandingan tinju ini dikendalikan oleh 3 orang juri dan 6 orang teknikal dari Persatuan Tinju Amatur Malaysia.

14 Mac 2014
Pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang ketibaan kontingen-kontingen dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Malamnya pula diadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi semua negeri yang terlibat pada pukul 9.00 malam.

15 Mac 2014
Pada pukul 7.30 pagi dimulakan dengan sesi timbang berat badan para atlet yang akan bertanding.
Selesai sesi timbang berat, sesi pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh seorang doktor dan 4 orang pembantu perubatan daripada Hospital Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.
Selepas itu sesi undian dijalankan .
Pertandingan dijalankan tepat pukul 2.30 petang. Hanya 9 bout dijalankan pada hari ini untuk kategori 13-14 tahun dan 15-16 tahun. Hanya Kategori Umur 13-14 tahun (berat 33 kg) sahaja yang mempunyai 3 peninju, manakala kategori lain semuanya ke peringkat akhir kerana hanya mempunyai 2 orang peninju untuk kategori berat yang sama. Pertandingan untuk hari pertama ini tamat pada pukul 5.30 petang.

16 Mac 2014
Sesi pertandingan pada hari ini di langsungkan pada pukul 3.00 petang. 8 bout dijalankan untuk pertandingan peringkat akhir hari ini. Pertandingan berakhir pada pukul 4.15 petang . Selepas itu upacara penyampaian hadiah dijalankan dan telah disempurnakan oleh En. Vimalan a/l Palaniappan dan En. Muhamad Farid Mohd Fauzi. Majlis penyampaian hadiah selesai pada pukul 6.00 petang. Keputusan keseluruhan pertandingan adalah seperti di lampiran. Juga dilampirkan gambar-gambar semasa pertandingan berlangsung.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Nor Azian Hassan

LAWATAN PEMANTAUN SUKAN SKUASY







Tarikh : 17 Mac 2014 ( Isnin )
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Kompleks Sukan Muadzam Shah

KEHADIRAN :
1. En. Chong Pakkau (JPM)
2. En. Jrar Aslam
3. En. Shahnawaz
 Atlet       - 14 Lelaki.
               - 8 Perempuan


LATIHAN
1. Short boast
2. Volley crosscourt

UJIAN
- Tiada

PERTANDINGAN
- Pasukan Pelapis Skuasy Negeri Kedah Darul Aman akan menyertai kejohanan CIMB National Junior Circuit-1st Leg yang akan berlangsung dari 3 hingga 6 April 2014 di Kuala Lumpur.


KECEDERAAN
-


PROGRAM BINAAN
-

ULASAN
1. Latihan bermula mengikut masa yang ditetapkan jurulatih.
2. Penerangan awal tentang latihan yang akan dibuat diberikan oleh pihak jurulatih.
3. Para pemain kelihatan dapat menguasai skill yang diajar.

Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri.

Tuesday, March 11, 2014

Laporan Hari Pertama Kejohanan Taekwando Sportexcel Sirkit1/2014






Tarikh : 8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30pagi hingga 5.00petang
Tempat : OCM Indoor Arena, Kuala Lumpur
Bil. Atlet : 3 lelaki (kategori 12-14 & 15-17)
Bil. J/latih : 2 orang

Hari ini Sabtu 8 Mac 2014, Kejohanan Taekwando Sportexcel Sirkit 1 membuka tirainya. Seramai 474 atlet dan dianggarkan 30 buah pasukan mengesahkan menyertai kejohanan pada edisi kali ini. USPTN Negeri Kedah Darul Aman tidak ketinggalan menghantar atlet di bawah programnya untuk menyertai kejohanan ini. Seramai 7 atlet lelaki dan 2 orang atlet wanita membawa cabaran USPTN Kedah. Untuk hari pertama kejohanan, Logeswaran A/L Rajamony (feather 41-45kg bawah17), Navin A/L Damotharan (welter 59-63kg bawah17) dan Taneswaran A/L Rajamony (feather 41-45kg bawah14) turun beraksi untuk kategori masing-masing.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan olah Muhammad Syahir Bin Mohamed Sabri

Thursday, March 6, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT






Tarikh: 4 Mac 2014 ( Selasa )
Masa: 6.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KEHADIRAN :
1. En. Md Nor Bin Osman
2. Atlet – 10 Lelaki


LATIHAN
1. Standing Clean and Jerk 90 % x 6 set
2 . Wide Grip Jerk Press
3. Back Squat 90% x 6 set


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Zon Utara 1/2014 yang akan diadakan pada 14 – 16 Mac 2014 bertempat di Dewan Gimnasium Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman

KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Tiada


PROGRAMBINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan dan atlet menunjukkan kesungguhan dalam menjalani latihan.
2. PPN berbincang bersama jurulatih bagi melakukan persiapan venue kejohanan angkat berat zon utara dan semua peralatan dijangka mengcukupi.
3. PPN menekankan aspek kebersihan dewan dan penjagaan peralatan supaya dititikberatkan.
4. Program perjumpaan bersama ibu bapa akan dijalankan dan tarikh masih belum ditetapkan.

Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh Hafizuddin bin Mohd Rodzi.

Wednesday, March 5, 2014

LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA TERBUKA N.SEMBILAN 2014








Tarikh : 1 dan 2 Mac 2014
Tempat : Kompleks Sukan USIM, Nilai, N.Sembilan
Penyertaan : 9 Atlet Lelaki, 3 Atlet Wanita, 2 Jurulatih dan Pengurus Pasukan.

Pasukan Olahraga Pelapis Negeri Kedah telah menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka N.Sembilan pada 1 dan 2 Mac 2014 yang lepas. Semua atlet dan jurulatih bergerak ke sana pada 28 Febuari 2014 dan telah menginap di Green Vila Hotel yang tidak jauh dari venue pertandingan.

Ini merupakan kejohanan yang pertama disertai oleh pasukan olahraga negeri ini dan prestasi atlet juga agak memberangsangkan terutamanya pada atelt yang menjadi sasaran penyumbang pingat di SUKMA Perlis akan datang. Beberapa atlet yang berada dalam program Pelapis telah dipilih untuk menyertai Pasukan Olahraga SUKMA dan pertandingan ini merupakan ujian bagi mereka untuk melayakkan diri bagi menyertai pasukan tersebut. Bagi acara pecut iaitu 100M, 200M, 400 M menunjukkan peningkatan terutamanya dari cacatan masa dan atlet perlu bersaing dan mununjukkan peningkatan prestasi kerana mereka dipantau oleh jurulatih dan atlet yang menunjukkan prestasi terbaik akan dipilih.

Pasukan ‘relay’ Pelapis Kedah telah memperolehi pingat gangsa dalam acara 4 x 100 m melalui Mohd Ikhmal Bin Ismail, Mohd Shafiq Bin Sobri, Mohd Shahmi Faizal Bin Abdullah, dan Mohd Afifi bin Ahmad Fauzi dengan catatan masa 42.65s. Acara merejam lembing wanita juga tidak mengecewakan apabila telah menyumbang pingat perak dengan catatan jarak 41.04 m dan merupakan rekod peribadi beliau.


Sekian terima kasih.
Laporan disediakan oleh En. Hafizuddin b. Mohd Rodzi

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN ANGKAT BERAT







Tarikh: 4 Mac 2014 ( Selasa )
Masa: 4.30 Petang
Tempat: Dewan Angkat Berat SMK Alor Janggus

KEHADIRAN :
1. En. Abdul Malik Bin Abdul Rahman
2. Atlet – 10 Lelaki, 3 Perempuan


LATIHAN
1. Warm Up
2. Standing Snatch 90 % x 6 set
3 . Snatch Pull 100% x 6 set
4. Front Squat 100% x 6 set


UJIAN
- Tiada


PERTANDINGAN
- Pasukan Angkat Berat Pelapis Kedah melakukan persiapan untuk menyertai Kejohanan Zon Utara 1/2014 yang akan diadakan pada 14 – 16 Mac 2014 bertempat di Dewan Gimnasium Angkat Berat SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman


KECEDERAAN
- Tiada


PERALATAN
- Masalah peralatan terus membelenggu pusat latihan ini dengan peraalatan seperti platform semakin rosak dan risiko kecederaan juga semakin meningkat.


PROGRAM BINAAN
- Tiada

ULASAN
1. Kehadiran atlet memuaskan dan beberapa atlet baru juga menunjukkan minat dan prestasi yang memberansangkan dalam melakukan teknik dan angkatan.
2. PPN dan jurulatih menggalakan pelajar dari sekolah tersebut untuk menyaksikan latihan angkat berat dan ini antara langkah untuk menarik minat pelajar lain untuk menyertai sukan angkat berat.
3. Pemantauan dalam latihan dititikberatkan terutama apabila latihan teknik dijalankan bagi mengelakan sebarang kecederaan berlaku.
4. PPN berbincang mengenai program binaan yang akan dijalankan terutamanya program Klinik dan TID Sukan serta perjumpaan bersama ibu bapa atlet.


Sekian Terima Kasih
Laporan Disediakan Oleh En. Hafizuddin Rodzi

Sunday, March 2, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN SUKAN TINJU







Tarikh : 28 Februari 2014
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Tunku Putera, Baling

Kehadiran
1. En. Azri Ibrahim (JSM)
2. En. Hizam (Guru SMK. Baling)
3. En. Firdaus (Guru SMK. Baling)
2. Atlet - 28 lelaki

Latihan
1. School Boxing
2. Sparring

Ujian
- Tiada

Pertandingan
1. Kejohanan Pelapis Antara Zon (Utara), 1/2014 pada 14-16 Mac 2014 di Alor Setar, Kedah.

Kecederaan
- Tiada

Peralatan
- Tali skipping rosak dan putus.

Program Binaan
- Tiada

Ulasan
1. Latihan diadakan seawal jam 8.00 pagi.
2. Kehadiran atlet amat memuaskan.
3. Jurulatih menekankan teknik-teknik tumbukan dan ujian sparring dijalankan bagi memilih atlet yang bakal menyertai Kejohanan Pelapis Antara Zon 1/2014 nanti dengan dibantu oleh 2 orang guru penyelaras sukan tinju dari SMK. Baling. 

Sekian. Terima kasih.
Laporan disediakan oleh Nor Azian Hassan.